Memaparkan catatan dengan label Kuih Muih Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Muih Melayu. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2011

KUIH KOLE KACANG


Berjumpa kita di Ramadhan 10. Mesti sedang memikirkan nak masak ni weh...ni kole kacang buat pagi tadi . Inilah pertama kali buat . Rujuk resepi Che iza (my resepi). Rasenya tentu sedap sebab banyak tahi minyak tu.. Kalau akak suka makan kole kacang yang pejal sikit dan banyak tahi minyak...buka puasa nanti baru boleh test. Apapun terimakasih kepada empunya resepi ya..lain kali boleh cuba lagi...layan resepi ..


sumber : che'iza (my resepi)

Bahan-bahan :

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap..




SELAMAT BERBUKA PUASA

Ahad, 10 Julai 2011

Kuih Abuk-Abuk ( Edit Semula )


Kuih Abuk-abuk sejenis kuih menggunakan sagu biji dan dicampur dengan kelapa putih. Sesuai sangat untuk dimakan berbuka puasa. Kalau disejukkan lagilah sedapnya. Dulu pernah akak entry sekali disini. Tapi kali akak cuba bungkus macam kuih koci. Macam ni pulak jadinya..apapun yang penting rasenya sedap...okeh jum layan resepi di bawah ya...





Bahan-bahan :



1 mangkuk sago
2 ketul gula kabung
2 sb gula pasir, kelapa putih
1 camt garam halus



langkah-langkah membuatnya:
1. Layur daun pisang dan potong 4 segi .
2. Basuh sago, rendamkan sekejap dan toskan.
3. Gula kabung dicincang halus dan campur gula pasir.
4. Campurkan sago dan kelapa muda tadi. Tambah garam.
5. Buat kelongsong seperti dalam gambar di atas.
6. Masukkan campuran sago tadi di bawah sekali
7. Masukkan pula campuran gula dan tutup semula dengan sago.
8. Semat kelongsong dengan lidi tajam seperti dalam gambar.
9. Kukus selama 20-30 minit.
10.Angkat. Makan panas atau sejuk..dua2 sedap..




SELAMAT MENCUBA KUIH MELAYU
DILUPA JANGAN,DIBUANG JANGAN
KALAU DIINGAT HATIKU SAYU
RAMADHAN TIBA, BARU DIMAKAN !





Cuba ya..kuih ni modalnya sikit je hanya tenaganya kena lebih sikit...bai jumpa lagi kita ....

Isnin, 16 Mei 2011

KUIH LOPES ASLI..

Lopes

Assalamualaikum dan selamat Hari Guru.....Akak nak tayang kuih lopes ni dari minggu lepas tapi terbantut kejap...ni kongsi kuih lopes yang dibuat oleh orang-orang dulu...Sebenarnya akak buat ni belajar dengan boss akak yang pernah ajar cara nak buat nasi beriani kambing dulu.. beliau telah sudi mengajar cara-cara nak bungkus kuih lopes dengan daun pisang dan rasa kenyal pulut tu berbeza dengan lopes yang ditanak semata...okeh kita tengok gambar di bawah ini dulu...kalau ada kesempatan akak nak upload video yang diambik semasa membungkus lopes tu...nampak je mudah tapi berpeluh jugelah nak membalut pulut dengan daun pisang ni.....jum tengok...hmmmmm..sedap u...



Lopes bentuk ketupat

Batang lopes

Pulut yang cukup kembang ..


Bahan-bahan :

1 kilo Pulut
Air daun pandan
1 st kapur makan
10 helai daun pisang lebar
10 utas tali plastik
1 keping gula melaka
3 sb gula pasir
1 kelapa parut muda
1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Rendam pulut selama 1 jam dengan air daun pandan. Masakkan dengan sedikit air daun pandan separuh masak. Biarkan sejuk sebentar.
2. Layur daun pisang dan bentangkan daun pisang dan bubuh pulut di atasnya dan gulung sekiranya hendak membuat batang lopes. Untuk bentuk tiga segi bungkus macam ketupat palas.
3. Ikat kemas bungkusan daun pisang ini dan rebus semula di dalam air yang banyak sehingga pulut betul-betul kembang dan tidak berbiji .
4. Masakkan air gula kabung dan gula pasir dengan daun pandan dan sejukkan.
5. Setelah pulut masak buka balutan daun pisang dan gaul dengan kelapa yang telah dibubuh garam.
6. Hidangkan bersama dengan air gula melaka tadi.


Selamat mencuba kuih melayu lama ini......

Isnin, 9 Mei 2011

TALAM UBI * MAK





Selamat menyambut hari ibu...kepada ibu-ibu yang rajin mencuba kuih-kuih tradisi kita apa kata kita mencuba pulak kuih talam ubi..Kalau akak buat talam ubi , akak selalu guna versi mak akak punye..kuih mentalamnya memang best yang amat pada akak. Kuihnya lembut dan liat-liat sikit..atasnya pulak lembut dengan rase santan.. Kalau akak buat, selalunya mesti telepon mak dulu ...setiap kali nak buat telepon...sebab sukatannya main agak-agak je.. rasa-rasanya sukatan di bawah ni boleh dijadikan panduan..kuih ni akak buat dah lama jugak tak sempat nak share ...okeh kita layan di bawah ni....




BAHAN-BAHAN:

TALAM UBI

Bahan A – bahagian bawah

1 mangkuk ubi kayu parut

¾ mangkuk gula merah

½ mangkuk gula pasir

11/2 mangkuk air


Bahan B – bahagian atas

I mangkuk santan pekat

4 sudu besar tepung gandum

1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Ubi yang telah diparut ditapiskan. Buang airnya dan ambil pati ubi yang tinggal.

2. Masakkan gula pasir dan gula merah hingga cair dan sejukkan.

2.Tapiskan ke dalam ubi yang telah ditoskan airnya tadi.

4. Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.

5. Kukus sehingga masak. Ubi yang telah dimasak, rupanya bertukar menjadi jernih.

6. untuk bahagian atasnya pula, campurkan santan, tepung dan garam. Kacau sebati.

7. Tapiskan ke atas ubi yang telah dikukus tadi. Gores permukaan ubi dengan garfu dahulu.

8. Kukuskan sehingga baahgian atasnya masak. Angkat dan sejukkan.



Prinsip memasak akak selagi tak jadi, selagi itulah mesti dicuba walaupun berulang kali... kalau dah berkali2 buat kita akan dapat kesan kesilapan dan kekurangnya di mana-mana.....okeh selamat mencubaa........




















Isnin, 18 Oktober 2010

~ Goreng Pisang Rangup ~

~ ASSALAMUALAIKUM ~
Pisang goreng ke goreng pisang ? Apa2 je laa..yang penting bila makan goreng pisang mesti nak yang rangup , manis dan tidak berminyak..meh nak kongsi versi goreng pisang ni..salah satu cara menggoreng pisang guna tepung gandum dan minyak panas...adunan mesti pekat dan memang pisang ni tidak berminyak dan rangup..


Bahan-bahan :
1 sikat pisang nipah
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air sejuk
1 senduk minyak panas
1 st garam
1/2 st kunyit serbuk
minyak menggoreng
Langkah-langkah membuat:
  1. Pisang dibelah tiga.
  2. Panaskan minyak menggoreng.
  3. Masukkan tepung, air, garam dan kunyit. Bancuh biar sebati.
  4. Masukkan sesenduk minyak yang telah dipanaskan tadi.
  5. Bancuh hingga menjadi adunan yang pekat.
  6. Celup pisang dan goreng dalam minyak tadi. Kecilkan api.
  7. Balik2kan pisang tadi dan angkat.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Khamis, 23 September 2010

ROTI JALA EMAS

SALAM AIDILFITRI

ROTI JALA


Hari Rabu yang baru lepas, tempat kerja mengadakan jamuan raya selepas waktu kerja. Hidangan wajib lemang, rendah, satay dan biskut raya dinikmati.. Kumpulan akak menyediakan roti jala. Nak kongsi resepi roti jala je sebab kari ayam tak sempat nak ambik gambar. Roti jala ni kami buat secara gotongroyong . Resepi diperolehi dari My resepi oleh kawan akk ..terlupa pulak nak tanya resepi siapa..takpalah nanti tengok balik ya..apapun terimakasih bebanyak kerana resepi roti jala ni lembut dan sedap..jum tengok resepinya ...





BAHAN-BAHAN :


1 kilo tepung gandum
1 tin susu cair
4 tin susu air kosong
4 biji telur
1 camt garam
1/2 camt pewarna kuning


Langkah-langkah :


Campurkan semua bahan-bahan di atas dan bancuh biar sekata.

Masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar himgga sebati.

Panaskan pan , sapukan sedikit marjerin dan tirailah adunan ini menggunakan acuan kuih jala.

Setelah masak, bentukkan tiga segi atau gulung.

Makan dengan kuah kari atau kuah manis.


Catatan : 3 kilo telah disediakan untuk jamuan raya . Kalau kerja bekerjasama cepat siap..sepakat membawa berkat..resepi ni lembut dan enak.

Rabu, 25 Ogos 2010

ABUK-ABUK ..

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
Selepas terliur tgk kat Yat Maria abuk-abuknya post lepas...akk pun tak nak ketinggalan buat abuk-abuk..tambah peberet akk ni..sepanjang Ramadhan dah 3 kuih dari sago mata ikan yang dibuat..semuanya akk makan sendiri ..dan pas2 kat orang keliling..anak2 yang ada kat umah tak pandai makan dan tak nak langsung mencuba..kalau yg suka tak de kat rumah pulak...hai lain anak ..lain selera..walhal mak diorang ni sorang je. okelah akak perturunkan langkah demi langkah cara membuat ..bukannya apa senang anak dara ku sorang tu nanti buat kuih ni satu hari nanti..dan juga nak berkongsi ngan kekawan semua di luar sana tu..mungkin ada yg pandai tapi ramai juga yang tak pandai buat kuih ni...ok jum tengok ya...senang je..

Cara-cara membungkus Abuk-Abuk


1

2


3



Bahan-bahan :
1 mangkuk sago
1 mangkuk kelapa muda
2 ketul gula kabung
2 sb gula pasir
1 camt garam halus
daun pisang secukupnya
langkah-langkah membuatnya:
  • Layur daun pisang dan potong 4 segi .
  • Basuh sago, rendamkan sekejap dan toskan.
  • Gula kabung dicincang halus dan campur gula pasir.
  • Campurkan sago dan kelapa muda tadi. Tambah garam.
  • Buat kelongsong seperti dalam gambar di atas.
  • Masukkan campuran sago tadi di bawah sekali
  • Masukkan pula campuran gula dan tutup semula dengan sago.
  • Semat kelongsong dengan lidi tajam seperti dalam gambar.
  • Kukus selama 25-30 minit.
  • Angkat. Makan panas atau sejuk..dua2 sedap..

SELAMAT MENCUBA KUIH MELAYU
DILUPA JANGAN,DIBUANG JANGAN
KALAU DIINGAT HATIKU SAYU
RAMADHAN TIBA, BARU DIMAKAN !

Jumaat, 20 Ogos 2010

LEPAT PISANG

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah..di samping itu juge bulan inilah juga ibu2 dan isteri2 akan memasak resepi kegemaran keluarga..kalau hari lain tak sempat nak buat tapi bulan Ramadhan aura buat kuih yang lama ditinggalkan akan datang automatik..ini lepat pisang style akk..sebenarnya kuih ni senang tapi akk pun seriau juge kalau tak menjadi...lepat2 pun kena tau cara melepat ....nanti akk bubuh resepi kemudian ek, kena keluar pulak ni ..ada hal pulak..nanti sambung lagi..jamu mata dulu...

Ni dah boleh bagi resepi..sebelum tu pengukus merah plastik sangat pratikal untuk kita kukus apa2 je dengan cepat..Akak kukus muffin, apam, pau dan juga ikan pun guna pengukus ni..berbaloi sebab cepat dan jimat gas.. ok jum layan bahan-bahan di bawah ni..
Bahan-bahan lepat pisang:
6 biji pisang masak
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1/2 paket santan serbuk
1/4 camt garam halus
daun pisang secukupnya
Langkah-langkah membuat:
  1. Lenyek pisang dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan santan serbuk. Kalau santan cair guna yang pekat.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Daun pisang dipotong dan dilayur dengan api gas.
  5. Panaskan kukusan .
  6. Sudukan adunan pisang tadi ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
  7. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.
  8. Sejukkan dahulu sebelum dimakan. Enak juga dimakan suam.
Senangkan nak buat lepat. Hanya kalau guna santan air pastikan tidak lembik sangat. Susah pulak nak bungkus dan apam tu pula lembut sangat. Guna api yang kuat semasa mengukus..selamat mencuba..kalau tak sedap buat lagii...wassalam..







LEPAT PISANG