Isnin, 20 September 2010

SAMBAL TELUR

SALAM AIDILFITRI

SAMBAL TELUR



SAMBAL TELUR



Masakan yang dipilih untuk berbuka puasa hari ni..puasa sunat Syawal yang pertama .. telur ayam bersusun dalam peti..telur ayam kampung bertelur di bulan puasa ..waktu terhad untuk memasak, simpan dalam peti. Kalau tak buat sesuatu..telur akan bertambah..terasa ingin memasak ikut suka dan rasa hati sendiri..inilah hasilnya masakan sambal telur yang mudah dan bahan-bahan tak memeningkan untuk disediakan..makan berulam salad dan timun beserta nasi panas. Kalau digoreng ikan masin tadi alamat nasi 2 pinggan jadi 3 pinggan...over pulak ..apapun masakan ni simple dan save budget weh. Kalau lauk macam ni , sahur besok semangat sikit nak makan ..InsyaAllah.








Bahan-bahan :


5 biji telur ayam

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 senduk cili kering kisar

2 keping asam keping

1 sb sos tomato

1 st garam

1 sb gula

minyak menumis



Langkah-langkah membuat:



  1. Rebus telur dan kupas . Belah dua.

  2. Kisar bawang2 dan tumiskan dalam minyak panas.

  3. Masakkan sampai wangi dan masukkan lada kisar. Masakkan hingga terbit minyak.

  4. Masukkan asam keping, garam dan gula.

  5. Masukkan sos tomato dan sedikit air.

  6. Masakkan sebentar dan curah atas telur yang dibelah dua tadi.

  7. Siap untuk dimakan.

KEK MARBLE SUSU

SALAM AIDILFITRI
Kek Marble Susu
Sempat juga memutar kek marble susu ni.resepi ni lama dah terjumpa dulu2 .ramai yang dah cuba. Semalam kak jenguk blog http://mamafami.blogspot.com/ terjumpa juga resepi ni. Mengikut kata mamafami resepi asal dari Chef Norazlina. Terimakasih kepada Mamafami & Chef Norazlina. Kek ni mengikut rakan-rakan yang makan sedap, tidak berminyak tapi gebu. Tadi pun baru dapat call tanya resepi ni dari biras akk yang datang makan semalam. Bagi akak mungkin bahan-bahan yang digunakan dan juga teknik kek dibuat. Akak ikut seratus peratus langkah-langkah yang diberi sebab nak tengok kesannya tu..memang best...thanks Mamafami.. Kali ni akk pun guna margerin planta bukan macam kebiasaan kalau buat kek guna butter.. tapi sedappppppp... tak caya ...cuba dulu...jum layan resepi....


Bahan-bahan :
250 gram butter @ marjerin
230 gram castor
2 sk ovelet
4 biji telur
270 gm tepung superfine @ tepung gandum
1 sk serbuk penaik
60 gram susu pekat
2 sb serbuk koko
2 sb susu cair
1 sk kecil choclote emalco
langkah-langkah membuat :
  1. Pukul marjerin, gula dan ovellete hingga gebu.
  2. Masukkan telur sebiji2, pukul hingga adunan naik dan habiskan telur.
  3. Masukkan susu pekat tadi dan putar lagi
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul adunan sebati.
  5. Bahagi 2 adunan. 1 bahagian tambah koko, susu cair dan choclote emulco. ( kak guna coffee emulco)
  6. Masukkan sesenduk yang kosong ke dalam peti tin yang telah dialas dan dilenser.
  7. Masukkan pula bahagian koko dan selangseli adunan hingga habis.
  8. Bakar dalam oven selama 40-45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  9. Uji kek dengan mencucuk ditengah2nya. Kalau bersih keluar lidi pencucuk boleh diangkat.

Catatan:

Kak guna loyang bulat lebar. Lupa pulak nak ambik gambar kek yang belum dipotong . kertas alas kek diglis dan ditabur tepung sedikit. Cuba ya..