Isnin, 22 Mac 2010

Masak lemak cili api Ikan & tomato

Salam sejahtrera



Masak lemak cili api bagi ikan dengan tomato...pedas2 masam ..ummphhh ..cubelaaa..memang peberetku ni..tak boleh lari dengan masak lemak weh...jum tengok resepi di bawah layannnn...



Bahan-bahan :

1 ekor ikan lemuduk ( ikan apa2 je asalkan ikan berisi)
15 - 20 biji cili api
2 cm kunyit hidup
1 biji kelapa masak
2 keping asam keping
3 biji buah tomato
1 camt garam

langkah-langkah membuat:

  1. Ikan dicuci bersih dan dipotong.
  2. Tumbuk kunyit sampai lumat, masukkan cili api sedikit2 dan tumbuk lagi sampai hancur
  3. Gaulkan cili tumbuk dan asam keping dengan ikan tadi.
  4. Bubuh air sedikit2 ke dalam kelapa parut dan ramas. Santan jadi pekat. Tapiskan.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam ikan tadi.
  6. Jerang atas api yang besar hingga menggelegak.
  7. Kacau sekejap dan kecilkan api.
  8. Potong tomato kepada 4 bahagian dan bubuh ke dalam gulai ikan tadi.
  9. Masakkan dengan api perlahan.
  10. Rasa garam dan asam .
  11. Angkat gulai dan hidangkan dengan nasi putih.


Kalau menggulai masak lemak ciliapi, tidak perlu dikacau selalu. Hanya kacau mula2 sahaja apabila gulai mua menggelegak. Perlahankan api sahaja dan biarkan gulai hingga masak..Cuba ye terangkat makan masak lomak cili api ni.....ok jumpe lagi bai..bai...

Rabu, 17 Mac 2010

Ikan Patin Sungai Pahang

~salam mesra kepada semua pengunjung dan followers yang sudi singgah ke sini ~
Selepas talapia, meh kita cuba pulak masak patin..Disebabkan akak ni duduk di Sungai Pahang maka patin atau talapia yang kami selalu makan memang datang dari dalam Sungai Pahang..yang dibela dalam sangkar sungai..kalau patin liar dalam sungai Pahang tu kena fikir 10 kali nak beli sebabnya rege patin liar tidak ada kompromi..kita tak nak, berebut orang lain nak..Di sini patin kolam tak diterima pakai..bukanlah nak menidakkan patin kolam tu tapi disebabkan faktor patin sungai ni senang diperolehi maka patin kolam ditolak tepi..mungkin ramai tidak makan ikan sungai kerana takut hanyir tapi berlainan dengan kes patin sungai ni .tidak hanyir langsung ..sesiapa yang makan seolah2 terkena sumpah nak makan lagi..kalau tak percaya kena cuba sendiri...akak pernah n3 patin ni diblog akak yang satu lagi..tapi tak pelah untuk pengunjung blog yang baru ni akak n3 semula okeh..layannnnnnnnnnn

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin sungai
15 - 20 biji cili api kampung
1 cm kunyit hidup
1 senduk tempoyak masam
1 batang timun taun
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
garam

Timun taun

Langkah-langkah membuat:
  1. Basuh ikan patin dengan asam jawa bersih-bersih dan toskan (potong)
  2. tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai lumat.
  3. gaulkan dengan ikan patin tadi bersama dengan tompayak masam hingga rata
  4. perap selama 1 jam atau lebih lagi sedap.
  5. masukkan timun taun yang telah dibuang kulit dan dipotong
  6. Masukkan air sehingga menutupi ikan patin.
  7. Masakkan di atas api besar dulu. menggelegak kacau sekejap.
  8. Perlahankan api , biarkan gulai merenih perlahan dan bubuh garam dan daun kesum
  9. Masakkan ikan hingga terasa asam dan garamnya.
  10. Hidangkan bersama nasi putih dan sayur kangkung .



Tip memasak:
  • gulai mesti pedas dan masam. jangan takut bubuh lada api kerana gulai dimasak dengan cara api perlahan. Ini menyebabkan lada dimasak dengan cukup.Walaupun pedas tidak sakit perut.
  • Jangan dikacau selalu menyebabkan ikan hancur. kacau sekali sekala saja apabila gulai mulai menggelegak.Kemudian perlahankan api sehingga masak.
  • Lada dan kunyit ditumbuk lebih sedap.

Selasa, 16 Mac 2010

Award dari ~ INAHAR'S COOKING TIME! ~

Selamat malam semua....Kak ingin mengucapkan terimakasih kepada blogger Inahar Ali atas pemberian Award di atas. Dengan dasar persahabatan di alam maya ini kak menerima dengan rasa berbesar hati dan seronok dengan tanda ingatan dari Inahar ini. Semoga dapat memanjangkan ukhwah dan mengeratkan siratulrahim sesama kita. Pada Dr Inahar maaf lewat ambik...jgn serik bagi akak lagi ya hhiihii...Untuk pengetahuan Inahar, kak dah lama follow your blog sebelum tercebur sama dalam hobi ni...apapun terimakasih berbanyak atas ingatan ni. Pada pengunjung dan followers sila terjah blog ina ni...INAHAR'S COOKING TIME ..
Jumpa lagi..byeeeee muahhhh...

Isnin, 15 Mac 2010

talapia kukus air asam

~ salam sejahtera ~
Cuti sekolah bermula, anak2 balik serbu rumah..emak2 pening kepala...hari2 pikiak nak masak apa..masa ni lah cuba nak ikut selera anak2 . Tak buat tak sampai hati...kalau diikut kehendak semua pulak..penat separuh mati hihihihikk. Apapun cubalah masak ikut selera depa..kalau dah tak de semua terasa sayu pulak ..hari ini Ikan Talapia Kukus....Ikan talapia yang dibela dalam sungai . Lebih sesuaiiii sebab tak hanyir dan tak berbau ....tengok di bawah . Resepi yang mudah dan senang dibuat...jumm tengok dulu..


Ikan dilumur dengan garam dan bawang putih cincang. Kukus 5 minit (separuh masak)



Air asam dimasukkan ke atas ikan dan kukus 5 minit lagi
Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia
6 ulas bawang putih
6 biji cili api siam
1 labu bawang besar
1 sudu besar asam jawa
1 camt gula
1/2 camt garam halus
Langkah-langkah membuat:

1. Ikan dicuci dengan air asam. Dilumur dengan garam halus bawang putih yang dicincang.

2. Kukus ikan separuh masak lebih kurang 5 minit dahulu.

3. Sementara kukus ikan , campurkan air asam jawa, cili api yang diracik halus dan bawang besar yang dipotong bulat2.

4. Masakkan air asam ini dan campurkan garam dan gula. Angkat.

5. Curahkan ke atas ikan tadi dan kukus sekejap selama 5 minit lagi .

6. Angkat dan hidangkan panas2.



Khamis, 11 Mac 2010

tom yam ! Tom Yam!

~ salam semua ~
Tomyam..tomyam... tomyam simple ni nanti kak masukkan resepi ok...cuci mata dulu hihihii.

l

Rabu, 10 Mac 2010

~ Sayur Campur Segera ~

~ Assalamualaikum semua ~

Hari ini kita makan sayur je..jimat sikit hihihikkk..sayur ni sebenarnya dah dimasak bersama dengan ikan siakap sos di bawah.. Ni nak tunjuk je sayur campur yang dimakan seiiring dengan ikan tu..sayur ni senang nak dimasak kekawan ..hanya gunakan sikit tepung jagung memekat kuah sayur dan bagi nampak berkilat sikit..Okeh intai2 resepi dibawah ni.....
Bahan-bahan :
  • 8 kuntum bunga kobis
  • 1 batang lobak merah
  • 7 batang sayur peas
  • 2 batang lada merah
  • 8 ekor udang basah
  • 5 ulas bawang putih
  • sedikit kiub ayam 'knorr'
  • 1 sudu besaar minyak sayur.
  • 1 camt serbuk lada sulah/lada putih

Langkah -langkah membuat :

  1. Bersihkan udang dan sayur2an. Sayur tidak perlu potong kecil..Lobak potong memanjang.
  2. Cincang bawang putih .
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang yang telah digaul dengan lada sulah. Goreng udang separuh masak. Masukkan perasa ayam dan garam.
  4. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Biarkan sebentar. Masukkan sedikit air.
  5. Masukkan pula sayur peas .
  6. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sikit. Masukkan lada sulah dan angkat .
  7. Siappppp..jum makannnnnn....

Petua Ikan Rangup....krip..krip...

~ Salam mesra semua ~




Entry kali ini kita berkongsi bagaimana ikan siakap atau kerapu tu jadi rangup apabila digoreng..Kebetulan melihat Chef Wan masak di Astro pada tahun baru Cina yang lepas..dia bagi petua nak merangupkan ikan yang digoreng. Selama ni akak goreng ikan ni juga tapi tak serangup petua yang diberi oleh Chef tersohor ni...Inilah eksprimen yang dah dibuat ..memang menjadikkkk...Jum tengok langkah demi langkah.



Ikan dicuci dan dibelah perut dan juga bahagian belakang ikan. Sapukan kuning telur sahaja keseluruhan badan ikan tu..kalau nak try campur sekali putih telur , haaa tu tak tau ye...nasib la kalau tak jadi jangan nyesal pulak....kalau menjadi lebih baik , bagitau le..Lepas tu baru taburkan tepung jagung kepada keseluruhan badan ikan seperti gambar di atas tu !


panaskan minyak banyak dan goreng seperti dalam gambar..semasa proses menggoreng tak perlu asyik nak terbalikkan ikan tu..nanti hancur isi2 ikan tu...



Selepas ikan masak elok, angkat dan curahkan sos yang telah dimasak. Sambil goreng ikan kita masaklah sos ikan ni. Sos ikan ni bergantung kepada kitalah apa2 versi pun boleh...Masa hidang taburkan bawang goreng sikit dan makan panas2 ...kejap je ikan dah tinggal kepalaaaa....Kalau nak cuba resepi sos yang dalam gambar atas ni silakan..simple je guna bahan yang ada ..Warna sos di atas ni merahnya sebab guna sos tomato dan sos cili gamaknya ..rasanya masam2 sedikit..

Bahan-bahan Sos

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
    2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos plum ( tak de pun tak pe)
  • 1 camt garam halus
  • 1 camt gula
  • 2 sudu besar minyak

Langkah-langkah membuatnya:

  1. Bawang merah dan bawang putih dikisar.
  2. Lada kering direbus dan dikisar.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang kisar hingga wangi.
  4. Masukkan lada kering kisar. Masakan hinggan terbit minyak.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos plum.
  6. Masukkan sedikit air dan masakkan 1 minit.
  7. Masukkan garam dan gula.
  8. Biarkan sos masak sebentar.
  9. Angkat dan curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi.



~ Selamat mencuba ...jumpa lagi....~

Isnin, 8 Mac 2010

Salam pada semua pengunjung yang sangat dialu-alukan kerana sudi datang ke sini dan berkongsi dengan kita...hari ini goreng ayam crunchy...senang untuk dibuat dan memang menjadi kegemaran semua ..tak kira lapisan .resepi ini diambil dari buku resepi yang dihimpun dari kelas katering aliran vokasional..maknanya telah diuji keberkesannya. Untuk mengesahkannya akak masak ayam goreng ini ..memang crunchy..rangup dan tidak berminyak.....layannnnn...

AYAM GORENG ~ CRUNCHY~



  1. · 1 ekor ayam di potong 14
    · 2 batang serai
    · 5 ulas bawang putih
    · 8 ulas bawang merah
    · 1 sudubesar cili serbuk
    · 2 cawan tepung gandum
    · 3 biji telur ayam
    · 2 sudubesar susu UHT (kotak)
    · 2 cawan serbuk roti / nestum
    · Minyak untuk menggoreng


    Langkah – langkah :

    1. Serai, bawang putih,bawang merah dimesin hancur. Campurkan dengan cili serbuk.
    2. Gaulkan bahan di atas dengan ayam tadi. Perap selama 30 minit.
    3. Toskan ayam dan masukkan tepung ke dalam beg plastic . Campurkan ayam ke dalam tepung dan goncangkan hingga ayam bersalut dengan tepung.
    4.Pukul telur dengan susu UHT, masukkan garam.
    5. Masukkan ayam ke dalam bancuhan susu ini dan golekkan didalam nestum atau serbuk roti. Pastikan ayam bersalut elok.
    6. Goreng ayam dalam minyak yang panas. Goreng hingga keemasan.
    7. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.

Kalau dah masak tu, masa makan tu ingat2lah akak ni....hihihiikk..tak dapat makan dapat ingatan jadilaa...bye jumpe lagi ...

Ahad, 7 Mac 2010

sumbat tahu sumbat !!!

~ Salam mesra semua kepada pengunjung ~

Entry hari ini sambungan kepada sos pedas sebelum ni..Sos ini biasa dimakan dengan tahu sumbat atau apa2 je yang kita teringin.. Tahu sumbat sangat sinonim dengan keluarga kami . Dari kecik hingga tua tahu menjadi kegemaran....Tahu ialah sumber protein tumbuhan yang boleh menggantikan protein haiwan. Rasanya tak perlulah letak resepi... semua orang tahu nak menyediakan tahu sumbat ni......



Sos di atas resepi ada di bawah ya. Jangan lupa cuba okeh....selamat makan tahu sumbat !!!!




Khamis, 4 Mac 2010

pedas2 sos...

~ Salam mesra kepada pengunjung dan follower ~
Ini bukan sos cili jenama Life ya..ini sos jenama Emak.. Dari kecik kami dah makan sos ni sebab satu faktor mak kami berniaga makan termasuk membuat tahu sumbat dan sosnya dimasak sendiri.. Punyalah lama kami makan hingga sampai tua , baru tahun ni belajar buat sos ni sebab dah jauh2 ni..kadang teringin sangat nak makan sos emak tapi apakan daya ...Ini yang mendorong nak buat sendiri . Suruh emak buat demo ..kalau tanya je resepi..sah2 tak buat punya...Bagi akak sos ni memang ummphhh..pedas2 masam & manisnya hingga sampai ke telinga ni tapi makan tak mau berhenti juga ...hingga menjilat jari....

Bahan- bahan:
RM1 - Cili kering
1sb - asam jawa
2 senduk - gula
2 camt -garam
15 ulas -bawang putih


Langkah-langkah :
  1. Lada kering direbus dan kisar halus
  2. Masukkan ke dalam periuk besar
  3. Campurkan bawang putih yang dimesin, gula dan asam jawa (gambar atas sekali)
  4. Tambahkan air hingga cair ( kadar yang banyak)
  5. Masakkan hingga menggelegak.
  6. Perlahankan api dan masakkan sos ini selama 2 jam
  7. Bila sos mula memekat masukkan garam.
  8. Sesuaikan rasa sos..pedas, masam,manis dan masin.
  9. Angkat.



Inilah rupa sos yang telah dimasak. Sebenarnya sukatannya bergantung kepada kita.. Anggaran je akak bagi tu. Lama memasaknya pun bergantung kepada sukatannya pula. Kalau banyak lamalah kita memasaknya..kalau sikit sebaliknya pula....ala pandai2lah ya...hanya satu kalau lada tak cukup masak alamat rasa pedas je..maknanya tak sedap.. Sos yang dimasak warnanya merah gelap dan pekat. Sos ni boleh bertahan lama ..kalau dalam peti boleh sampai 2-3 bulan. Tak dimakan lagilah lama bertahannya hihihihi. Kalau di luar pula boleh 3-4 hari.. Hanya kita panaskannya 2 hari sekali.. Inilah petua yang emak akak bagi.. Resepi ni amat mudah dan murah ..kalau rajin boleh buat bisnes sos ni. Sedap dimakan bersama tahu sumbat, kopok lekor, cucuk udang dan macam2lah..kecur dah air liuk ni ...jumpe lagi kita ...byeeeeee


Rabu, 3 Mac 2010

Jum masak Spagetthi Mudah

Salam semua ......

Apa khabar semua...walaupun berebut2 waktu sekarang ni, namun masih takmahu ketinggalan dalam mengongsi dan mencari maklumat tentang alam masakan ni..semalam terjumpa satu resepi di blog Hana's Family - memasak Spagetthi dengan cara yang paling mudah. Hana menamakannya Spagetthi Paperoncinno. .terbelit lidah akak menyebutnya..maaf ya Hana , kak copyppaste je resepi ni ....sekadar untuk berkongsi ...terimakasih pada Hana ...
Spaghetti adalah satu sumber karbohaiderat yang baik untuk diet..kalorinya lebih rendah dari mee kuning .. Pada sesapa yang nak kawal berat badan bagus ni..Akak tertarik dengan resepi ni sebab mudah dan cepat disediakan.. Tak payah pusing2 nak cari bahan untuk memasak spagetthi.. Janji ada spagetthi.. Lepas subuh tadi, resepi siap dimasak untuk dibawa bekal ke sekolah. Emak dan anak bawak bekal...kami ni menyahut seruan kerajaan supaya mengamalkan berbelanja berhemah hihihihi...okeh cuba tengok rsepi di bawah dan jangan lupa mencubaaa.......

Spaghetti Paperroncinno



1 peket spaghetti
8 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili merah kering - potong halus serong@bulat
2 tsps daun parsley cincang - hana gune dry parsley
1/4 cawan minyak zaitun
1sk garam
1sb virgin olive oil - utk dressing last
2 Telur setengah masak - optional
  1. Rebus spagetthi mengikut arahan peket .
  2. tambahkan garam sket dan juga minyak. Angkat dan toskan.
  3. Simpan air rebusan spagetthi lam 2 sudu besar. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak zaitun, tumis bwg putih hingga kekuningan. Pastikan api kecil supaya bwg tidak mudah hangus.
  5. Masukkan cili, gaul. Masukkan spagetthi dan juga air rebusan spagetthi tadi.
  6. Masukkan daun parsley dan perasakan dengan garam. Gaul seketika hingga air td kering.
  7. Angkat dan terus hidangkan. Sprinkle ngan virgin olive oil dan daun pasrley lagi jika suka.
    Pecahkan telur rebus separuh masak jika suka.

Catatan: Akak pecahkan telur separuh masak sebelum api ditutup dan taburkan sedikit serbuk ladahitam. Gaul rata. Gunakan minyak sayur je. Minyak zaitun bagus untuk kesihatan dan juga berfungsi untuk melembutkan spaghetti.

Selasa, 2 Mac 2010

Senangnya nak bungkus Nasi Goreng Pattaya....

Salam kepada semua pengunjung & follower ..terimakasih atas kesudian singgah di sini....



Nasi goreng di dalam telur dadar

Entry kali ni saja nak berkongsi cara & langkah untuk membuat nasi pattaya..atau nasi goreng berbungkus telur...Langkah yang ditunjukkan tidak bermula dari nasi goreng..apa2 versi nasi goreng boleh dibungkus walaupun kebiasaannya di kedai makan menyediakan nasi goreng style cina untuk dibungkus..Sudah tentu resepi nasi goreng ni mudah diperolehi dan senang disediakn ..hanya langkah nak membungkusnya dengan telur hingga boleh dipanggil nasi pattaya satu masalah juga kalau kita tidak tahu caranya..dulu memang tak tahu..hanya tahu makan di kedai..sekarang ni dah tahu tekniknya, masak je kat rumah bila2 teringin..walaupun rasa malas juga nak buat tapi bila kenang2kan kalau makan dikedai dahlah $$$$$ keluar banyak, kena pulak bersiap ambil masa nak keluar..masak je lah di rumah untuk anak2 ...jimat juge $$$$$$$.. hanya tenaga keluar sikit...okeh jum sama-sama kita tengok..lepas tengok ...jum cuba !
Bahan-bahan:
I pinggan nasi goreng
2 biji telur A
1 camt serbuk lada sulah
1/2 camt garam halus
1 camb minyak masak





Langkah - langkah membungkus nasi goreng:


  1. Pecahkan telur, bubuh lada sulah dan garam. Pukul.
  2. Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan telur tadi dan lenggangkan sehingga menjadi bulatan yang nipis. padamkan api. Jangan diangkat, biar di dalam kuali.
  3. Masukkan nasi goreng ke dalam telur itu.
  4. Lipatkan keliling nasi tadi dengan lebihan telur di kelilingnya seperti dalam gambar.
  5. Selepas itu, tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan telur tadi.
  6. langkah seterusnya, letakkan tapak tangan kanan di atas pinggan, dan tangan kiri memegang telinga kuali.
  7. Terbalikkan kuali yang berisi pinggan seperti di bawah.




Tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan nasi di dalam kuali






Nasi Goreng Pattaya


Dah siap untuk dimakan. Jangan lupa picitkan sos cili di atas bungkusan nasi goreng ini. Tak sempat nak ambik gambar ...terus kena ngap dek anak bujangku.. Syaratku semalam kalau nak makan nasi pattaya ni kena mop dulu lantai dapur dan ruang tamu...selamat satu tugasan ku. Kadangkala kena keluar peraturan macam ni..anak demand , ibu pun demand..hehheee...elok juga macam ni...secara tak langsung mengajar anak2 bertanggungjawab....ok jumpe kita di lain hari...jumpa lagi byeeeeee......