Rabu, 17 Mac 2010

Ikan Patin Sungai Pahang

~salam mesra kepada semua pengunjung dan followers yang sudi singgah ke sini ~
Selepas talapia, meh kita cuba pulak masak patin..Disebabkan akak ni duduk di Sungai Pahang maka patin atau talapia yang kami selalu makan memang datang dari dalam Sungai Pahang..yang dibela dalam sangkar sungai..kalau patin liar dalam sungai Pahang tu kena fikir 10 kali nak beli sebabnya rege patin liar tidak ada kompromi..kita tak nak, berebut orang lain nak..Di sini patin kolam tak diterima pakai..bukanlah nak menidakkan patin kolam tu tapi disebabkan faktor patin sungai ni senang diperolehi maka patin kolam ditolak tepi..mungkin ramai tidak makan ikan sungai kerana takut hanyir tapi berlainan dengan kes patin sungai ni .tidak hanyir langsung ..sesiapa yang makan seolah2 terkena sumpah nak makan lagi..kalau tak percaya kena cuba sendiri...akak pernah n3 patin ni diblog akak yang satu lagi..tapi tak pelah untuk pengunjung blog yang baru ni akak n3 semula okeh..layannnnnnnnnnn

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin sungai
15 - 20 biji cili api kampung
1 cm kunyit hidup
1 senduk tempoyak masam
1 batang timun taun
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
garam

Timun taun

Langkah-langkah membuat:
  1. Basuh ikan patin dengan asam jawa bersih-bersih dan toskan (potong)
  2. tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai lumat.
  3. gaulkan dengan ikan patin tadi bersama dengan tompayak masam hingga rata
  4. perap selama 1 jam atau lebih lagi sedap.
  5. masukkan timun taun yang telah dibuang kulit dan dipotong
  6. Masukkan air sehingga menutupi ikan patin.
  7. Masakkan di atas api besar dulu. menggelegak kacau sekejap.
  8. Perlahankan api , biarkan gulai merenih perlahan dan bubuh garam dan daun kesum
  9. Masakkan ikan hingga terasa asam dan garamnya.
  10. Hidangkan bersama nasi putih dan sayur kangkung .



Tip memasak:
  • gulai mesti pedas dan masam. jangan takut bubuh lada api kerana gulai dimasak dengan cara api perlahan. Ini menyebabkan lada dimasak dengan cukup.Walaupun pedas tidak sakit perut.
  • Jangan dikacau selalu menyebabkan ikan hancur. kacau sekali sekala saja apabila gulai mulai menggelegak.Kemudian perlahankan api sehingga masak.
  • Lada dan kunyit ditumbuk lebih sedap.

2 ulasan:

  1. Kak hari tuh saya masa ikan patin masak asam rebus bubuh belimbing. ikan tuh biras yg bagi tak alih2 dpt tangkap kat sg endau tapi ni bangsa liar punya. Sedapnya kemain lagi. makin bertambah sedap saya bubuh lauk tu dlm mangkuk roses akak...hahahha......

    BalasPadam
  2. zura, kalau ikan patin sg endau tu lagilah sedap wehhh..bukan peliharaan punya ..liarkan..aduhai akak ni pun meleleh air liur ni...dah rasmikan ke mangkuk roses tu...

    BalasPadam