Rabu, 14 Julai 2010

APA ITU KRIMWELL ?



Salam semua...moga pagi ni dimudahkan urusan kita semua. Entry pagi ni akak cerita sikit tentang krimwell dan untuk adik kita ni yang telah tinggal komen kat chatbox akak semlam

peozlullaby

tanya tentang apa ke mende nya krimwell tu... selepas akak n3 ttg bttercream untuk toping kek span semalam.. Kepada peoz yang duduk kat Australia mungkin susah nak jumpa krimwell ni sebab ni keluaran sykt di Malaysia kecuali barang ni diekspot ke sana...apapun kandungan krimwell adalah seperti di bawah ni.


KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):

minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.


Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.

Sumber ni akak perolehi dari

http://raiyanz.blogspot.com/2009/03/research-krimwell.html


Manakala shortening ni ramai yang tau kan lelemak sayuran. Biasanya kalau kita buat shell untuk tat telur contohnya ia membantu untuk merangupkan / mengeraskan adunan . Sebab tu digunakan sekali dalam buttercream tu supaya adunan ni mudah dibentuk tak lembikliuk..Untuk pongetahuan kita semua mengikut kata Chef yang kawan akak pergi belajar ni..shortening ni susah nak hadam tergolong dalam lemak tepu..kesimpulannya tak berapa elok untuk sistem penghadaman kita ni..kalau boleh elak dari selalu guna ...untuk peoz kalau tak de shortening tak yah guna..tapi tak leh ganti ngan ovellette pulak..Kalau tak de krimwell ganti butter je..ok juge..okeh sesiapa yang nak kongsi lagi bolehlah kita berkongsi ...ok jumpe lagi....


Selasa, 13 Julai 2010

KEK SPAN & BUTTERCREAM



Salam semua...seperti dijanjikan hari ni entry kek span dengan buttercream. Buttercream ini dapat dari kawan akak Nor Rahimah yang pergi berkursus di Keluang dengan Chef Rosli Kluang Bread. Kek span ni yang resepinya kat N3 sebelum ni....memang gebus ..tengok je kat bawah ni..Yang ini kek span dimasak dalam loyang besar dan dibelah tengah dan letak buttercream dan tabur serbuk koko. Kalau kita letak buah laici pun sOdap....



Cuba tengok resepi buttercream kat bawah ni, boleh juga menambah koleksi resepi yang ada....


Bahan - bahan :

225 gm creamwell
30 gm shortening
50 ml air
100 gm gula pasir
1 st vanilla

Langkah - langkah membuat :

  • Masakkan air dan gula hingga larut. Ketepikan.
  • Putar creamwell dan shortening hingga gebu.
  • Masukkan air gula tadi dan putar lagi hingga adunan menjadi gebu.
  • Siap untuk dihias pada cupcake dan cake besar.
  • Boleh disimpan dalam peti untuk jangkamasa yang lama.
~ JUMPA LAGI ~

RESEPI ASAS KEK SPAN

ASSALAMUALAIKUM









Harap semua sihat dan aman damai hari ni...jum nak kongsi satu resepi sponge kek yang memang gebuss..sebelum ni buat masuk dalam loyang besar , yang ni pulak masuk dalam cup muffin ni sebab nakhias dgn buttercream. Untuk makluman resepi ni dicedok dari buku resepi BAKING VARIETY oleh CHEF ALAN OOI. Kawan akak dapat dari member chinese ..disebabkan ada dwibahasa Chinese & English bolehlah dibuat rujukan..ini antara kek span yang gebuss..jum tengok bahan-bahannya..(simple je )








Basic Method Of Sponge Mix Cake
Bahan-bahan :
250 gm vanilla sponge mix
190 gm telur
80ml air
1 tsp vanilla
75 gm butter cair
Langkah membuat:
  • Masukkan semua bahan kecuali butter cair ke dalam mangkuk adunan dan putar selam 6 minit hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan butter cair dan putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam cup atau acuan yang besar 9" .
  • Bakar selama 20 atau 30 minit bergantung kepada oven.
  • Kalau guna cupcakes boleh hias dengan buttercream seperti dalam gambar tu..
Okeh , selepas ni akak akan entry sponge cake ni yang dimasak dalam bekas besar dan dan resepi buttercream yang digunakan ni..ok jumpa esok..insyaallah..selamat malam semua..bai2..



Ahad, 11 Julai 2010

IKAN MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM

Selalu buntu nak masak ikan untuk suruh anak makan..kalau boleh nak kurangkan ayam lebihkan ikan..masalahnya memilih pulak.Resepi ni akak main tibai je nak bagi rasa tu anak-anak suka..edit sikit sana sini..ok juga sebab dah kena makan sampai licin tu..kira ngamlah dengan selera diorang...yang penting akak senang nak masak dan mudah je bahan-bahannya tu..jum tengok apa yang akak dah campurkan dalam ikan ini....
Bahan - bahan :
3 keping/ekor ikan jenis berisi
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih2
2 cm halia
9 ulas lada kecil merah/hijau
1 batang serai (kalau suka)
1sb sos cili
1sb sos tomato
1sb sos tiram (kalau suka)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 sudu besar minyak
Langkah-langkah memasak:
  1. Ikan dilumur garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Hiris bawang2,serai,halia dan cili kecil.
  3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris .
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
  5. Masukan garam dan gula. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  6. Gaulkan dan angkat.Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris kalau ada.
  7. Hidangkan dengan nasi panas..

Selamat mencuba, masakan ni ringkas ..lebihkurang macam 3 rasa kata anakku..ye la tu sebab kalau makan tiga rasa kat kedai rasa lebihkurang je..akak tiru rasa masakan kedai tu la yang sebenarnya..hanya bezanya ikan order kat kedai tu sekor2..yang ni akak potong2 sebab senang nak makan...jumpa lagi....


Rabu, 7 Julai 2010

KERABU TAUGEH & KACANG KELISA

SALAM SEMUA



Kerabu...kerabu..kerabu...senang nak buat tapi tak buat-buat juge..baru-baru ni hari koperasi minta kami buat jualan makanan berat...wajib lagi. Banyak jugalah menu yang dirancang. Kerabu ni salah satu jualan gerai kami. Geng kami ni ada darah keturunan Jawa ..kerabu ni salah satu masakan yang selalu dibuat semasa kendurikendara rumah orang tuanya..kira2 resepi Jawalah ni kut..tapi memang besttttt..membuka selera dan rasa segar makan kerabu..sayuran yang digunakan untuk kerabu ni tidak di celur...basuh bersih2 dan toskan..krup..krup.krup ...masa makan dengan nasi panas..mesti cuba tau..memang sodap...selain dari kerabu ni ada kerabu yang kami sediakan untuk jualan...memanglah licin jualan kami..tapi jangan ditanya untung sebab memang betul2 buluh kasap punya niaga..nasib baik modal dapat balik..kami boleh sengih sebab makanan habis ...okeh layannnn resepi di bawah ...




KERABU TAUGEH & KACANG BOTOL

Bahan A:

1 mangkuk taugeh halus (buang ekor)
1 mangkuk kacang kelisa ( kacang botol)

Bahan B :
1 mangkuk kelapa parut

Bahan C:
10-15 biji cili api merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
½ cawan anak udang / ikan bilis
½ cawan air asam jawa
1 camt gram halus
1 camt gula halus

Langkah-langkah membuat:

1.Buang ekor taugeh potong halus kacang kelisa. Ketepikan.Tak perlu celur.
2.Masukkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati.
3.Rasa garam dan asam sesedap rasa.
4.Panaskan kuali dan masukkan bahan C.
5.Goreng tanpa minyak sehingga agak kering (jangan terlalu kering..biar lembap2
6.Angkat dan campurkan taugeh dan kacang kelisa. Gaul rata.


Catatan : kalau suka boleh masuk belacan. Bahan C tu boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Boleh digunakan untuk buat kerabu guna sayur lain seperti jantung pisang, pucuk paku , pucuk ubi dan kacang panjang . Semua sayuran ini dicelur terlebih dahulu
.

KEK LABU

ASSALAMUALAIKUM
Malam tadi nekad nak buat kek labu ni..perancangan awal nak buat pai labu tapi dah malas tahap gaban ni buat je lah yang senang sikit ....selepas akak skodeng kat umah Mat Gebu..dapat resepi kek labu ni..Rasanya kalau Mat tengok pun dia mesti gelak ni...potong pagi tadi..ni bukan kek ni bingka labu ni..Tengok teksturnya tu, macam kuih bakar je..Apapun geng2 keje cakap sedap..sedap...mau kata tak sedap ..mogok akak nak bagi makan free lagi hihihiii...Agaknya mungkin tak jadi macam kek Mat tu, sebab pandai2 ubahsuai .Akak tambah sukatan labu tu sebab sayang punya pasal..dah berubahlah sukatan sebenar kek tu ...sesiapa yang nak tengok resepi asal kek ni jenguk sini
Antara resepi kek yang senang je nak buat ..Labu dalam peti hampir 1 bulan dah.Sebelum berlaku pembaziran baik buat sesuatu dapat juga makan dan jamu kekawan..apapun memang sedap beb walaupun dah jadi bingka labu..sebab labu sememangnya sedapppp.....layan resepi di bawah ni . Sebelum tu terimakasih Cik Mat atas resepi ni...akak taip semula dari resepi asal..

BAHAN-BAHAN:

3 bijji telur gred A

1 cawan minyak jagung

11/2 cawan gula halus ( akak guna gula perang)

1 camt esen vanila

1/4 camt garam halus

450 gm labu ( kukus dan lenyek)

21/2 cawan tepung gandum

1/2 camt baking powder

1 camt baking soda

1/12 camb susu tepung ( tak letak..lupe)

langkah-langkah :

  1. Sediakan acuan .lenser dan tabur tepung.Panaskan oven160-170
  2. Satukan telur, minyak, gula, esen,garam dan labu . Kacau hingga sebati gunakan whisk.
  3. Masukkan pula tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 50-60 minit.
  5. Selepas masak angkat. Biarkan semalaman.



Isnin, 5 Julai 2010

AYAM MASAK ASAM

ASSALAMUALAIKUM
Masak asam ayam jarang dibuat tapi ok jugalah...cara masak yang senang main campak-campak je ke dalam periuk...Pada yang suka makan ayam bagus juge kurangkan minyak dan lemak..masak asam ni gunakan minyak yang sikit je untuk menumis bawang dan lada ..Apapun masakan mesti pedas..dah nak wat camne sejak azali makan pedas..kalau tak pedas tak boleh nak telan terutama masak ayam dan daging.Masak asam kali ni betul2 sempoiii..apa yang ada dalam peti.Tapi rasanya sedap juge janji rasa garam, asam dan pedasnya seimbang..jum layan..


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam
15 -20 biji cili api kampung
1 cm kunyit hidup
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 ikat daun kesum
1 camt garam
1 camb minyak
LANGKAH - LANGKAH MEMBUAT :
  1. Tumbuk bawang merah dan putih.
  2. Tumbuk kunyit dan lada hingga lumat.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  4. Masukkan lada yang telah ditumbuk
  5. Masukkan air asam dan masakkan hingga pekat. Masukkan serai dan lengkuas.
  6. Masukkan ayam dan biarkan menggelegak. Perlahankan api. Biarkan merenih lama.
  7. Masukkan daun kesum. Rasa garam dan asam.

Catatan : Sebaik-baiknya buang semua kulit ayam sebelum dimasak. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dan lemak.



IKAN GORENG CILI API

ASSALAMUALAIKUM



Petang tadi kononnya tak nak masak lauk untuk makan malam , nak beli je ikan bakar sekor sebab dah masak ayam masak asam..Bukannya apa siayah tak nak makan ayam kat umah..jaga diet. Pukul 6.30 keluar bandar..tengok kedai yang biasa beli tu tutup pulak..camne ni..Terpaksalah singgah kat TF beli ikan mentah ..beli 2 ekor ikan papan ( mcm bawal putih ). Balik umah terus masak goreng cili api. Masakan yang paling senang kalau dah kesuntukan masa. Kalau akak masak stlye ni mesti teringat kat makcik kat kg ..sebab masa kecik2 akak selalu menebeng kat umah dia..ni lah menu selalu dimasak selain gulai lomak cili api tu..akak rasa sedap sangat aromanya tu..tambah makan pulak dengan nasi hangat..tak caya cubalah..tengok bahan di bawah:




BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan
10 ulas cili api
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 batang serai
2 labu bawang besar
2 keping asam
1 camt garam

LANGKAH MEMBUAT :

  • Bersihkan ikan dan bubuh garam kunyit. Goreng garing.
  • Mayang bawang besar
  • Tumbuk kunyit dan cili api dengan garam.
  • Panaskan minyak 2 sudu besar dan tumiskan bawang tadi .
  • Masukkan cili tumbuk, serai titik , halia ketuk dan asam keping.
  • Goreng hingga bawang layu lada garing.
  • Masukkan ikan tadi dan gaul sebati.
  • Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

catatan : Kalau menggunakan ikan parang atau tenggiri lagi sedap..manis . Cubalah resepi ni simple dan cepat....jumpa lagi...bai-bai...mata mengantuk pulak malam ni..