salam semua
Makaroni dah buat berulang kali juge..walaupun ini bukan peberet, tapi cukup disenangi oleh anak-anak dan juga rakan-rakan...Berbaloi juge dibuat sebab memang tak bazir..habis dimakan . Hanya takut juge tengok anak sorang tu makan..almaklum, terlebih makan tak elok juge sebab makaroni ni sarat dengan cheese dalam cheese atas ...Berinti daging dan susu segar.Resepi ni diambil Koleksi Resepi Pilihan Diana. Memang akak ikut tapi tertukar sikit kut sebab masa buat ni pun dah tak rujuk resepi ..apa yang ingat dalam kepala ni je..bukannya ape tak sempat nak belek resepi dah...tawakal je...alhamdullilah jadi je. Resepi di bawah ikut apa yang akak dah buat tu...jum tengok..
Bahan A:
Makaroni 500gm
Cheese Mozarella 250gm
Bahan B:
Sos Daging
500 gm daging kisar
1 tin cendawan butang
2-3 tin sos spaghetti Prego (Campbells)
2 labu bawang besar holland ( dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
8 ulas lada merah Thai
2 sb minyak masak
garam
Bahan C:
Sos Cheese
250 gm cheese Cheddar
600ml susu segar
3 sb tpung gandum
4 sb butter
4 sb lada hitam cincang
Langkah-langkah membuat :
- Rebus makaroni dengan sedikit minyak hingga empuk. Angkat dan toskan.
- Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi.
- Masukkan sos Preggo dan air. Kalau 3 tin sos , airnya pun 3 tin. Kacau sebati.
- Masukkan daging kisar dan masakkan hingga pekat.
- Masukkan cendawan, garam dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api.
- Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.
- Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel.
- Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api.
- Masukkan susu segar dan tambah air 300 ml.
- Masakkan hingga pekat dan berkilat.
- Masukkan lada hitam. Tutup api.
- Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni dan sos cheese. Ulang balik . Pastikan lapisan atas ialah sos cheese.
- Parut keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Tabur serbuk basil .
- Bakar dengan suhu 180 selama 45 -50 minutes.
- Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.
- Hidangkan dengan sos chili.
OK, cuba ya..berbaloi-baloi sekiranya ada penggemar makaroni....bai-bai...jumpa lagi kita !
sedapnye~!!!
BalasPadamsalam kenal cik bella...cubalah resdepi ni ya
BalasPadam