Selasa, 17 Ogos 2010

MEE GORENG BASAH

SALAM RAMADHAN
Bila berbuka puasa , akk mesti makan nasi dan lauk..dah terbiasa dari kecik sampai dah tua ni..tambah my beloved husband tu tak reti nak makan apa2 juadah kecuali nasi dan lauk waktu berbuka. Walau bagaimanapun selera anak tak akan sama dengan selera kita ..Ahmad anakku yang belum baligh tu selera dia pelik sikit ..kalau boleh nak makan juadah lain selain nasi. Waktu sahur , ayahnya dah wajibkan makan nasi..so makanlah waktu berbuka.. Ini pun juadah 2 hari lepas mee goreng basah..buat 1 bungkus je.. lebih separuh sapu dek Ahmad . Yang lebihnya dapat kat abangnya..itupun yang lain2 tak ade kat umah..meh kita layann..

mee goreng basah
Bahan-bahan :
  • 1 bungkus mee kuning
  • 6 keping daging hiris
  • 1 ekor sotong kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sb lada kisar
  • 1 batang lada hijau/merah
  • 2 helai sayur kobis
  • 1 sm tepung jagung
  • 2 sb minyak
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb sos cili, tomato dan sos tiram

langkah-langkah membuat :

  1. Cuci bahan-bahan dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dititik.
  3. Masukkan lada kisar dan masukkan daging. Masakan sebentar
  4. Masukkan sotong dan sedikit air . Biarkan sebentar
  5. Bila daging & sotong dah masak, masukkan 3 sos tadi .
  6. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh air.
  7. Masukkan mee kuning. kacau rata.
  8. Masukkan lada besar dan sayur kobis . Gaul rata.
  9. Angkat dan makan dengan jeruk cili.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan