Isnin, 24 Mei 2010

मुफ्फिन कुकुस कोक्लत





Salam semua...apa dah jadi..blog cooking akk ni dah fening..entah apa yang akak tertekan setting dah lari..tu tengok tajuk kat atas tu jadi tulisan tamil ke siam?? huhuhuuuuu..dah lah rabun , terus bute ni..apapun selagi boleh baca dan faham n3 akak ni layanlah ye...ini muffin kukus coklat. Inipun cilok resepi kat Mak Lang Corner tu...moist sesangat ..best sebab senang nak buat dan murah pulak bahan-bahannya tu..cuba le ..rugi tak cube. Kalau muffin tu mengembang dan pecah macam ni syok sendiri kita tengok..ok bai2..aduhai akak nak edit gambo pun tak boleh sebab yang keluar kat edit post ni semuanya nombor....sape2 yang sudi nak tolonggggg !!!!

MUFFIN COKLAT KUKUS


BAHAN A

2 cawan susu cair
1 cawan minyak sayur @ butter cair
13/4 cawan gula castor
1 biji telur


BAHAN B

250 gm tepung superfine @ gandum
50 gm serbuk koko
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 sb emulco


Cara Membuat:

1.Satukan semua bahan A, kacau guna whisker .
2.Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A
3.Kacau rata – tak perlu lama
4.Masukkan ke dalam acuan muffin dan kukus selama 10 minit.
5.Gunakan api besar dan tutup dengan penutup kukus supaya muffin selamat.

6 ulasan:

  1. salam kak nor,
    terkejut saya nampak tajuk tamil. saya ingat kak pandai tulis bahasa tu. rupanya silap setting ya kak.. tapi entry ok, BM. cuba tgk kat tmpat setting language kalu dapat ubah..

    muffin coklat ni, buat saya teringin jer. dah lama nak buat, tapi serbuk koko yg payah nak cari stok...hihi

    BalasPadam
  2. slm indah,

    heheheee...kalau akk pandai tulis tamil pun tak kan akk nak n3 tamil pulak..ya berpusing baca..nantilah akk tgk setting language tu..takut tertekan lain habis bertabur muffin akak tu kang...akk selalu beli serbuk koko 1 kg sekali..RM15 kat bakery ..tmpt indah tak de ke..bakeryshop senang nak cari barang...

    BalasPadam
  3. sALAM KAK NOR


    HAHAHHAHHAHAAH....wakakkakaka...kekekeke.....Aduh kak apa da jadi ni. Saya nak buat lah muffinni nmpk sedap benar. Dah berapa kali comment kat blog akak ni ...ni kalau x keluar gak x taulah. dari macaroni smpilah ni..... hishhh geram betul

    BalasPadam
  4. terkejut tgk tajuk tamil..rupa2xnya muffin kak nor

    BalasPadam
  5. salam zura,
    kekekekeke...hihihiiii...hahahahaaa..akak betull2 gelak komen zura ni tau..akk boleh bayangkan camne zura gelak....lepas ni mesti zura gelak lagi...

    BalasPadam
  6. salam mia-ina,

    baru tajuk tamil ..belum lagi heroin tamil...hihihiiiii

    BalasPadam