Memaparkan catatan dengan label telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label telur. Papar semua catatan

Isnin, 20 September 2010

SAMBAL TELUR

SALAM AIDILFITRI

SAMBAL TELUR



SAMBAL TELUR



Masakan yang dipilih untuk berbuka puasa hari ni..puasa sunat Syawal yang pertama .. telur ayam bersusun dalam peti..telur ayam kampung bertelur di bulan puasa ..waktu terhad untuk memasak, simpan dalam peti. Kalau tak buat sesuatu..telur akan bertambah..terasa ingin memasak ikut suka dan rasa hati sendiri..inilah hasilnya masakan sambal telur yang mudah dan bahan-bahan tak memeningkan untuk disediakan..makan berulam salad dan timun beserta nasi panas. Kalau digoreng ikan masin tadi alamat nasi 2 pinggan jadi 3 pinggan...over pulak ..apapun masakan ni simple dan save budget weh. Kalau lauk macam ni , sahur besok semangat sikit nak makan ..InsyaAllah.








Bahan-bahan :


5 biji telur ayam

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 senduk cili kering kisar

2 keping asam keping

1 sb sos tomato

1 st garam

1 sb gula

minyak menumis



Langkah-langkah membuat:



  1. Rebus telur dan kupas . Belah dua.

  2. Kisar bawang2 dan tumiskan dalam minyak panas.

  3. Masakkan sampai wangi dan masukkan lada kisar. Masakkan hingga terbit minyak.

  4. Masukkan asam keping, garam dan gula.

  5. Masukkan sos tomato dan sedikit air.

  6. Masakkan sebentar dan curah atas telur yang dibelah dua tadi.

  7. Siap untuk dimakan.

Isnin, 23 Ogos 2010

MASAK LEMAK CILI API TELUR & PUCUK UBI

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Selesai sudah sesi berbuka dan tarawikh...syukur dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Petang tadi, akak masak gulai telur..rasanya tahun 2010 ni baru teringat nak gulai telur..kebetulan ada telur angsa kat umah...angsa kepunyaan anak bongsuku Ahmad..Kalau nak gulai telur memang lebih elok guna telur itik dari ayam sebab lebih pejal dan tak mudah terbarai dalam gulai kita tu..... Memang besar telur angsa ni...hanya 2 biji je habis tadi..tinggallah 1 biji untuk sahur nanti..itupun belum tentu habis ..almaklumlah..Kali ni gulai telur akak bubuh pucuk ubi muda ..betul2 yang muda tau sebab masih lembut ..mudah nak masak.. Kalau nak sedap lagi bubuh asam belimbing tapi manalah nak cari kalau tak ke pasar...pucuk ubi ni pun akk rembat je kat belakang umah tu..sedap juga..masak ikut rasa janji cukup asam garamnya...hmmmmm...sodap...dah lama tak menggulaikan..masak lomak cili api peberet akk..ak kira gulai apapun ..asal masak lomak memang boleh buat akk bertambah sepinggan lagi..okeh jum layan resepi di bawah..ini versi akak ya..

Masak lemak cili api telur & pucuk ubi


BAHAN - BAHAN :

3 biji telur itik
20 ulas cili api
1 biji kelapa
1 cm kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1 ikat pucuk ubi muda
1 camt faram
3 keping asam keping


Langkah-langkah membuat :

  1. Tumbuk cili dan kunyit hingga lumat.
  2. Perah kelapa dapatkan santan yang pekat
  3. Masukkan bahan tumbuk dan asam keping ke dalam periuk.
  4. Masukkan santan dan jerang atas dapur.
  5. Apabila menggelegak, perlahankan api.Masukkan telur satu persatu.
  6. Biarkan telur membeku dan kacau perlahan. Masukkan garam.
  7. Masukkan daun ubi muda tadi dan biarkan atas dapur sehingga daun masak.
  8. Rasa garam dan asam. Angkat.
  9. Hidang dengan ikan masin goreng dan nasi panas.