Isnin, 13 Jun 2011

Sotong Kapitan

Assalamualaikum

Nak kongsi masakan laut. Sotong Kapitan ni akak tengok resepi dalam buku Masakan Laut keluaran Krangkraf yang disemak oleh Chef Norzailina Nordin. Ramai yang kenal dengan Chef ni. Boleh tahan buku ni. Dah lama beli tapi cuti baru ni baru menyelak2...kebetulan ada sotong .... cubalah masakan ni...lain sikitlah sebab ada bunga kantan yang dikisar bersama. Rasanya pun lain dari selalu akak masak ..sambal sotong....Tak rugi cuba resepi ni...memang sedap ...licin dimakan oleh 2 orang anak yang ada diumah..Ahmad siap hidang nasinya sendiri seperti di bawah.... Ahmad ni memang suka makan sayur mentah2 tapi baby salad ni je la...yang lain tolak tepi...ni pun akak bersyukur nak juga makan sayur hijau...ok layan resepi...



Nasi Ahmad



Bahan-bahan:

5 ekor sotong
6 kuntum brokoli
10 biji cili merah
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang bunga kantan
2 biji bawang merah
1 biji cili benggala merah
garam, gula secukup rasa
minyak masak

Langkah-langkah membuat:

1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat-bulat.
2. Kisar cili merah, bawang besar, bawang putih dan bunga kantan.
3. Bawang merah dan cili benggala potong dadu.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
5. Masukkan sotong, bawang merah lada benggala dan brokoli.
6. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sotong masak.
7. Tutup api dan hidang bersama nasi panas.


Sotong Kapitan