SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah..di samping itu juge bulan inilah juga ibu2 dan isteri2 akan memasak resepi kegemaran keluarga..kalau hari lain tak sempat nak buat tapi bulan Ramadhan aura buat kuih yang lama ditinggalkan akan datang automatik..ini lepat pisang style akk..sebenarnya kuih ni senang tapi akk pun seriau juge kalau tak menjadi...lepat2 pun kena tau cara melepat ....nanti akk bubuh resepi kemudian ek, kena keluar pulak ni ..ada hal pulak..nanti sambung lagi..jamu mata dulu...
Ni dah boleh bagi resepi..sebelum tu pengukus merah plastik sangat pratikal untuk kita kukus apa2 je dengan cepat..Akak kukus muffin, apam, pau dan juga ikan pun guna pengukus ni..berbaloi sebab cepat dan jimat gas.. ok jum layan bahan-bahan di bawah ni..Bahan-bahan lepat pisang:
6 biji pisang masak
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1/2 paket santan serbuk
1/4 camt garam halus
daun pisang secukupnya
Langkah-langkah membuat:
- Lenyek pisang dengan gula sampai sebati.
- Masukkan santan serbuk. Kalau santan cair guna yang pekat.
- Masukkan tepung dan gaul rata.
- Daun pisang dipotong dan dilayur dengan api gas.
- Panaskan kukusan .
- Sudukan adunan pisang tadi ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
- Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum dimakan. Enak juga dimakan suam.
Senangkan nak buat lepat. Hanya kalau guna santan air pastikan tidak lembik sangat. Susah pulak nak bungkus dan apam tu pula lembut sangat. Guna api yang kuat semasa mengukus..selamat mencuba..kalau tak sedap buat lagii...wassalam..
LEPAT PISANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan