Sabtu, 27 Ogos 2011

~ Almond London ~

Assalamualaikum semua

Almond London ialah biskut wajib dibuat selain tat nenas, cornflakes madu dan choclote chips. Untuk cookies ini akak tetap pilih resepi yang telah digunakan lama dulu... dan biskut ini juga yang telah mengheret akak menjual biskut raya terutamanya almond london. Tetapi dua tiga tahun kebelakangan ni akak tak larat dah nak ambil tempahan...untuk buat sendiri pun tercungap-cungap ...dan masa yang ada pun banyak sangat hal nak diuruskan. Ini pun sempat buat dua adunan sahaja tetapi sesi mencelup coklat akak serah 100% kat anak dara yang sorang tu. Resepi ni diperolehi lama dulu selepas akak masuk kelas cookies. Tetamu yang datang mesti tanya resepi ni dan akak pernah entry tahun lepas tengok the best almond londonml member yang cuba resepi ni pun cakap memang sedap almond ni dan ada yang dah pun menjual almond london ...alhamdullillah.. Meh kita tengok sekali lagi resepi almond london ....

Bahan-bahan :

bahan A :
Butter - 250 gram
tepung susu - 50gm
Gula halus - 130 gm

Bahan B :
Telur kuning - 40 gm
serbuk badam - 180 gram ( guna 100 gram shj)
Tepung gandum - 410gm
Emplex - 1 sk
Butter vanilla - 1 sk

Bahan C:
Coklat masakan 400-500gm
Hyfat - 20 gm (koko butter)
papercup no 1
Badam cincang - hiasan
Badam biji - 100gm - 150gm (bakar)

Langkah-langkah membuat :

  • Pukul bahan A hingga sebati - jangan lama sgt nanti adunan kembang..
  • Masukkan kuning telur, butter vanilla - pukul sebati.
  • Campurkan serbuk badam ( bakar dulu 10m). Gaul sebati.
  • Masukkan tepung dan emples yang telah diayak sedikit2 ke dalam adunan A. Jadikan doh.
  • Balut doh dengan 1 biji badam dan buat hingga selesai.
  • Bakar lebih kurang 15 minit-20 minit. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler dan campur Hyfat ( untuk kilatan )
  • Celup biskut ke dalam coklat dan masukkan dalam papercup.
  • Tabur badam cincang. Siap.


Akak dah try macam2 versi almond london ada yang guna bahan tambahan seprti tepung jagung, tepung beras dan kastard. Ok jugalah tapi penggunaan serbuk badam ke dalam adunan doh biskut menyebabkan biskut ni mempunyai rasa yang tersendiri...rangup dan harum..Tak caya cubalah...berbaloi..jumpa lagi...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Biskut Sampan Kelapa Madu ( Edit semula)

Assalamualaikum.. Biskut Sampan yang telah lama diidam untuk membuatnya mengidam dah beberapa tahun.. Biasa makan waktu dulu2..kebelakangan ni susah nak jumpa dah biskut ini..acuannya pun susah nak jumpa. Acuan ni dibeli 2 tahun lepas di kedai apek jual barang2 dapur..barulah tahun ni dicuba. Sebenarnya cubaan pertama , rujuk kat majallah..tapi mengecewakan sebab rasa tepung jagung je.. dah penjelasannya tak lengkap. Resepi yang ditayang ni cubaan ke2 diceduk dari My resepi tapi akak dah ubah. Barulah ada rupa biskut sampan dan rasanya ada umphhh...terimakasih kepada mama kastam tioman .


Bahan-bahan :
Kulit :
250 gram butter
1 cawan gula castor
1 cawan tepung jagung
31/2 cawan tepung gandum

Inti :
125 gram butter
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
1 st esen vanilla
1 cawan tepung jagung
1 tin kelapa kering
450 gram buah2an campur


Langkah membuat:
Untuk kulit:
1. Putar butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan tepung sedikit2 hingga doh menjadi lembut dan tak melekat dijari.
3. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan yang telah dilenser menjadi bentuk sampan
4. Masukkan inti ditengah2 sampan dan sapu inti hingga menutupi sampan.
5. Hias dengan ceri merah atau hijau.
6. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C

Untuk inti:
1. Pukul butter, gula dan telur hingga sebati.
2. Masukkan tepung, kelapa dan buah2an ke dalam adunan dan gaul.
3. Uli menjadi doh yang lembut dan melekat dijari.





Rabu, 24 Ogos 2011

Biskut Cornflakes & Bijan Hitam


Biskut seterusnya untuk malam ini, nak kongsi dengan kekawan semua , biskut ni nampak tak cantik tapi sedap. Gabungan cornflakes dan bijan hitam ni membuat biskut ini ada rasa tersendiri. Kalau nak tau cuba buat. Disebabkan dah tengah malam sgt ni, ringkaskan cerita akak jumpa dalam blog kekawan , tak boleh nak ingat namanya nanti akak semak balik ya.. Apapun akak kena updatekan apa yang ada dulu untuk rujukan akan datang...



Bahan-bahan :

250 gram butter
200 gram gula castor ( kurangkan ke 170 gram )
1 biji telor
375 gram tepung gandum ( ganti tepung ros)
1 st baking powder
1 st vanilla
40 gram bijan hitam ( sangai dulu)
150 gram cornflakes (ramas2 )

Cara membuat:
1. Putar butter dan gula castor hingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar sebati. Masukkan vanilla.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan ke dalam bahan di atas.
4. Gaul rata dan masukkan bijan hitam dan cornflakes yang sudah diramas. Gaul sebati.
5. bentukkan adunan dan bakar dalam masa 15-20 minit dengan suhu 170.
6. Boleh juga diterap tapi kena biarkan doh dahulu selama 20 minit.

Ini salah satu biskut yang paling cepat disiapkan tetapi sedap.. Kalau hendak diterap dengan acuan, rehatkan doh selama 20 minit dan torak. Akak hanya menggunakan garpu dan tekan seperti membuat choc chip.. okeh mata dah ngantuk sgt ...jumpa lagi ...

Selasa, 23 Ogos 2011

Biskut Kacang Peas

Musim membuat kuih raya sudah bermula..akak pun dah mula membuat biskut. Memang dah tabiat suka try & error buat biskut ni..ada yang jadi ada yang macam batu ..terutama kalau dicilok dari majallah...Nampak macam sedap je bahan-bahannya tapi dah dicuba rasa ada tapi tekstur ...hmmm mengecewakan bagi sipembuat yang dah penat..apapun ini salah satu cookies yang akak dah cuba semalam. Pernah akak buat biskut kacang peas ni tahun lepas tapi versi yang berbeza..cuba tgk SINI . Resepi kali ini lain sikit, lebih kurang macam buat biskut Mazola.. bagi akak sedap dan cepat siap . Resepi akak ambil di My Resepi oleh skinifet .




Bahan-bahan ( dlm 70 - 80 biji )

  • 150g serbuk green peas ( ready pack ada di jual di kedai barang2 kek )
  • 150g tepung biskut ( red rose flour )
  • 100g gula ising @ secukup rasa
  • 1/2 tsp garam @ secukup rasa
  • 1 tsp baking powder
  • 150ml sunflower oil atau minyak jagung
  • 1 biji telur - kuningnya shj, utk digliskan atas biskut
  • Hiasan - biji kuaci ( akak tambah)

Cara-cara

  1. ayak tepung + baking powder dan juga gula
  2. satukan tepung + baking powder, serbuk green peas, garam & gula
  3. sebatikan semua bahan
  4. masukkan minyak sedikit demi sedikit ( step ni saya guna tangan ).
  5. adun sehingga minyak & bahan kering sebati dan boleh di bentuk ( tdk melekat di tangan ). kalau agak2 berderai bila di bentuk boleh tambah sedikit lagi minyak.
  6. gelek dan terap dgn acuan kesukaan atau bulat2kan dgn tangan je.
  7. gliskan kuning telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak
  8. sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.......selamat mencuba.....

Terimakasih kepada empunya resepi. Akak bakar dalam cup cakes , senang nak handle. Lagipun lebih menarik. Masa akak nak update pagi ni, ternampak juga kat umah Ayu (Singapura ) dah pun tayang green peas cookies ni. Selamat mencuba...

Isnin, 22 Ogos 2011

APAM PISANG NIPAH

apam pisang

Assalamualaikum semua..sepanjang puasa ni, ini kali ke2 akak dapat mengupdate blog..bukan tak teringat tapi masa tak mengizinkan. Apapun terimakasih kepada semua yang masih sudi menjenguk ke sini....hari ni akak saje2 nak masukkan apam pisang yang dibuat petang semalam. Itupun hasil tangan anak akak yang ada kat umah skg..itupun atas arahan maknya petang semalam. Inilah rupanya.Akak update ni untuk senang anak akak rujuk. Resepi ni akak main2 agak2 je...rasanya manis buah je...kalau nak manis lagi tambah gula.. Pisang nipah ni tanam sendiri. Kalau guna pisang emas atau berangan lagi sedap rasanya..



Bahan-bahan :

7-8 biji pisang masak ranum
5 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
3 sudu teh soda bikarbonat


Langkah-langkah membuat :

1. Lenyek pisang dan gula hingga hancur. Masukkan telur. Kacau sebati.
2. Ayak tepung dan soda bersama.
3. Masukkan tepung ke dalam pisang tadi.
4. Kacau hingga sebati .
5. Masukkan ke dalam peti tin yang telah dilenser.
6. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 30-40 minit.
7. Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.


Sangat mudah dan cepat. Akak masukkan ke dalam pengukus pukul 7 p.m dan masak pada pukul 7.40 p.m. selamat mencuba.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Siakap Halia Kukus

Assalamualaikum


Hampir masuk 2 minggu kita berpuasa...terasa masa cepat berlalu. Semuanya cepat,kalau kita leka alamatnya tak dapat nak ambil balik masa yang lepas. Bulan puasa ni , kalau boleh masak pun nak cepat tapi berkhasiat. Kukus ikan memang cepat dan tak lama nak menyediakannya. Petang tadi akak kukus ikan siakap yang dibeli semalam. Ikan yang hendak dikukus mestilah segar ..kalau tak segar tak bestlah pulak..Idea ikan halia ni dapat masa tgk majallah Rasa bulan 9. simple dan cepat...ape lagi jum tengok resepi. Tapi resepi asalnya dah akak tokok tambah ikut apa yang ada dalam petiais tu...okeh layann.....
Bahan-bahan :

1 ekor ikan Siakap segar
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 batang serai
*1st lada hitam
1 labu bawang besar Holland
3 sm halia muda
1/4 lada benggala merah dan hijau ( akak tambah)
1 tangkai daun ketumbar ( akak tambah)
1 camb sos ikan ( x bubuh pun)
1 hiris lemon
garam secukupnya

Langkah-langkah membuat :

  • Cuci ikan dengan perahan lemon. Bau hanyir pasti hilang.
  • Lumur ikan dengan gram halus.
  • Tumbuk bahan yang bertanda * dan lumurkan ke ikan .
  • Halia muda dihiris halus dan masukkan ke dalam ikan.
  • Potong bawang, lada benggala memanjang dan susun atas ikan.
  • Kukus ikan dalam pengukus yang telah dipanaskan.
  • Hampir masak taburkan daun ketumbar yang telah dihiris nipis.
  • Kukus selama 20-25 minit. Angkat dan hidang.
  • Sebelum makan, perahkan lemon ke atas badan ikan tadi.

Kalau nak masak untuk berbukan , boleh siapkan awal dan perap dalam peti ais. Jimatkan masa yang sangat berharga ni...oklah jumpa lagi..mata ni mcm ada mende yang tergantung nih...ngantuk nak tutup dah ni...selamat malam dan selamat berpuasa esok hari. Moga hari esok lebih baik dari semalam....






Selasa, 9 Ogos 2011

KUIH KOLE KACANG


Berjumpa kita di Ramadhan 10. Mesti sedang memikirkan nak masak ni weh...ni kole kacang buat pagi tadi . Inilah pertama kali buat . Rujuk resepi Che iza (my resepi). Rasenya tentu sedap sebab banyak tahi minyak tu.. Kalau akak suka makan kole kacang yang pejal sikit dan banyak tahi minyak...buka puasa nanti baru boleh test. Apapun terimakasih kepada empunya resepi ya..lain kali boleh cuba lagi...layan resepi ..


sumber : che'iza (my resepi)

Bahan-bahan :

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap..




SELAMAT BERBUKA PUASA

Khamis, 4 Ogos 2011

Makaroni Bakar ( Resepi Pilihan Diana)


Assalamualaikum.....meh kita tukar2 selera di bulan Ramadhan...kadang2 nak masak untuk jadi masalah juga nak bagi diorang seronok nak bersahur.. untuk warga umah akak ni kalau kena masakan macam ni ok je..tak de soal jawab....lesap semuanya. Tapi untuk selera makayahnya bukanlah ini...tetap nasi dan lauk. Pernah akak entry sebelum ni..cuba tengok di s .Kali ni akak buat dalam cup foil yang kecil..kecil2 pun besar juge..kenyang makan. Resepi asal akak cedok dari Resepi Pilihan Diana. Memang resepi ni sedap dan ramai yang memuji. Kredit untuk Diana. akak dah tak dapat jejak blog Diana lagi..puas dah cuba tapi tak jumpa2..apapun terimakasih Diana yang tinggal di Singapura. okeh layan resepi ni..



Bahan A:
Makaroni 500gm
Cheese Mozarella 250gm

Bahan B:
Sos Daging
500 gm daging kisar
1 tin cendawan butang
2-3 tin sos spaghetti Prego (Campbells)
2 labu bawang besar holland ( dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
8 ulas lada merah Thai
2 sb minyak masak
garam

Bahan C:
Sos Cheese
250 gm cheese Cheddar
600ml susu segar
3 sb tpung gandum
4 sb butter
4 sb lada hitam cincang

Langkah-langkah membuat :
  1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi.
  3. Masukkan sos Preggo dan air. Kalau 3 tin sos , airnya pun 3 tin. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging kisar dan masakkan hingga pekat.
  5. Masukkan cendawan, garam dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api.
  6. Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.
  7. Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel.
  8. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api.
  9. Masukkan susu segar dan tambah air 300 ml.
  10. Masakkan hingga pekat dan berkilat.
  11. Masukkan lada hitam. Tutup api.
  12. Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni dan sos cheese. Ulang balik . Pastikan lapisan atas ialah sos cheese.
  13. Parut keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Tabur serbuk basil .
  14. Bakar dengan suhu 180 selama 45 -50 minutes.
  15. Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.
  16. Hidangkan dengan sos chili.



~ Selamat Berbuka Puasa ~

Rabu, 3 Ogos 2011

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Hari ke 4 kita berpuasa. Macamana dengan hidangan berbuka. Jangan pening2 ya ..masak je macam biasa, hanya mungkin kena tambah sikit pencuci mulut kuih atau puding. Semalam akak akak buat puding laici untuk bekal anak balik belajar. Pernah buat tengok sini . Akak ubah suai sikit untuk jangan berdangdut sangat sebab nak potong2, senang nak agih2 kan dengan kekawannya. Cuba tengok resepi di bawah ni... Resepi asal dari Hanieliza Cooking. Terimakasih kak Liza sebab ini adalah puding peberet akak dan anak2 ..dahlah senang nak buat sedap pulak..sesiapa cuba mesti jadi punya..Insyaallah.


Bahan-Bahan:

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 ting Laici (resepi asal 2 tin)

Langkah membuat:
1. Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula.
2. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan. Hampir beku, susun laici di atas permukaan puding.
4. Sejukkan di dalam peti.


Versi ni akak dah ubah sebab mudah potong dan pegang agar-agar ni. Tapi kalau nak makan dalam bekas kecil2, masukkan je 2 tin laici, lagilah sedaplah weh...makan dengan sudu. Cuba ya baru tau...


Isnin, 1 Ogos 2011

Puding Marble Roti

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Puding Marble 1

Harap kita semua telah menunaikan puasa pada hari ini dengan sempurnanya. Semoga kita diberikanNya tubuh badan dan mental yang sihat untuk meneruskan dan menggandakan amalan yang dituntut di bulan Ramadhan. Di samping itu mari kita berkongsi resepi untuk berbuka puasa. Sesuai dengan cuaca panas terik, puding adalah satu juadah yang sangat sesuai untuk dinikmati selepas seharian kita menahan dahaga. Untuk puding ini, akak pernah buat sekali tapi hari ni akak buat untuk kali kedua menggunakan resepi Hana . Mula2 buat warna-warni di atas. Lepas tu , buat pula adunan ke2 bubuh koko. Bagi tekak akak ni, lebih suka yang berkoko. Tapi terpulang pada citarasa masing-masing. Pada Hana, akak copypaste je resepinya tu..halalkan ya Hana..sesiapa nak tengok puding cantik pi jenguk umah Hana tu.. Akak buat 2 adunan ni, dan diagih2kan..harap2 diorang suka dengan puding cantik ni...ok jum tengok resepi.


Puding Marble 2

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



Buat puding senang bangat...hanya kena cepat semasa memasukkan ke dalam loyang sebab adunan cepat beku..untuk yang tak nak manis, kurangkan sukatan gula atau susu pekat. Selamat berpuasa & berbuka puasa.