~ SALAM SEMUA ~
BANANA CHOC MUFFIN
Di antara cupcakes dan muffin mana pilihan hati? Kalau di lihat pada kandungan bahan muffin lebih baik untuk menjaga diet kerana bahan-bahan yang digunakan lebih rendah kandungan kalori..kurang penggunaan lemak dan juga telur.... tentu lebih padat dan mengenyangkan..ok seawal pagi tadi setelah lama tertunggak nak try muffin ni, gagahkan diri untuk terus membaking setelah sekian lama oven tak berbau ...tambahan bahan2 dah lama duduk dalam peti ais tuu. Kalau nak buat muffin kaedahnya lebih mudah dibandingkan membuat cupcakes..kali ni guna food-processor je..memang cepat ..tekan2 punat pengisar dah siap..hanya nak kena rajin pulak basuh lepas tu ( bab2 ni yg kena sab0 banyak2..) Resepi ni ambil dari ..http://maklangazie.blogspot.com/
Bahan-bahan :
Bahan A
170 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
130 gm gula ( akak guna gula pasir )
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam ( tak bubuh pun )
100 gm cooking coklat
Bahan B
2 biji telur ayam
75 ml minyak masak
100 ml susu segar
1 sudu teh vanilla
2 biji pisang ( akak bubuh lebih dari 2 )
Langkah-langkah:
- Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar. Tekan pengisar 2 kali je dah sebati.
- Masukkan semua bahan B pula dan tekan pengisar 2 kali . Siap untuk dimasukkan ke dalam acuan muffin
- Sudukan adunan 3/4 ke dalam acuan muffin . Tabur dengan choc chip / choc rice untuk hiasan
- Bakar dengan suhu 180 selama 20 minit.
- Cucuk dengan lidi dan pastikan lidi itu bersih menandakan cukup masak.
Perhatian:
Panaskan oven terlebih dahulu sebelum menimbang dan membancuh adunan. Oven yang cukup panas elok untuk mengembangkan adunan muffin. Biasanya akak letak suhu 200 c selama 5 minit pertama semasa membakar muffin , kemudian turunkan suhu 180 c hingga muffin masak. Tapi bergantung juga kepada oven kita ...test dulu oven tu..selamat mencuba..