Rabu, 10 Mac 2010

Petua Ikan Rangup....krip..krip...

~ Salam mesra semua ~




Entry kali ini kita berkongsi bagaimana ikan siakap atau kerapu tu jadi rangup apabila digoreng..Kebetulan melihat Chef Wan masak di Astro pada tahun baru Cina yang lepas..dia bagi petua nak merangupkan ikan yang digoreng. Selama ni akak goreng ikan ni juga tapi tak serangup petua yang diberi oleh Chef tersohor ni...Inilah eksprimen yang dah dibuat ..memang menjadikkkk...Jum tengok langkah demi langkah.



Ikan dicuci dan dibelah perut dan juga bahagian belakang ikan. Sapukan kuning telur sahaja keseluruhan badan ikan tu..kalau nak try campur sekali putih telur , haaa tu tak tau ye...nasib la kalau tak jadi jangan nyesal pulak....kalau menjadi lebih baik , bagitau le..Lepas tu baru taburkan tepung jagung kepada keseluruhan badan ikan seperti gambar di atas tu !


panaskan minyak banyak dan goreng seperti dalam gambar..semasa proses menggoreng tak perlu asyik nak terbalikkan ikan tu..nanti hancur isi2 ikan tu...



Selepas ikan masak elok, angkat dan curahkan sos yang telah dimasak. Sambil goreng ikan kita masaklah sos ikan ni. Sos ikan ni bergantung kepada kitalah apa2 versi pun boleh...Masa hidang taburkan bawang goreng sikit dan makan panas2 ...kejap je ikan dah tinggal kepalaaaa....Kalau nak cuba resepi sos yang dalam gambar atas ni silakan..simple je guna bahan yang ada ..Warna sos di atas ni merahnya sebab guna sos tomato dan sos cili gamaknya ..rasanya masam2 sedikit..

Bahan-bahan Sos

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
    2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos plum ( tak de pun tak pe)
  • 1 camt garam halus
  • 1 camt gula
  • 2 sudu besar minyak

Langkah-langkah membuatnya:

  1. Bawang merah dan bawang putih dikisar.
  2. Lada kering direbus dan dikisar.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang kisar hingga wangi.
  4. Masukkan lada kering kisar. Masakan hinggan terbit minyak.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos plum.
  6. Masukkan sedikit air dan masakkan 1 minit.
  7. Masukkan garam dan gula.
  8. Biarkan sos masak sebentar.
  9. Angkat dan curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi.



~ Selamat mencuba ...jumpa lagi....~

2 ulasan:

  1. sALAM KAK nOR

    KAK, KNP SEJAK2 NI APA YG SAYA KOMEN KAT BLOG RESEPI AKAK NI TAK KELUAR EK? WAH AKAK UPANYA BEGINI EK CARA GORENG IKAN AGAR RANGKUP, ABIS TAK BUBUH KUNYIT DAN GARAM KE. MESTI NAK CUBA NI NANTI, JGN TIDAK2.

    BalasPadam
  2. tak tau la zura, padanpun tak de komen masuk..mmg tak bubuh kunyi tapi garam bubuh le...tengok jenis masak apa dan ikan apa kalau nak bubuh kunyit.....

    BalasPadam