Isnin, 13 September 2010

SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATHIN

SALAM AIDILFITRI




Hari ni Syawal ke lima..akk ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada semua yang mengunjungi blog Cooking Time selamat meraikan Aidilfitri dan semoga kita semua ceria menghadapi Aidilfitri tahun ini. Aidilfitri tahun ni..kunjungan saudara-mara dan rakan taulan meningkat dari tahun2 lepas..Alhamdullilah juadah yang terhidang dinikmati tanpa membazir..duit raya pun dah licin diagih2..rezeki dikongsi bersama.Itulah Aidilfitri di rumah akk ni.. Pagi2 ni pun tetamu memberi salam...dalam hati berkata...paginya pulak..rupa2nya seorang perempuan tua yang dicop oleh orang2 kampung 'tak betul' singgah hendak beraya...dijemput masuk dan dihidang nasi impit yang masih berbaki..habis dimakan..duit raya dan bekal kuih dihulur baru dia berlalu pergi.Di dalam hati berkata "walaupun perempuan tua ni tak betul dia pun ada perasaan hendak beraya seperti insan2 lain " tersentuh seketika melihat hamba Allah ni ...






Jutaan terimakasih kepada bloggers yang menitipkan kadraya kepada akk ni..akan diambil satu persatu selepas ini..apapun ingatan kalian sangat dihargai..sayang kalian ..selamat berhari raya semua.

2 ulasan:

  1. Akak, kita pun tersentuh baca citer akak pasal orang tua tu..mudah2an Allah melimpahkan rezeki buat akak ya..

    BalasPadam
  2. Yat Maria,

    ye ke ..akk ni sebenarnya tak leh tgk orang tua2 yg naif dibiar oleh anak2nya..mudah sebak akk dibuatnya..akk layan je lagipun bukanya akk rugi apa2 pun..duit raya yang akk bagi tu pun, kalau tak bagi pun bukan boleh buat akk kaya hehe.. Agaknya tahun lepas lagi dia dah mai umah akk ni..agaknya tu la dia dtg lagi raya tahun ni..terimaksih atas doa yat tu..mudah2an..

    BalasPadam