Khamis, 6 Mei 2010

Ayam Bakar Sumbat Roti @ Herb Stuffing Roast Chicken

Herb Stuffing Roast Chicken

Ayam baru keluar oven


Assalamualaikum dan salam mesra. Ayam bakar dari http://resepikasihidangansayang.blogspot.com/ Zura, ini ayam yang kali ke3 dah dibakar.. yang ini bakar di rumah petang tadi. Balik kerja terus perap dan sediakan bahan2nya sebab anak dah balik hari ni . Ada tukang makannya sebab tu beria-ia dimasak lagi...apapun terimakasih pada zura yang rajin tu..macam-macam gaya masakkannya yang dibuatnya..Zura ni minat memasak dan juga pengumpul koleksi lama..Dah banyak juge resepinya akak buat..memang menjadikkk..resepinya lain dari yang lain tau ....selain itu boleh juge tengok resepi zura kat sini..http://tanjungputeriwarisan.blogspot.com/ Oklah jum tengok resepi di bawah ni...memang sedap dan berbaloi..Apa yang penting senang dan cepat dibuat....



Bahan-bahan perap:
1 sb thyme
1 sb oregano
1 sb saghe
1 sb lada hitam
1 st garam halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 keping roti putih
1 sb butter
1/2 cawan susu segar
Herba yang digunakan tu bergantung kepada kita . Kebetulan akak ada tanam oregano, thyme dan saghe tu. cincang2 daun tu dan masukkan je ke dalam bahan-bahan ni. Cairkan butter dan masukkan semua herba yang ada dan bubuh susu segar. Kacau biar rata. Angkat dan celup roti ke dalamnya , lipat 4 roti tersebut dan sumbat ke dalam perut ayam selang seli dengan bawang yang dibelah 4 tadi. Kemudian jahit sikit perut ayam itu dengan benang biasa. Lebihan susu herba tadi lumurkan ke badan ayam di bawah kulit dan di atas kulit. Jangan lupa selitkan sekali bawang putih yang dicincang di bawah kulit ayam untuk aromanya. Perap , kalau boleh semalaman.. kalau tidak pun 1 jam pun ok. Ayam dibakar dengan suhu 200 darjah selama 1 jam lebih sikit ..tengok oven masing-masing..jangan rentung dah lah hihiiii..Akak hanya guna api atas je dan letak tengah-tengah oven..

Hidangan Lengkap Western Food




Gravy Kentang putar

Bahan-bahan:



1 sb butter
2 sb tepung gandum
Jus/minyak ayam bakar
1 st lada hitam
1 sb pati ayam knor
1 cawan air

Cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau biar sekata dan masukkan jus/minyak ayam bakar tadi dan lada hitam . Masukkan pati ayam dan air kosong ikut keperluan. Kacau hingga agak pekat. Angkat. Siram atas kentang putar ...sedap tau gravy ni.



Kentang Putar

Bahan-bahan:

1 kilo kentang
1 cm garam
1/2 buku butter
1/2 cawan susu segar

Rebus kentang dengan kulit2 sekali. Kalau dapat beli jenis russet isi putih dan besar sikit kentang ni. Kat tempat akak ni dulu jual RM4.9o sekilo tapi sekarang dah murah sikit RM2.50 sekilo. Kentang russet ni isi putih dan lembut . Cepat empuk. Basuk bersih2 dan rebus dengan kulit . Lagi senang nak buang kulit selepas direbus. Kemudian lenyek dengan butter dan susu segar. Semalam akak suruh Food Processor putar..isshh rasenya lebih baik guna tangan..lagi sedap..sebab FP ni mesin kentang tu sampai kental !





Salad sayur

Karrot
bunga kobis
bunga jagung
brokoli
kobis



Sayur untuk dimakan sekali dengan ayam bakar tu..suruh anak dara tu beli bunga jagung dibeli mak jagung..hentam je la..ok juge.Brokoli kehabisan . Kobis terlupa nak beli. Apa yang ada je la. Panaskan air dan celur sayur bergilir-gilir ikut jenis sayur . Angkat dan rendam dalam air sejuk campur air batu. Biar lama sikit. Ini akan merangupkan sayur yang telah direbus tadi. Hidangkan bersama dengan ayam bakar. Okeh, siap dah hidangan untuk dimakan ....kepada kekawan semua bolehlah cuba bakar ayam sumbat roti ni..berbaloi-baloi buat..sebab almaklum anak2 memang suka makan ayamkan walaupun bapak budak tak suka ..tak kisahlah....Kita jumpa lagi di lain hari dan lain resepi ...bai..bai....