Jumaat, 20 Mei 2011

SAYUR CAMPUR TAHU JEPUN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sayur campur tahu jepun

Bercerita topik sayur, memang kurang diminati bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa pun tak minat nak sayur sbb dah terbiasa dari kecil tak makan. Dalam rumah akak penggemar sayur hanya boss kat umah ni..memang makan sayur berdaun pagi petang..yg pasti RM1 sayur hijau pagi sekali, petang sekali...alahai akak ni sampai naik jemu masak sayur berdaun sebab boss besar tak makan sayur lain kecuali berdaun hijau... tapi selera akak ni nak juge la berubah rase..maka pagi tadi akak pun masak lah sayur campur sotong dan tahu jepun ni..boleh tahan rasenya dan tak sangka anakku sidebab tu makan dengan penuh semangat semua isi sayur tu ...agaknya menarik dimatanya...tapi sayur kangkung tetap kugoreng untuk bossku itu....sebab sayur campur ni memang tak dimakannya pun...dipandang mata saja...... Untuk makluman tahu jepun memang sedap ..... i likeeeee... anak akak makan sebab akak cakap itu ialah isi ayam...terpaksalah bohong sunat untuk kebaikannya...hihihi...ada ke bohong sunat??




Bahan-bahan:

6 kuntum brokoli
6 batang baby carrot
6 keping kacang peas
3 ekor sotong
2 batang tahu Jepun
4 ulas bawang putih
2 sb minyak masak
1 sb lada ulah
1 st garam halus

langkah-langkah membuat:

1. Cuci dan toskan semua sayuran dan juga sotong. Potong mengikut kesukaan sendiri.
2. Panaskan minyak banyak dan goreng tahu jepun dahulu. Setelah agak garing angkat. Toskan.
3. Panaskan minyak sedikit dan tumiskan bawang putih hingga naik baunya.
4. Masukkan carrot tadi sebentar dan diikuti dengan sotong. Masakkan sekejap.
5. Masukkan brokoli dan kacang peas. Goreng sebentar dan tambah tahu jepun .
6. Bubuh garam halus dan kacau rata. Taburkan lada sulah. Goreng rata dan angkat. Hidangkan.


Selamat mencuba....sotong boleh diganti dengan udang ....sedappppp...

Selasa, 17 Mei 2011

RED VELVET CAKE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Red Velvet Cake



Hari ini cuti lagi....wesak. Akak sempat balik kg yg jauhnya 2jam perjalanan dari rumah akak ni...balik hari je..maknanya hari ni dari sarapan, makan tengahari dan malam ada tukang masak yang kena masak untuk kami..apa lagi tukang masak berbayar laaa...kat kedai makan...kalau nak masak sendiri alamat tak bergeraklah dari rumah....kenalah berkorban demi untuk balik kg halaman yang tak pernah dilupai.....Malam ni bolehlah akak share red velvet yang dibuat pada hari Khamis lepas. Ada tetamu sebenarnya bertandang ustazah2 dari Institut Tahfiz tempat anak akak belajar mengaji tu.. Apa lagi akak pun trylah kek velvet ni untuk pertama kalinya...selepas boleh dikatakan hampir semua bloggers dah cuba kek velvet ni... Kek velvet ni akak dah dapat infonya sejak tahun lepas lagi dari kawan akak MAMA VOQUE blogger yang jauh di selatan yang sekarang menyepi diri dari berblogging. Dan resepi yang akak buat ni ambil dari blog YATIE - Sinar Kehidupan. Resepi asal dari K.Zai. Apapun terimakasih kepada semua yang mencetuskan idea dan semangat untuk akak mencuba resepi ni termasuk rakan sejawat akak di tempat kerja...okeh jum layan ya.....




Bahan-Bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle ( akak guna koko biasa)
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright - (akak guna 1 1/2 sudu makan je)
  • 1 cawan buttermilk - (kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh)
  • 1 sudu teh garam- (x letak)
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  7. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
  • 500gram blueberry filling - (akak x letak)
KRIM:
  • 250 gram krim keju Phillidephia
  • 1/2 cawan krim putar
  • akak tambah sedikit gula icing
Caranya
  1. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
  2. *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Toping - Akak guna toping Strawberry yang dah siap untuk permukaan kek.

Isnin, 16 Mei 2011

KUIH LOPES ASLI..

Lopes

Assalamualaikum dan selamat Hari Guru.....Akak nak tayang kuih lopes ni dari minggu lepas tapi terbantut kejap...ni kongsi kuih lopes yang dibuat oleh orang-orang dulu...Sebenarnya akak buat ni belajar dengan boss akak yang pernah ajar cara nak buat nasi beriani kambing dulu.. beliau telah sudi mengajar cara-cara nak bungkus kuih lopes dengan daun pisang dan rasa kenyal pulut tu berbeza dengan lopes yang ditanak semata...okeh kita tengok gambar di bawah ini dulu...kalau ada kesempatan akak nak upload video yang diambik semasa membungkus lopes tu...nampak je mudah tapi berpeluh jugelah nak membalut pulut dengan daun pisang ni.....jum tengok...hmmmmm..sedap u...



Lopes bentuk ketupat

Batang lopes

Pulut yang cukup kembang ..


Bahan-bahan :

1 kilo Pulut
Air daun pandan
1 st kapur makan
10 helai daun pisang lebar
10 utas tali plastik
1 keping gula melaka
3 sb gula pasir
1 kelapa parut muda
1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Rendam pulut selama 1 jam dengan air daun pandan. Masakkan dengan sedikit air daun pandan separuh masak. Biarkan sejuk sebentar.
2. Layur daun pisang dan bentangkan daun pisang dan bubuh pulut di atasnya dan gulung sekiranya hendak membuat batang lopes. Untuk bentuk tiga segi bungkus macam ketupat palas.
3. Ikat kemas bungkusan daun pisang ini dan rebus semula di dalam air yang banyak sehingga pulut betul-betul kembang dan tidak berbiji .
4. Masakkan air gula kabung dan gula pasir dengan daun pandan dan sejukkan.
5. Setelah pulut masak buka balutan daun pisang dan gaul dengan kelapa yang telah dibubuh garam.
6. Hidangkan bersama dengan air gula melaka tadi.


Selamat mencuba kuih melayu lama ini......

Isnin, 9 Mei 2011

TALAM UBI * MAK





Selamat menyambut hari ibu...kepada ibu-ibu yang rajin mencuba kuih-kuih tradisi kita apa kata kita mencuba pulak kuih talam ubi..Kalau akak buat talam ubi , akak selalu guna versi mak akak punye..kuih mentalamnya memang best yang amat pada akak. Kuihnya lembut dan liat-liat sikit..atasnya pulak lembut dengan rase santan.. Kalau akak buat, selalunya mesti telepon mak dulu ...setiap kali nak buat telepon...sebab sukatannya main agak-agak je.. rasa-rasanya sukatan di bawah ni boleh dijadikan panduan..kuih ni akak buat dah lama jugak tak sempat nak share ...okeh kita layan di bawah ni....




BAHAN-BAHAN:

TALAM UBI

Bahan A – bahagian bawah

1 mangkuk ubi kayu parut

¾ mangkuk gula merah

½ mangkuk gula pasir

11/2 mangkuk air


Bahan B – bahagian atas

I mangkuk santan pekat

4 sudu besar tepung gandum

1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Ubi yang telah diparut ditapiskan. Buang airnya dan ambil pati ubi yang tinggal.

2. Masakkan gula pasir dan gula merah hingga cair dan sejukkan.

2.Tapiskan ke dalam ubi yang telah ditoskan airnya tadi.

4. Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.

5. Kukus sehingga masak. Ubi yang telah dimasak, rupanya bertukar menjadi jernih.

6. untuk bahagian atasnya pula, campurkan santan, tepung dan garam. Kacau sebati.

7. Tapiskan ke atas ubi yang telah dikukus tadi. Gores permukaan ubi dengan garfu dahulu.

8. Kukuskan sehingga baahgian atasnya masak. Angkat dan sejukkan.



Prinsip memasak akak selagi tak jadi, selagi itulah mesti dicuba walaupun berulang kali... kalau dah berkali2 buat kita akan dapat kesan kesilapan dan kekurangnya di mana-mana.....okeh selamat mencubaa........