Isnin, 27 Disember 2010

APAM PELANGI

APAM PELANGI

Assalamualaikum semua...nih baru dapat entry apam pelangi ..dah 3 kali buat untuk buah tangan kenduri kendara di umah saudaramara..sesuai sangat sebab cepat dan mudah dibuat..ramai yang dah buat pun apam pelangi ni..terkini dari UMMI. Apam pelangi kat umah ni dah ada pulak pelangi coklat sebab bubuh paste coffee..saja nak tukar2 rasa dan aromanya tu...okeh jum tengok resepi yang mudah ni..



Bahan-bahan :

4 biji telur
2 sb ovellette
1 sk vanilla
220 gram gula castor
300 gram tepung gandum
250 ml santan kara
1 st baking powder
3 pewarna


Langkah-langkah membuat:

  1. Telur, ovellette dan gula castor dipukul hingga gebu dan pekat.
  2. Masukkan vanilla dan pukul sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  4. Masukkan santan kara tadi dan pukul sebati.
  5. Masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
  6. Bahagikan kepada 3 warna yang disukai.
  7. Senduk ke dalam loyang yang telah dialas. Senduk selapis demi selapis mengikut warna.
  8. Masukkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  9. Tutup penutup kukusan dengan aluminium foil atau kain dapur.
  10. Kukus selama 30 -40 minit hingga masak.
  11. Angkat.










Selamat mencuba..apam ni senang bangat ..sesiapa mencuba insyaallah menjadi..asal guna mixer letrikl. Tak dapat nak bercerita panjang ni....jumpa lagi...insyaallah..

Khamis, 23 Disember 2010

ORANGE MOCHA BROWNIES

~ ORANGE MOCHA BROWNIES ~
Assallamualaikum..semoga kita semua diberkatiNya dipagi Jumaat ni ..moga dipermudahkan urusan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..amin. Rezeki pagi ni, brownies mocha orange. Brownies ni dah lama copy dari MAKLANG ..sumber asal dari RINCHANN. Terimakasih pada kedua2 pakar masak ni...akak ni jarang buat brownies. Ni yang terbuat sebab asalnya nak buat Almond London cookies untuk kawan tapi dah terover panggang badam ..tak boleh guna dah untuk biskut tu ..tapi butter and gula dah masuk dalam mesin...apa nak buat terpaksalah cari jalan camne nak settlekan problem ni..rujuk semula buku resepi yg jarang diselak tu...ada pulak resepi ni..masuk semua bahan sekali ..godek2 dan bakar. Bolehlah guna almond terover bakar tu untuk toping brownies..maknanya akak dah ubah sikitlah toping tu dengan bubuh badam hancur seperti di bawah..Brownies ni rasanya kan betullah kata Rinchann, rasa aroma orange dan coklat chip tu dlm mulut masa mengunyah..tambah2 pulak ada almond..enak sesangat...tapi macam biasa brownies ni tak ade rupa..tapi ada rasa nyamnyam.....apapun terimakasih bebanyak kepada penyumbang resepi...okeh layan.....




Bahan-bahan :

Bahan A:
11/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko serbuk
1 camb serbuk kopi ( guna 1 pkt 3 in 1 coffee)
1 cawan gula castor
250 gram butter
4 biji telur
1 camb vanilla


Bahan B:
1 biji orange ( 1/2 cawan juice)
1 cawan coklat chip


Bahan Toping:
200 gram dark choclate
1/4 cawan whip cream
1 tbs coffee powder( tak bubuh)

Langkah-langkah membuat:

  1. Masukkan semua bahan A dalam mesin dan putar sebati.
  2. Sagat kulit limau dan ambil juice.
  3. Masukkan bahan B akhir sekali. Putar sebati.
  4. Masukkan ke dalam peti tin yang telah dialas dan bakar selama 25 minit dengan 175 darj cel.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan di atas redai.
  6. Tabur almond yang telah dimesin di atas permukaan brownies dan curah coklat toping ke atasnya.
Tabur almond atas permukaan brownies..


Tuang coklat toping ...



Toping Coklat:
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan cairkan di dalam mikrowave atau kaedah double boiler.

Rabu, 22 Disember 2010

KIWI MUFFIN


KIWI MUFFIN
Assalamualikum semua...nih nak kongsi semalam akak menggodek tepung muffin kiwi ni (instant). Tak pernah beli muffin instant tapi ada lah pulak kawan akak ni bagi tepung muffin sebab katanya dah berbulan simpan dalam petisejuknya tapi tak berkesempatan nak buat. Masalahnya tepung je yg dia bagi. Cara nak buat tak de pulak..berpeluh jugaklah akak nak mencari macamana nak adun instant muffin..bukannya tak nak try & error tapi takut tak jadi..tak berbaloi..lepas2 satu2 dapur akak skodeng..terjumpalah kat dapur ni..semua orang kenal sape pemilik nama ni..UMMI nasib baik Ummi ada sertakan sekali bahan-bahan nak dicampurkan dengan instant muffin ni...ni lah hasilnya..rasenya terover baked ni.. banyak juga dapat dengan tepung 500gram tu tapi sejujurnyalah akak tak berapa berkenan sebab manisss.... anak2 pun makan seketui dua..selebihnya reseki orang keliling...kepada Ummi terimakasih kerana menyelesaikan masalah akak walaupun sekadar resepi...okeh jum tengok apa bahan yang diperlukan tu......sebelum tu akak pernah buat guna fresh kiwi..tgk SINI .

Manisss...



Bahan-bahan:
500 gram tepung muffin kiwi instant
3 biji telur
140 gram minyak sayur (guna canola oil)
112 gram air kosong
Langkah-langkah membuat:
  • Satukan telur dan air., Kacau bagi sebati.
  • Masukkan tepung muffin dan kacau guna whisk saja.
  • Masukkan minyak canola tadi dan kacau bagi sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar dengan suhu 190 darjah.
  • Bila telah masak, angkat dan sejukkan atas redai.





Isnin, 20 Disember 2010

ROTI GULUNG SOSEJ

Roti Gulung Sosej

Assalamualaikum semua...jum kita tengok apa perlu dibuat dengan roti yang masih banyak kat umah tapi dah expired..sebelum tu pastikan roti tu selamat disimpan dalam peti untuk mengelakkan kulat. Biasanya kalau roti kat umah ni hampir lupus tarikh, cepat2 masukkan dalam peti dan ubahsuailah supaya bersemangat sikit nak makan...jangan bazir2. Kalau dah modipied macam ni memang habis dimakan anak2..simple je janji ada sosej dan juga serbuk roti. Serbuk roti mengelakkan roti berminyak semasa digoreng dan juga lebih rangup. Amacam boleh dibuat untuk sarapan pagi esok ke? jum layan resepi ..mudah dan simple..






Bahan-bahan:

5 keping roti sandwich
5 batang sosej ayamas
1 biji telur
1/2 cambt garam halus
3 camb serbuk roti
minyak untuk menggoreng
sos cili


Langkah-langkah membuat:

  • Roti digelek sedikit untuk memudahkan menggulung.
  • Letakkan sosej atas roti dan gulung kemas.
  • Pukul telur dengan garpu dan bubuh garam.
  • Celupkan roti gulung tadi ke dalam telur dan gulingkan diatas serbuk roti.
  • Goreng dalam minyak panas. Perlahankan api.
  • Angkat apabila roti telah garing dan toskan.
  • Hidang bersama dengan sos cili.



Catatan:

Keping roti dilekatkan dengan menyapu telur ditepi roti. Selamat mencuba....



Ahad, 19 Disember 2010

PIZZA GEBU

~ PIZZA GEBU ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mood untuk berblog masa cuti sekolah ni hampir pupus sebab tak de kesempatan langsung nak ngadap pc..kalau sempat pun tapi tak dapat nak entry pun..isshh..boleh meroyan dibuatnya kalau cuti sekolah ni dipanjangkan lagi..Cuti sekolah memang dah jadi rutin akak dilawat oleh anak2 saudara dan adikberadik..selain pergi kenduri kendara dan juga macam2 aktiviti yang tak berkesudahan..Kalau dah berkumpul ramai2 tu semangat untuk masak tu lain sikit..sebab seronok tengok depa makan tambah makanan yang diorang suke..apalagi spesis makanan macam pizza ni salah satu peberet diorang Akak ni kalau tak ramai tak bersemangat nak buat . Salah tu sebab tu gerun tengok anak tu (AHMAD) boleh habiskan sedulang sorang2..tengok badannya pun dah tau...Antara bertiga kat dalam gambar tu, Ahmad paling muda. Sepupunya tu Azim baru habis UPSR dan Haziq pun lebih tua dari dia setahun. Tapi saiz badannya dia juara. Okehlah, akak nak kongsi resepi pizza yang akak buat ni..dah lama saved tapi baru ni cuba..dari tuan punya blog yang teramatlah popular ..sape lagi kalau tidak MATGEBU . Terimakasih ya Mat sebab kongsi resepi ni...tapi Mat, resepi yang akak tunjuk ni sukatan yang akak buat, dah ubahsuai dari resepi Mat..dan toppingnya tu pun akak hentam je ikut apa yang ada. Kalau tengok pizza Mat tu memanglah teramat cantiknya dari akak punya ni...tapi tak kisahlah asal nama pizza memang licin dek budak2 ni.. jum tengok.



pizza gebu
Bahan Doh:
600 gram tepung gandum
1 paket yis segera
40 gram mentega
20 gram gula halus
2 camb bread imporver ( x bubuh)
1/2 camt garam halus
3 camb madu ( x bubuh)
340 ml air suam
Bahan Topping:
6 batang sosej ayamas perasa lada hitam
Keju mozarella
1 tin tuna mayonis
1 labu bawang besar
1 camt serbuk oregano
1 camt serbuk lada hitam kasar
sos tomato ( ganti dgn sos tomato spagheti)

Langkah-langkah Membuat:

Untuk doh:

  • Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali mentega.
  • Gaul hingga sebati.
  • Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.
  • Perap selama 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
Untuk pizza gebu:
  • Bahagi doh kepada 2. Uli canai mengikut besar acuan pizza.
  • Sapu permukaan doh dengan sos tomato. (Akak guna sos spagheti)
  • Ratakan isi tuna atas permukaan doh dan diikuti dengan sosej yang dipotong serong.
  • Susun bawang besar yang dipotong bulat dan parut keju mozarella diatasnya.
  • Tabur serbuk oregano dan juga lada hitam jika suka.
  • Bakar selama 24-30 minit dengan suhu 190 darjah.
  • Setelah separuh masak, keluarkan dan tambah parutan keju mozarella.
  • Setelah masak, angkat dan makan dengan sos cili panas-panas.


Resepi ni senang dibuat sebab bahannya senang nak dapat. Insyaallah dicuba pertama kali pun tetap jadi..Untuk lebih terperinci rujuk kat Mat Gebu. Lebih jelas langkah demi langkah...selamat mencuba ! bai2....


Jumaat, 3 Disember 2010

~ Ayam Sos Lada hitam ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ayam Sos Lada Hitam
Isi ayam dipotong nipis dan lebar , sesuai dimasak macam ni...baru laku sikit..kalau digoreng besar2 kureng laku. Untuk tengahari ni akak masak je isi ayam ni campur2 ngan sayur2 yang ada. Sayur2 tu akak juge yang makan..anak2 kalau boleh nak telan ayam tu je...tak de yang special pun menu ni hanya nak kongsi di sini untuk rujukan..
ooops resepi KIV dulu..ada hal la pulak..nanti menyusul ok...







Rabu, 1 Disember 2010

Apam Mekar ~ Mekar Setaman ~


Assalamualaikum & salam sejahtera
APAM MEKAR

Apam lagi..ni apam mekar yang tak boleh nak menidakkan kemekaranya...ibarat bunga kembang setaman bila dah cukup 15 minit dikukus..ada yg tak sempat ...10 minit dah masak..tgk api kukusan tu. Apam ni hasil demo petang semalam...bukannya nak mendemo apam ni tapi demo kukusan yg akak selalu guna..yg bestnya bila buat demo macam ni..syok tgk kekawan respons bila tgk apam mekar ni mengembang bila dibuka penutup kukusan "...aumm..oo...ye la..kembangnya apam ni.." apa lagi ..akak pun tambah rancak le promote hihi...tapi dalam hati dah berkata2 sblm tu..."kalau tak kembanglah apam ni..habisss le aku ! " Tapi alhamdulillah..apam ni tetap sporting ...tak pernah tak mekar sejak akak buat dari dulu...cuba tgk sini mula2 bikin apam ni. Sumber yang akak dapat mula2 duu dari dapur siapa lagi..ni ummi . Memang ramai yang buat apam ni dah. Sifu apam ni Hanieliza cooking tu. Terimakasih ya pada bloggers yang hebat ni...t.kasih sekali lagi .. Okeh jum layan resepi mudah ni tapi sangat disukai oleh anak-anak kecil .



Bahan-bahan:
250 gram castor sugar
2 biji telur
1 sk vanilla
1 sk ovelette
300 gram tepung gandum
200 ml susu segar
pewarna makanan
langkah-langkah membuat:
  1. Putar gula, telur dan vanilla sehingga pekat dan kembang.
  2. Masukkan ovellete dan pukul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan susu segar selang seli dan putar sebati.
  4. Bahagi adunan dan warnakan ikut suka.
  5. Masukkan ke dalam acuan sesudu-sesudu
  6. Kukus selama 10 minit - 15 minit.
  7. Angkat dan makan panas-panas.


Catatan:
1. panaskan kukusan terlebih dahulu. Pastikan air betul2 panas sebelum adunan dikukus.
2. Bubuh adunan tigasuku acuan untuk mendapatkan mekar yang cantik dan tinggi.

Apam Gula Hangus ~Senget~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Apam Gula Hangus
Tak tau lah ngape siapam ni naik menyeget...tengok kat blog Hana elok je. Nak kata tak jadi, naik pulak tapi naik tak sama rata ..senget sebelah. Kalau ambik gambar apam ni tegak ..tak cantik gambarnya, sebab tu pic atas tu sengetkan kamera ..cantik sikit..senget pun sengetlah...asal rasanya sedap. Kalau nak tengok yang cantik kat blog sape lagi...akak suka pic2 kat blognya tu. Tengahari tadi buat sambil memasak untuk tengahari ..sebab petang tu nak menjamu kekawan sikit. Kemungkinan ada 2 sebab ..satu isi penuh sangat , satu lagi kureng fokus..kerja 2 dalam 1..inilah hasilnya. Kepada cik adik Hana tu, terimakasih bg idea buat apam ni..kebetulannya mmg akak berniat nak buat apam hari ni..smlm tengok kat blog Hana ada..terus CP je. Jum tengok resepi ..mudah je. tak lupa mekasih ya kepada penyumbang resepi ni KakHanieliza yang famous tu dan juga pada Hana yang menyumbang idea apam gula hangus ni...

Kukus dalam kukusan tupperware..cepat dan jimat
Bahan-bahan :
1 cawan gula
1/2 cawan air - gula hangus
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 cawan santan/susu segar
21/2 cawan tepung gandum
11/2 st soda bikarbonat
1/2 st gram halus
1 camb butter
Langkah-langkah membuat:
  1. Buat gula hanugs. Masukkan gula dalam kuali dan goreng hingga perang. Masukkan air tadi dan butter. Kacau biar rata. Angkat dan sejukkan.
  2. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  3. Putar 1/2 cawan gula dengan 3 biji telur tadi hingga kembang.
  4. Masukkan gula hangus tadi. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi.
  5. Masukkan santan / susu segar dan kacau pukul sebati.
  6. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser.
  7. Masukkan dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Masak selama 10-15 minit.
  8. Setelah masak angkat. Hidangkan dengan kelapa atau begitu saja.


Kukus guna peti tin besar sikit..senget juge..



Catatan:

  • Kalau guna acuan kecil, bubuh separuh sahaja . Kalau penuh apam jadi senget .
  • Kalau guna acuan besar mengambil masa yang lebih lama untuk mengukus.