Selasa, 23 November 2010

GULAI IKAN TONGKOL

Assalamualaikum & salam sejahtera
Gulai ikan tongkol
Ikan tongkol yang sedap yang jenis hitam ..lembut ..betul ke..itulah maklumat yang akak tau. Suka makan ikan ni sedap lemak tapi kureng pandai nak memasaknya tambah2 tongkol isinya keras..Hari ni cuba nak masak tongkol versi sendiri..asal tekak rasa sedap..masa makan tadi terasa sedap juge ye..bukan perasan ni tapi betul2 sedap ni..hihii.. sebab selama ni masak tak sedap tambah2 gulai yang ada kari ..kalau masak lemak cili api okay je..disebabkan sedap bolehlah kongsi sama2 dan juga untuk rujukan sendiri..almaklum mudah lupa sejak kepala ni dah berat dengan macam2 hal....jum tengok kat bawah ni...

campur tomato muda & lada hijau
Bahan-bahan :
Bahan A
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
6 keping asam
1 st garam kasar
Air untuk merebus
Bahan B:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 cm halia muda
1 biji tomato masak
2 sb lada kering kisar
3 sb rempah kari
2 biji tomato muda
4 batang lada hijau
1/2 biji kelapa parut
1 camt garam & gula
Langkah-langkah :
  • Rebus bahan A selama 20 minit. Perlahankan api semasa merebu
  • Bawang besar dipotong. Bawang putih, merah, halia,tomato masak dikisar.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu dan masukkan bahan yang dikisar.
  • Masukkan pula campuran lada kisar dan rempah kari dan masak hingga naik minyak.
  • Selepas itu, masukkan tomato dadu yang dipotong besar.
  • Kelapa diperah, ambil santan pekat dan masukkan ke dalam kuali.
  • Ambil bahan A yang telah siap direbus, curahkan semuanya ke dalam bahan di atas.
  • Masakkan gulai ni hingga pekat dengan api yang perlahan.
  • Rasa garam, gula dan asam.
  • Setelah gulai hampir pekat, bolehlah diangkat dan dihidang bersama nasi panas dan ulam2an.


Gulai ikan tongkol


Tiada ulasan:

Catat Ulasan