Selasa, 9 Ogos 2011

KUIH KOLE KACANG


Berjumpa kita di Ramadhan 10. Mesti sedang memikirkan nak masak ni weh...ni kole kacang buat pagi tadi . Inilah pertama kali buat . Rujuk resepi Che iza (my resepi). Rasenya tentu sedap sebab banyak tahi minyak tu.. Kalau akak suka makan kole kacang yang pejal sikit dan banyak tahi minyak...buka puasa nanti baru boleh test. Apapun terimakasih kepada empunya resepi ya..lain kali boleh cuba lagi...layan resepi ..


sumber : che'iza (my resepi)

Bahan-bahan :

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap..




SELAMAT BERBUKA PUASA

9 ulasan:

  1. sedap ni kak nor, kita pun suka kole kole..nak buat tahi minyak nya tu yg makan masa..tapi sedappp..

    BalasPadam
  2. Sedapnya kole kacang ni. I suka kole kacang, pergi mana mana gerai pun cari. Pernah buat tapi tak jadi, nanti I nak cuba resipe you. Thanks

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum kak Nor.
    Wah sedap ni.. naz suka kuih ni tapi dah lama tak jumpa kuih ni..

    BalasPadam
  4. Ayu,
    mula2 akak ingat susah sgt..hanya tahi minyak tu ambik masa sikit.. tapi santan kena yg pekat dan kacau lama sikit..akak punya ni lembutlah tapi manisnya tu ok sgt dh..

    BalasPadam
  5. Amelia,
    ya betul kole kacang salah satu kuih yg sukar dijumpai..buat je senang bangat rupanya..insyaallah jadi..kacau lama untuk pekatkannya itu..terimakasih ke mari ya..

    BalasPadam
  6. Naz,

    akak pun sukeee...apa lagi jum buat ramai2..sure jadi punye..

    BalasPadam
  7. salam kaknor..lama x mai sini..moga akak sihat sokmo ye! waduh termiss lak kuih kole kacang nih..feveret kita nih..yummmmy!! selamat berbuka pose ye kaknor!

    BalasPadam
  8. wslm ina,

    terimaksih masih sudi ke sini..akak fahamm..time is limited..kuih kole kacang akak suke sgt tapi lembut sikitlah resepi ni..nanti nak wat semula tambah kacang hijau tu..tunggguuuu ya..

    BalasPadam
  9. nak try buat.harap² menjadi.nyum..nyummmm...

    BalasPadam