Jumaat, 24 September 2010

~ RENDANG DAGING NOGORI~

RENDANG DAGING NOGORI


Merendang lagi.....jamuan raya di tempat kerja ..kena masak rendang daging lagi sekali.. makan dengan lemang yang diorder. Kelemahan akk tak reti masak rendang lain selain rendang ni je yang boleh agak-agak je bahan-bahannya..Rendang2 lain tu kena tengok betul2 dan tekniknya baru berani nak cuba..Kali ni rendang ni akk pandai-pandai tambah biji ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Rempah biji ni di sangai dulu dan diblend bersama bawang2 dan bahan2 lain ..blend kering. Hanya satu akk tak boleh lari dari rendang pedas..tak pedas tak umphh...mula2 dulu rakan sekerja tak tahan pedas tapi dah pekena banyak kali...diorang pun dah pandai cakap tak syok tak pedas...dah terkena sumpahan rendang nogori lah tuu....pernah entry dulu sekali tapi yang ini ada penambahan biji2 rempah tu untuk dapatkan kelainan sikit...




BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
1cm kunyit hidup
3 cm halia
4 batang serai
3 senduk cili kering kisar
1 kilo santan pekat @
( 2biji kelapa kampung)
1 senduk kerisik
2 sb ketumbar
2 camt jintan putih
1 camt jintan manis


Langkah-Langkah Memasak :

  • Potong daging, bersihkan dan toskan.
  • Kupas bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit. Mesin dengan mesin kering hingga lumat.
  • Masukkan daging, bahan-bahan kisar dan rempah biji yang telah disangai dan ditumbuk.
  • Masukkan santan pekat dan masakkan atas dapur hingga masak.
  • Setelah pekat, masukkan kerisik dan kecilkan api.
  • Kacau hingga rendang menjadi kering.
  • Hidang dengan lemang dan nasi himpit.




Catatan: Untuk rendang yang pedas, bahan-bahan ramuannya mestilah seimbang dengan lada yang digunakan. Ini untuk seimbangkan rasa pedas dan lemak serta bahan-bahan lain. Untuk bahan - bahan kisar gunakan mesin kering atau chopper. Ini untuk mengelakkan banyak air kerana mengambil masa yang lama untuk mengeringkanya. Rendang ini tahan 3-4 hari di luar tanpa dipanaskan.



KAILAN TIRAM

~ SALAM AIDILFITRI ~
Kailan Tiram
Teringat masa makan di sebuah restoren di pusat membelibelah..restoren chicken rice..order sayur kailan ni..tgk suamiku tu makan berselera sangat...dia memang penggemar kailan..nak kata sedap sangat pun tak taulah sbb akk bukan penggemar kailan tapi rasenya masakkannya simple sangat..lepas kuamati2 rase2nya ni lah cara masakannya...dan rasa pun lebih kurang..memang senang yang amat...hari ini akk berbuka puasa ngan sayur kailan ni lah..beli seikat pun dah cukup untuk makan bertiga...tengok cara buatnya ya..namanya saja akk letak macam ni senang nak ingat...layannnn.

sayur selepas dicelur


Bahan-bahan :
1 ikat sayur kailan segar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 ulas cili merah siam
1 sb sos tiram
1/2 st garam halus
1 sb minyak sayur
1 st tepung jagung
4 sb air
Langkah-langkah memasak :
  • Sayur kailan direndam seketika dan panaskan air hingga menggelegak. Masukkan kailan dan biarkan sebentar . Angkat dan toskan. Susun dalam pinggan hidang.
  • Hiris bawang merah dan goreng . ketepikan bawang goreng ini.
  • Masukkan bawang putih yang dicincang dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan sos tiram.
  • Masukkan air dan garam.
  • Masakkan sekejap dan masukkan 1 st tepung jagung. Kacau biar rata.
  • Angkat dan curahkan ke atas sayur kailan tadi. Taburkan bawang yang telah digoreng dan hidang.

Catatan : Sayur kailan boleh direbus lama sedikit sebab sayur ni tak mudah layu macam sayur lain..

Khamis, 23 September 2010

ROTI JALA EMAS

SALAM AIDILFITRI

ROTI JALA


Hari Rabu yang baru lepas, tempat kerja mengadakan jamuan raya selepas waktu kerja. Hidangan wajib lemang, rendah, satay dan biskut raya dinikmati.. Kumpulan akak menyediakan roti jala. Nak kongsi resepi roti jala je sebab kari ayam tak sempat nak ambik gambar. Roti jala ni kami buat secara gotongroyong . Resepi diperolehi dari My resepi oleh kawan akk ..terlupa pulak nak tanya resepi siapa..takpalah nanti tengok balik ya..apapun terimakasih bebanyak kerana resepi roti jala ni lembut dan sedap..jum tengok resepinya ...





BAHAN-BAHAN :


1 kilo tepung gandum
1 tin susu cair
4 tin susu air kosong
4 biji telur
1 camt garam
1/2 camt pewarna kuning


Langkah-langkah :


Campurkan semua bahan-bahan di atas dan bancuh biar sekata.

Masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar himgga sebati.

Panaskan pan , sapukan sedikit marjerin dan tirailah adunan ini menggunakan acuan kuih jala.

Setelah masak, bentukkan tiga segi atau gulung.

Makan dengan kuah kari atau kuah manis.


Catatan : 3 kilo telah disediakan untuk jamuan raya . Kalau kerja bekerjasama cepat siap..sepakat membawa berkat..resepi ni lembut dan enak.

Isnin, 20 September 2010

SAMBAL TELUR

SALAM AIDILFITRI

SAMBAL TELUR



SAMBAL TELUR



Masakan yang dipilih untuk berbuka puasa hari ni..puasa sunat Syawal yang pertama .. telur ayam bersusun dalam peti..telur ayam kampung bertelur di bulan puasa ..waktu terhad untuk memasak, simpan dalam peti. Kalau tak buat sesuatu..telur akan bertambah..terasa ingin memasak ikut suka dan rasa hati sendiri..inilah hasilnya masakan sambal telur yang mudah dan bahan-bahan tak memeningkan untuk disediakan..makan berulam salad dan timun beserta nasi panas. Kalau digoreng ikan masin tadi alamat nasi 2 pinggan jadi 3 pinggan...over pulak ..apapun masakan ni simple dan save budget weh. Kalau lauk macam ni , sahur besok semangat sikit nak makan ..InsyaAllah.








Bahan-bahan :


5 biji telur ayam

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 senduk cili kering kisar

2 keping asam keping

1 sb sos tomato

1 st garam

1 sb gula

minyak menumis



Langkah-langkah membuat:



  1. Rebus telur dan kupas . Belah dua.

  2. Kisar bawang2 dan tumiskan dalam minyak panas.

  3. Masakkan sampai wangi dan masukkan lada kisar. Masakkan hingga terbit minyak.

  4. Masukkan asam keping, garam dan gula.

  5. Masukkan sos tomato dan sedikit air.

  6. Masakkan sebentar dan curah atas telur yang dibelah dua tadi.

  7. Siap untuk dimakan.

KEK MARBLE SUSU

SALAM AIDILFITRI
Kek Marble Susu
Sempat juga memutar kek marble susu ni.resepi ni lama dah terjumpa dulu2 .ramai yang dah cuba. Semalam kak jenguk blog http://mamafami.blogspot.com/ terjumpa juga resepi ni. Mengikut kata mamafami resepi asal dari Chef Norazlina. Terimakasih kepada Mamafami & Chef Norazlina. Kek ni mengikut rakan-rakan yang makan sedap, tidak berminyak tapi gebu. Tadi pun baru dapat call tanya resepi ni dari biras akk yang datang makan semalam. Bagi akak mungkin bahan-bahan yang digunakan dan juga teknik kek dibuat. Akak ikut seratus peratus langkah-langkah yang diberi sebab nak tengok kesannya tu..memang best...thanks Mamafami.. Kali ni akk pun guna margerin planta bukan macam kebiasaan kalau buat kek guna butter.. tapi sedappppppp... tak caya ...cuba dulu...jum layan resepi....


Bahan-bahan :
250 gram butter @ marjerin
230 gram castor
2 sk ovelet
4 biji telur
270 gm tepung superfine @ tepung gandum
1 sk serbuk penaik
60 gram susu pekat
2 sb serbuk koko
2 sb susu cair
1 sk kecil choclote emalco
langkah-langkah membuat :
  1. Pukul marjerin, gula dan ovellete hingga gebu.
  2. Masukkan telur sebiji2, pukul hingga adunan naik dan habiskan telur.
  3. Masukkan susu pekat tadi dan putar lagi
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul adunan sebati.
  5. Bahagi 2 adunan. 1 bahagian tambah koko, susu cair dan choclote emulco. ( kak guna coffee emulco)
  6. Masukkan sesenduk yang kosong ke dalam peti tin yang telah dialas dan dilenser.
  7. Masukkan pula bahagian koko dan selangseli adunan hingga habis.
  8. Bakar dalam oven selama 40-45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  9. Uji kek dengan mencucuk ditengah2nya. Kalau bersih keluar lidi pencucuk boleh diangkat.

Catatan:

Kak guna loyang bulat lebar. Lupa pulak nak ambik gambar kek yang belum dipotong . kertas alas kek diglis dan ditabur tepung sedikit. Cuba ya..

Ahad, 19 September 2010

PUDING LAICI DANGDUT

SALAM AIDILFITRI

PUDING LAICI DANGDUT


Semalam menerima tetamu keliling umah. Jiran2 tetangga kawan sekampung yang tidak berkesempatan beraya awal di umah akk ni sbb traffic jem waktu raya 1 hingga raya ke 4. Kalau dah masuk minggu ke 2 ni susahlah diorang nak datang umah. Segan sebab dah masuk pertengahan Syawal. Jalan selamat, akk jemput diorang datang beraya. Antara menu yang jadi pilihan Puding Laici Dangdut. Puding ni simple dan tak muak dimakan..resepi ni akk cilok dari http://hanieliza.blogspot.com/ yang memang dah dikenali ramai. Kak liza terimakasih atas resepi yang sedap ni. Hanya saya kurangkan laici dari 2 tin kepada 1 tin sahaja..nak kurangkan manis. kenapa Dangdut..puding ni bergegar-gegar kut..apapun jawapan tepat tanya tuan resepi ya..tak kisahlah namanya yang penting memang sedappppp dan mudah. Resepi boleh tengok di bawah juga..





Bahan-bahan :

28 gram agar-agar

2 liter air

2 cawan gula

1 tin laici

1 tin susu cair


Langkah-langkah membuat:


  • Basuh agar-agar dan masakkan bersama 2 liter air tadi sampai hancur.

  • Masukkan gula pasir dan larutkan.

  • Masukkan air laici. Asingkan buah laici. Masakkan sekejap

  • Tutup api dan masukkan susu cair. Kacau rata.

  • Tuang dalam adunan dan bekukan.

  • Semasa menghidang, bubuh buah laici di atas agar-agar.


Catatan :


Puding ni lembut dan nyaman..cubalah ..rugi tak cuba..



Jumaat, 17 September 2010

KEK PISANG GEBU

SALAM AIDILFITRI
~
KEK PISANG GEBU


Salam semua ...masih dalam mood raya ni..ni sedang tunggu kekawan anak lelaki nak datang..esok anak nak balik belajar ke Dungun..kekawan sekampung nak beraya....penat badan ni nak melayan budak2 ni tapi namanya pun raya ..setahun sekali..layan je laa...lagipun selalu ingat dalam hati ni..murah rezeki beri makan budak-budak ni...ni kongsi kek pisang yang akk buat 2 hari lepas..Alkisah...pisang nipah keliling umah akk ni mmg banyak..yg masak disimpan dlm peti ...lenyek je la nak buat kek..ok je ..tak perlulah nak cari pisang emas ke pisang rastali ke.. tu semua kena beli.Guna je pisang free..akk guna versi kek pisang ni dari blog http://www.jintanmanis. Taip kek pisang terus keluar blog ni..akk cuba sebab mudah nak dibuat..jum tengok..sebelum tu terimakasih kepada cik jintan atas info ni...








Bahan-bahan :


2 cawan tepung gandum

1 sk baking powder

1 sk soda bikarbonat

1 cawan gula

3 biji pisang ( akk guna lebih )

1/2 cawan minyak masak

2 biji telur

esen vanilla







langkah-langkah membuat:




1. Ayak tepung, soda dan baking powder. Panaskan oven 180 darjah celcius.



2. Glis acuan dan tabur tepung mengelakan kek melekat

    3. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan vanilla dan pisang . Pukul lagi hingga sebati.


4. Masukkan tepung. Guna kaedah kaup dan balik dengan senduk supaya kek kekal gebu.



5. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau lebih.



6. cucuk tengah2 kek untuk memastikan kek masak elok.





Catatan:


Akak guna gula perang. Kurang manis tapi eloklah untuk yang tidak suka manis. selamat mencuba.


Khamis, 16 September 2010

IKAN BERLADO ~ SELAR KUNING ~

~ SALAM SYAWAL ~

IKAN BERLADO

Terlanjur dah ngadap pc ni..meh nak tayang menu tengahari tadi..ikan bersambal..tak de yang istimewa pun hanya yang istimewa tu senang banget nak dibuat ..itu je..lauk ni menjadi kegemaran anak2 akk dari kecik smpai besar..hanya akk yang jemu nak masak lauk ikan ni...tapi kalau dah x de idea nak masak apa..inilah lauk yang paling selamat untuk dimasak dan juga cepat selesai dimakan anak2..sah tak membazir punya. Okeh jum kita layan ya..akk guna ikan selar kuning..untuk info bersama ikan selar dengan ikan selar kuning berbeza..selar tu besar..selar kuning kecil tapi manissss...


Bahan-bahan :

1 kilo ikan selar kuning
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 senduk lada kering kisar
2 keping asam keping
1 camt garam
1 sb gula pasir
3 batang serai dititik
minyak

Langkah-langkah membuat :

  • Bersihkan ikan dan lumur kunyit garam. Goreng dalam minyak banyak.
  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  • panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan lada kisar dan serai dan masakkan hingga terbit minyak.
  • Masukkan asam keping, garam dan gula. Tambah air sedikit.
  • Masakkan hingga pekat dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  • Gaul rata dan angkat.
  • Hidangkan dengan nasi panas.

AGAR-AGAR CINCAU

SALAM SYAWAL
Jumaat 17.9.2010. Kebanyakan sekolah sudah memulakan sesi persekolahan dan akan diikuti sekolah ganti pada pada hari sabtu..tapi akk cuti lagiii...lamanya pulak terasa..nanti orang lain dah habis ganti ..kami ganti lagi..alahai. pernah makan agar-agar cendul atau masa kecik2 dulu family panggil lengkong..lengkong..biasa dengar ke..tapi skg akk dah tukar istilah jadi agar2 sbb ramai yang tak faham kalau panggil lengkong..Agar2 ni dibuat 3 hari lepas. Tengok ada sikit agar2 jurai dan tengok ada cincau lebihan buat air..ada sirap..apala lagi adjust je bagi jadi agar2 ni..senang je ..janji sedap dimakan..jum tgk resepi di bawah ni..

AGAR-AGAR CINCAU

Bahan-bahan :
1/2 bungkus agar-agar
2 cawan gula pasir
4 cawan air
1 sb gula batu
1 st pewarna merah
3 helai daun pandan
Langkah-langkah membuat:
  1. Basuh agar-agar dan masakkan di atas api bersama air . Masakkan hingga agar-agar hancur.
  2. Masukkan pula gula pasir dan gula batu. Masakkan hingga gula larut. Masukkan daun pandan.
  3. Biarkan agar-agar merenih hingga pekat sedikit dan masukkan cincau yang telah dipotong2.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna merah atau sirap rose . Angkat dan masukkan ke dalam acuan.
  5. Sejukkan baru dipotong.

Agar-agar ni simple je tapi sedap sebab tak muak dimakan..nyaman bila disejukkan..ok selamat mencuba..boleh dijadikan hidangan sampingan untuk tetamu yang beraya....

Rabu, 15 September 2010

TITIPAN KAD RAYA 2010

Kad Raya dari Dr Inahar Ali


Ramadhan berlalu , syawal menjelang...baru ada kelapangan..dapat titipan kad raya sebelum Syawal menjelang tapi baru sekarang dapat berkongsi...bagi akk tak lambat lagi sebab kita masih meraikan Aidilfitri..terimakasih pada dr Inahar Ali yang melayangkan kad buat akk ...sibuk2 ina sempat juga menyinggah diblog akk ni..terimakasih ya ina..kepada bloggers lain tu akk dah tengok dan akan ambil juga nanti..kalau lambat tu ada masalah lah tu..ada blog x leh buka dan ada juga yang tak leh nak upload..atau akk ni buta it kut..apapun ingatan kalian sangat dihargai..semoga berbahagia diAidilfitri..Amin

Isnin, 13 September 2010

SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATHIN

SALAM AIDILFITRI




Hari ni Syawal ke lima..akk ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada semua yang mengunjungi blog Cooking Time selamat meraikan Aidilfitri dan semoga kita semua ceria menghadapi Aidilfitri tahun ini. Aidilfitri tahun ni..kunjungan saudara-mara dan rakan taulan meningkat dari tahun2 lepas..Alhamdullilah juadah yang terhidang dinikmati tanpa membazir..duit raya pun dah licin diagih2..rezeki dikongsi bersama.Itulah Aidilfitri di rumah akk ni.. Pagi2 ni pun tetamu memberi salam...dalam hati berkata...paginya pulak..rupa2nya seorang perempuan tua yang dicop oleh orang2 kampung 'tak betul' singgah hendak beraya...dijemput masuk dan dihidang nasi impit yang masih berbaki..habis dimakan..duit raya dan bekal kuih dihulur baru dia berlalu pergi.Di dalam hati berkata "walaupun perempuan tua ni tak betul dia pun ada perasaan hendak beraya seperti insan2 lain " tersentuh seketika melihat hamba Allah ni ...






Jutaan terimakasih kepada bloggers yang menitipkan kadraya kepada akk ni..akan diambil satu persatu selepas ini..apapun ingatan kalian sangat dihargai..sayang kalian ..selamat berhari raya semua.

Isnin, 6 September 2010

IKAN SIAKAP MASAM MANIS


Salam semua ..selamat berbuka puasa...ada beberapa minit lagi ni..sempat pulak upload pic ikan ni...nanti akk susul kemudian...



Khamis, 2 September 2010

PENGAT PISANG NIPAH

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
Juadah berbuka hari ni - pembasah tekak - pisang nipah mmg banyak keliling umah..spesis pisang ni je yang ada kat umah..Bulan puasa ni dah 2 tandan pisang tua akk bagi orang buat kerepek pisang untuk raya..tapi akak nak sebekas je...yang lain2 tu bagi je kat tukang buat kerepek pisang ni...akak dapat kerepek pisang udah. Bukan senang nak buat kerepek, tambahan dibulan puasa ni..last2 francais je la...akak dapat kerepek, diorang dapat pisang untuk buat kerepek..boleh wat bussiness lagi...Ini pisang nipah masak ..teringin nak makan pengat pisang..dah kali k2 buat pengat..anak2 tak suka tapi akak suka ..dan seperti biasa buat seperiuk..agih2 je la keliling umah tu ..okeh layan resepi pengat pisang ni ye...akk buat gula hangus sebab gula merah atau gula kabung tak dapat dikesan...jum tengok..



Bahan-bahan :
10 biji pisang masak
3 senduk gula pasir
1 biji kelapa tua
1 senduk sagu biji
1/2 camt garam halus
2 helai daun pandan
Langkah membuat :
  • Ambil 1 senduk gula pasir, buat gula hangus.
  • masukkan air sedikit dan kacau
  • Masukkan pisang yang telah dipotong dan gaul sebati dengan gula hangus.
  • Masukkan santan dari sebiji kelapa. Kacau dan masakkan .
  • Basuh sagu biji dan masukkan ke dalam pengat tadi.
  • Rasa garam dan bubuh daun pandan...

Selamat mencuba....gula terpulang kepada kehendak sendiri...selamat berpuasa esok ..teruskan amalan baik kita dibulan Ramadhan..

Rabu, 1 September 2010

~ THE BEST ALMOND LONDON ~

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK




Cookies ni wajib dibuat saban tahun..anak2 tak pernah jemu makan ni..emaknya yang jemu buat kukis ni..lambat terutama waktu membalut badam dengan tepung..tapi time mencelup coklat tu senang dan suke..ni anak yang tolong tabur almond cincang ..memang berterabur..resepi ni akk belajar dengan bakery satu masa dulu..lama dah..mmg bahannya banyak sikit tapi rasenya berbaloi2.Biskutnya tu rangup dan wangi...ni bukan angkat bakul sendiri, tapi saja nak kongsi almond london ni mmg sedap...dan dah tentu bahan2nya pun sedap jugelah duitnya keluar...Untuk resepi ni boleh dapat lebih 100 biji kalau sama bentuknya diuli..Akk buat 4 adunan dah. Tapi buat ni cukuplah bancuh 1 adunan dulu ..kalau tak mau muntah nak membalut almond ngan tepung tu nanti...jum tengok resepi.....


Bahan-bahan :

bahan A :
Butter - 150 gm
Creamate - 100g
tepung susu - 50gm
Gula halus - 130 gm

Bahan B :
Telur kuning - 40 gm
serbuk badam - 100g (asal 180gm) - sangai kejap
Tepung gandum -395gm - 410gm
Emplex - 1 sk
Butter vanilla - 1 sk

Bahan C:
Coklat masakan 400-500gm
Hyfat - 20 gm
papercup no 1
Badam cincang - hiasan
Badam biji - 100gm - 150gm (bakar)

Langkah-langkah membuat :

  • Pukul bahan A hingga sebati - jangan lama sgt nanti adunan kembang..
  • masukkan kuning telur, butter vanilla - pukul sebati.
  • campurkan serbuk badam, tepung gandum dan emplex.
  • Masukkan sedikit2 ke dalam adunan A. Jadikan doh.
  • Balut doh dengan 1 biji badam dan buat hingga selesai.
  • Bakar lebih kurang 15 minit-20 minit.
  • Sejukkan.
  • Cairkan coklat masakan dan camput Hyfat ( untuk kilatan )
  • Celup biskut ke dalam cioklat dan masukkan dalam papercup.
  • Tabur badam cincang. Siap.
Resepi almond london boleh didapati dalam banyak versi tapi bagi akk ni yang terbaik dan best ..Selamat mencuba....