Roti Gulung Sosej
Assalamualaikum semua...jum kita tengok apa perlu dibuat dengan roti yang masih banyak kat umah tapi dah expired..sebelum tu pastikan roti tu selamat disimpan dalam peti untuk mengelakkan kulat. Biasanya kalau roti kat umah ni hampir lupus tarikh, cepat2 masukkan dalam peti dan ubahsuailah supaya bersemangat sikit nak makan...jangan bazir2. Kalau dah modipied macam ni memang habis dimakan anak2..simple je janji ada sosej dan juga serbuk roti. Serbuk roti mengelakkan roti berminyak semasa digoreng dan juga lebih rangup. Amacam boleh dibuat untuk sarapan pagi esok ke? jum layan resepi ..mudah dan simple..
Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich
5 batang sosej ayamas
1 biji telur
1/2 cambt garam halus
3 camb serbuk roti
minyak untuk menggoreng
sos cili
Langkah-langkah membuat:
- Roti digelek sedikit untuk memudahkan menggulung.
- Letakkan sosej atas roti dan gulung kemas.
- Pukul telur dengan garpu dan bubuh garam.
- Celupkan roti gulung tadi ke dalam telur dan gulingkan diatas serbuk roti.
- Goreng dalam minyak panas. Perlahankan api.
- Angkat apabila roti telah garing dan toskan.
- Hidang bersama dengan sos cili.
Catatan:
Keping roti dilekatkan dengan menyapu telur ditepi roti. Selamat mencuba....
betullah kak nor, dari dibiar berkulat & mmbazir, baik dimodified mcm ni, lagi sedap... nyumm2.. ada lagi tak?
BalasPadamsari, akak mmg suka modified apa je sebab ada tukang makan tu..haha...
BalasPadam