Khamis, 2 Jun 2011

FETTUCCINE GORENG

Fettuccine Goreng


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...pagi tadi bagi Ahmad sarapan pasta Fettuccine. Dari segi sebutan terpulang ikut sedap bunyi masing2....Walaupun mat tinggal sorang kat umah tapi akak buat juga sebab stok Fettuccine ni ada 3 bungkus dan Mat memang suka makan jenis2 pasta ni....maknya suka masak je tapi tak suka makan...selera orang kampunglah tu...ayah Mat pun tergolong spesis akak ni... Kalau nak ikutkan memanglah banyak maka akak pun hulur2kan ke umah jiran depan nun....harap2 depa suka makan mende ni...okeh jum layan resepi di bawah ni..akak guna je bahan2 yang ada kat dapur....hentam je labi....layan !

Guna sos spaghetti prego

Dah siap rebus...bubuh minyak agar tidak melekat...



Feetuccine Goreng
Bahan-bahan :

300 gram Fettuccine San Remo
1 tin sos spaghetti Prego
200 gram daging
4 ulas bawang putih
1 buku bawang holland
1 helai daun bay (kalau suka)
1 st serbuk basil
2 st serbuk lada hitam
2 st perasa daging lembu ( kalau suka)
2 st garam halus
4 sb minyak zaiton ( minyak sawit pun ok )


Langkah-langkah membuat:

1. Rebus Fettuccine dalam air yang mendidih. Bubuh minyak 1 sb untuk mengelakkan melekat.
2. Daging dicincang halus, bawang putih dicincang dan bawang besar dipotong dadu.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi .
4. Masukkan bawang besar dadu tadi dan goreng hingga layu. Masukkan daging. Masakkan.
5. Masukkan sos Prego tadi dan tambah air sedikit.
6. Masukkan daun bay, basil, lada hitam halus dan garam halus.
7. Masukkan fettuccine yang telah ditoskan dan gaul hingga sebati dengan sos tadi.
8. Rasa garam dan angkat . Hidangkan panas-panas.


Fettuccine ni direbus hingga lembut dan bubuh minyak supaya tidak melekat. Minyak zaiton elok digunakan untuk melembutkan pasta ni..juga untuk membuang kolestrol..Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan