SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
Selepas terliur tgk kat Yat Maria abuk-abuknya post lepas...akk pun tak nak ketinggalan buat abuk-abuk..tambah peberet akk ni..sepanjang Ramadhan dah 3 kuih dari sago mata ikan yang dibuat..semuanya akk makan sendiri ..dan pas2 kat orang keliling..anak2 yang ada kat umah tak pandai makan dan tak nak langsung mencuba..kalau yg suka tak de kat rumah pulak...hai lain anak ..lain selera..walhal mak diorang ni sorang je. okelah akak perturunkan langkah demi langkah cara membuat ..bukannya apa senang anak dara ku sorang tu nanti buat kuih ni satu hari nanti..dan juga nak berkongsi ngan kekawan semua di luar sana tu..mungkin ada yg pandai tapi ramai juga yang tak pandai buat kuih ni...ok jum tengok ya...senang je..
Cara-cara membungkus Abuk-Abuk
1
2
2
3
Bahan-bahan :
1 mangkuk sago
1 mangkuk kelapa muda
2 ketul gula kabung
2 sb gula pasir
1 camt garam halus
daun pisang secukupnya
langkah-langkah membuatnya:
- Layur daun pisang dan potong 4 segi .
- Basuh sago, rendamkan sekejap dan toskan.
- Gula kabung dicincang halus dan campur gula pasir.
- Campurkan sago dan kelapa muda tadi. Tambah garam.
- Buat kelongsong seperti dalam gambar di atas.
- Masukkan campuran sago tadi di bawah sekali
- Masukkan pula campuran gula dan tutup semula dengan sago.
- Semat kelongsong dengan lidi tajam seperti dalam gambar.
- Kukus selama 25-30 minit.
- Angkat. Makan panas atau sejuk..dua2 sedap..
SELAMAT MENCUBA KUIH MELAYU
DILUPA JANGAN,DIBUANG JANGAN
KALAU DIINGAT HATIKU SAYU
RAMADHAN TIBA, BARU DIMAKAN !
alamak kak...ni kuih feberet saya ni....nanti saya akan buat jugak dibumi melben ni..hehehe....
BalasPadam