Selasa, 23 Ogos 2011

Biskut Kacang Peas

Musim membuat kuih raya sudah bermula..akak pun dah mula membuat biskut. Memang dah tabiat suka try & error buat biskut ni..ada yang jadi ada yang macam batu ..terutama kalau dicilok dari majallah...Nampak macam sedap je bahan-bahannya tapi dah dicuba rasa ada tapi tekstur ...hmmm mengecewakan bagi sipembuat yang dah penat..apapun ini salah satu cookies yang akak dah cuba semalam. Pernah akak buat biskut kacang peas ni tahun lepas tapi versi yang berbeza..cuba tgk SINI . Resepi kali ini lain sikit, lebih kurang macam buat biskut Mazola.. bagi akak sedap dan cepat siap . Resepi akak ambil di My Resepi oleh skinifet .




Bahan-bahan ( dlm 70 - 80 biji )

  • 150g serbuk green peas ( ready pack ada di jual di kedai barang2 kek )
  • 150g tepung biskut ( red rose flour )
  • 100g gula ising @ secukup rasa
  • 1/2 tsp garam @ secukup rasa
  • 1 tsp baking powder
  • 150ml sunflower oil atau minyak jagung
  • 1 biji telur - kuningnya shj, utk digliskan atas biskut
  • Hiasan - biji kuaci ( akak tambah)

Cara-cara

  1. ayak tepung + baking powder dan juga gula
  2. satukan tepung + baking powder, serbuk green peas, garam & gula
  3. sebatikan semua bahan
  4. masukkan minyak sedikit demi sedikit ( step ni saya guna tangan ).
  5. adun sehingga minyak & bahan kering sebati dan boleh di bentuk ( tdk melekat di tangan ). kalau agak2 berderai bila di bentuk boleh tambah sedikit lagi minyak.
  6. gelek dan terap dgn acuan kesukaan atau bulat2kan dgn tangan je.
  7. gliskan kuning telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak
  8. sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.......selamat mencuba.....

Terimakasih kepada empunya resepi. Akak bakar dalam cup cakes , senang nak handle. Lagipun lebih menarik. Masa akak nak update pagi ni, ternampak juga kat umah Ayu (Singapura ) dah pun tayang green peas cookies ni. Selamat mencuba...

3 ulasan:

  1. ramai orang kata biskut ni sedap tapi kita belum berkesempatan lagi nak membuatnya..kita share resepinya ya..minta izin copy paste..:)

    BalasPadam
  2. anymz,

    resepi biskut peas ni ada mcm2 versi..tapi kalau kisar sendiri kacang peas ni lagi sedap terasa kacangnya tu..akak ada 2 versi biskut ni..rujuk ya...

    BalasPadam