Rabu, 28 April 2010

Singgang Tenggiri

~ Selamat malam ~

~ Singgang ~



Singgang masakan paling mudah tapi tak mudah juge nak buat kalau tak tu caranya...dulu tak reti juge nak buat singgang ..lepas try macam2 singgang..akak paling suka singgang kepala tenggiri ni sebab dahlah cepat nak sediakan tapi sedap ...rase makan tu puas...tambah kalau hari panas - panas ni...cubelah ya ..apapun ini adalah masakan yang paling mudah di antara yang mudah..bagi akk ikan tenggiri paling umphhh ..kepalanya tu la paling sedap..makan dengan sambal belacan ..tak perlu lauk lain le..kalau nak cepat, jimat masa oklah ni.....
Bahan-bahan :
Ikan tenggiri 2 keping ( kepala lagi sedap)
bawang merah 4 ulas
bawang putih 4 ulas
lada merah kecil 5 ulas
lengkuas muda 3 keping
serai 1 batang
asam keping 1 keping
Langkah-langkah membuat:
  1. Bersihkan ikan dan masukkan ke dalam periuk. Bubuh air menutupi ikan tadi.
  2. Masukkan bawang2 yang telah dihiris
  3. Masukkan juge lada merah yang dibelah 2, kepingan lengkuas, serai yang dititik dan asam keping.
  4. Jerangkan periuk di atas api dengan api yang perlahan. Biarkan ia menggelegak.
  5. Tambah geram dan biarkan sebentar sehingga rasa garam, asam dan pedas sekata..
  6. Angkat hidang panas-panas.

Nota :Lengkuas memainkan peranan utama dalam masakan singgang...bau dan rasanya ada kelainan..cubalah ya..

Selasa, 27 April 2010

Award ~ Tulip ~ E-na Zarina @ LOVELY KITCHEN


Sekali lagi teruja bila dapat titipan indah ini..TULIP yang sedang berkembang indah ini dari E-na Zarina yang menetap di Nagoya , Jepun. Jauhnya ena...terimakasih atas ingatan indah ini . Sempena meraikan ulangtahun pertunangannya bulan April , ena menghadiahkan bunga tulip ni..alamak..terkulat2 akak ni tgk bunga tulip ni tak dpt pegang dapat tengok pun jadilah..terimakasih ya e-na, moga jalinan persahabatan di alam maya ini kekal..Kalau nak tengok bunga kesum e-na ni subur tak suburnya terjah sini http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/. Akak tanam bunga kesumpun tak pernah nak biak macam ini..asyik mati kering je...ishh malu pulak rasanya..ok apappun kita jumpa lagi ..semoga kita sihat dan dirahmatiNya..Amin..

Isnin, 26 April 2010

Award ~Mawar Merah~

Assalamulaikum
Kalaulah dapat sejambak depan mata macam ni mesti akak senyum 24 jam melayan perasaan..terbau-bau dek akak keharuman mawar merah ni..aduhai AZATIE terimakasih atas kesudian memberi sejambak ros yang harum semerbak ni..lewat sikit nak kongsi dengan kalian semua.. simpan lama juga dalam gobok akak tu baru nak tayang kat sini ..Terimakasih ya dik atas ingatan ikhlas ni...lainkali bagi lagi ya..sesiapa yang nak kenal Azatie ni sila belayar ke sini ok ...http://azatiesayang.blogspot.com/ boleh pi tengok kuih lapis coklatnya tu.....bilalah nak buat ni atie oii ....terasa2 dah kat tekak ni..hehehe...oklah jumpe lagi bye..bye...muahhhh

Jumaat, 23 April 2010

Pai Ayam

Salam bahagia .. bahagia sebab hari ni cuti..boleh n3 . Dah memang tak mahir, N3 pun lambat...Hari ni meh kita cuba buat pai ayam. Resepi ni akak ambil dari http://denhaag-ladies.fotopages.com/ nun jauh di seberang. Dah lama ikut FP Muna ni , marbeles..tak caya pi tengok.Kalau Muna termasuk blog akak ni, mintak halal ya. Nak bagitau sukatan kulit pai ni lemak dan melekat2 ..tak kering..memamng sedappp. Mungkin faktor kandungan lemak dan tepungnya tu...Resepi asal adunan kulit pai menggunakan Food Processor ..akak guna kaedah asli je..lima jari..bukannya apa , teringat masa sekolah dulu belajar buat kulit pai ...nostalgia gitu...

Kuning telur disapu atas permukaan pai, kalau terajin hias sikit dengan daun2 pai..menggoda sikit..

Dah siap bakar..ready untuk dingap !



Adunan digaulramas menjadi serbuk roti




Kulit Pai:
500 gm tepung gandum
400 gm butter sejuk
1/2 sudu teh garam hallus
4 sudu besar air batu
Langkah membuat:
  1. Potong dadu butter.
  2. Masukkan ke dalam tepung yang telah ditambah garam
  3. Potong2 butter dalam tepung biar bersalut elok.
  4. Guna hujung jari untuk membuat serbuk roti.
  5. Masukkan airbatu dan gaul menjadi doh.
  6. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti pai.

Bahan inti :

500 gm isi ayam dadu, 1 cawan bawang besar dadu, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar lada hitam, 1 sudu teh garam halus, 1 sudu teh serbuk basil dan 1 sb butter untuk menumis.

Langkah membuat :

  1. Cairkan butter dan tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan biarkan sebentar.
  3. Masukkan pula kacang peas, lada hitam dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan garam.
  5. Angkat dan sejukkan.

Langkah membuat pai ayam:

  1. Torak kulit pai setebal 1 cm.
  2. Tekap dengan acuan foil . 2 keping. 1 untuk dasar acuan dan 1 lagi untuk penutup acuan.
  3. Letakkan sekeping kulit pai dalam acuan dan isi inti pai.
  4. Tutup semula dengan sekeping kulit pai. Sapu kuning telur.
  5. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 C.
  6. Setelah berbau wangi dan kuning keemasan , angkat.
  7. Siap untuk dimakan..panas2 lagilah sedap....



















Selasa, 20 April 2010

nestum & oat cookies

Biskut dibuat untuk anakanda yang duduk diasrama tu kesian la pulak. Nak kena post esok. Biskut ni sebenarnya resepi asal dapat dari blog mane pun akak tak ingat ..maaflah ya..tapi dah diubahsuai pulak ikut bahan yang ada.. Hanya Bahan A tu je yang kekal..bahan-bahan lain tu main bubuh je tapi bertimbang jugak la sebab senang nak buat rujukan bila-bila nanti. Bagi yang suka oat ..ok juga ni crispy dan kenyang makan..


Konsep biskut ni macam buat choclate chips tapi c.chips dah licin kena makan dek anak tembam tu.tak yahlah bubuh..sedap juga..

Intai resepi di bawah ni....lepas ni boleh cuba sebab senang dan ringkas...hanya nak kena terlebih rajin tu je...

Nestum & Oat Cookies

BAHAN A

250gm butter

100gm marjerin

250gm gula perang

BAHAN B

2 telur

2 sb coklat emulco

1 sb esen vanilla

BAHAN C

175gm oat

230gm nestum

400gm tepung gandum

1 st baking powder

Langkah-langkah membuat:

  • Putar bahan A hingga berkrim
    Masukkan bahan A dan putar sekejap
  • Masukkan pula bahan C dan gaul dengan rata.
  • Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar.
  • Bakar dengan suhu 180 C selama 15 minit – 20 minit.


Nota:

  • Panaskan oven 15 minit sebelum membakar biskut.
  • Alas dulang pembakar dengan kertas surih untuk warna cookies sekata
  • Guna butter atau marjerin sepenuhnya pun tak ape..

Ahad, 18 April 2010

muffin

~ SALAM SEMUA ~

BANANA CHOC MUFFIN




Di antara cupcakes dan muffin mana pilihan hati? Kalau di lihat pada kandungan bahan muffin lebih baik untuk menjaga diet kerana bahan-bahan yang digunakan lebih rendah kandungan kalori..kurang penggunaan lemak dan juga telur.... tentu lebih padat dan mengenyangkan..ok seawal pagi tadi setelah lama tertunggak nak try muffin ni, gagahkan diri untuk terus membaking setelah sekian lama oven tak berbau ...tambahan bahan2 dah lama duduk dalam peti ais tuu. Kalau nak buat muffin kaedahnya lebih mudah dibandingkan membuat cupcakes..kali ni guna food-processor je..memang cepat ..tekan2 punat pengisar dah siap..hanya nak kena rajin pulak basuh lepas tu ( bab2 ni yg kena sab0 banyak2..) Resepi ni ambil dari ..http://maklangazie.blogspot.com/
Bahan-bahan :
Bahan A
170 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
130 gm gula ( akak guna gula pasir )
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam ( tak bubuh pun )
100 gm cooking coklat
Bahan B
2 biji telur ayam
75 ml minyak masak
100 ml susu segar
1 sudu teh vanilla
2 biji pisang ( akak bubuh lebih dari 2 )
Langkah-langkah:
  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar. Tekan pengisar 2 kali je dah sebati.
  2. Masukkan semua bahan B pula dan tekan pengisar 2 kali . Siap untuk dimasukkan ke dalam acuan muffin
  3. Sudukan adunan 3/4 ke dalam acuan muffin . Tabur dengan choc chip / choc rice untuk hiasan
  4. Bakar dengan suhu 180 selama 20 minit.
  5. Cucuk dengan lidi dan pastikan lidi itu bersih menandakan cukup masak.
Perhatian:

Panaskan oven terlebih dahulu sebelum menimbang dan membancuh adunan. Oven yang cukup panas elok untuk mengembangkan adunan muffin. Biasanya akak letak suhu 200 c selama 5 minit pertama semasa membakar muffin , kemudian turunkan suhu 180 c hingga muffin masak. Tapi bergantung juga kepada oven kita ...test dulu oven tu..selamat mencuba..

Rabu, 7 April 2010

Pai Kentang









Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ..semoga kita sentiasa dirahmatiNya...




Tadi malam, buka peti sejuk tengok kentang sudah mula nak bertunas ....satu tabiat suka membeli dan menyimpan patut dihapuskan.. apan nak buat ni... teringat pai kentang atau selalu dipanggil Sheperd pai...anak2 memang suka sangat kalau dimasak kentang macam ni.. teringat tahun2 70 an dulu belajar buat pai ni dengan guru Home Science ...tapi siMat ku sorang je kat rumah sekarang ni...esok bolehlah bawa sikit untuk ibu2 mengandung di tempat keje....




Pai kentang ni simple je sebenarnya..selalu buat ikut bahan apa yang ada. Yang penting ada isi ayam atau daging. Kentang tu memang dah bahan wajib...Ok jum kita layan resepi di bawah ni ..resepi ni diubahsuai mengikut apa ada dalam peti sejuk tu...asalkan sedap..jangan lupa makan dengan sos cili...lebih sedap.. DikMat dah tidur...esok boleh makan sarapan dan bekal ke sekolah...memang favourite dia ni...jum tengok kat bawah ni...




Bahan -bahan dipotong dadu



Bisi ayam yang telah siap dimasak




Kentang dilenyek bersama dengan susu segar dan butter


Lapiskan kentang di dasar acuan dan bubuh isi ayam ke dalamnya


Tutup semula dengan lebihan kentang. Tabur serbuk basil dan keju parut

Pai Kentang


Bahan-bahan :
1 kilo kentang putih
1/2 kilo isi ayam
1 batang karrot
1 biji tomato
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 tin kacang peas
garam
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar serbuk basil
1/2 buku butter
2 sudubesar marjerin (untuk menumis)

Langkah - langkah membuat:

  1. Cairkan marjerin dan tumis bawang2 hinggga wangi.
    Masukkan ayam , karrot dan masakkan.
  2. Masukkan tomato, garam dan lada hitam. Kacau dan angkat

    Rebus kentang dengan garam.
    Lenyek dengan butter dan susu segar.
  3. Ambil separuh dari kentang lenyek dan ratakan dalam acuan.
  4. Masukkan inti ayam tadi di atasnya dan tutup semula dengan lebihan kentang.
  5. Tabur serbuk basil dan keju parut.
  6. Bakar denga suhu 180 selama 35 minit.
  7. Setelah masak, hidangkan bersama dengan sos cili.

Nota: Semua bahan untuk isi pai dipotong dadu.