Isnin, 30 Ogos 2010

BISKUT KACANG PEAS

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA ..yang ke 53 tahun. Tarikh hari ni membawa satu kenangan sedih kepada akak terutama suami akak..kerana hari ni genap 11 tahun ibu mertuaku meninggal dunia-malam merdeka-Jatuh pada hari negara kita menyambut kemerdekaan dan tahun ni pula sambutannya sama pulak dengan hari pulangnya ibu mertuaku kepangkuan Ilahi..Malam tadi suami mengingatkan akk semua nii..moga rohnya di cucuri rahmatNya. Amin.
Cerita kukis lagi..ni buat hari Ahad lepas..baki kacang peas thn lepas boleh buat 1 adunan lagi...boleh tahan juga biskut ni sebab lemak2 kacang dan lebih rangup ..Ada pulak baki biji kuci labu tu...tepek je laa..warna biskut ni mmg hijau , ni akk tambah sikitttt je..kolor hijau biar terang sikit..meriah gituu...jum cuba resepi ambik dari koleksi resepi akk - sumber SAJI lama2 dulu...

BISKUT KACANG PEAS
Bahan-Bahan :
250gm mentega
160gm gula halus
50gm tepung kastard
2 sb tepung jagung
300gm tepung gandum
100gm kacang peas dikisar halus
1 camt vanilla
Langkah-langkah:
  • Butter & gula dipukul hingga kembang.
  • Masukkan vanilla dan satu kan semua tepung2.
  • Masukkan kacang peas dan tepung sikit2.
  • Tekan dengan acuan dan gliskan dengan kuning telur.
  • Bubuh hiasan atas biskut ape je..
  • Bakar 15 minit pada suhu 170 celcius


2 ulasan:

  1. Salam k.Nor...wah biskut ni lah ummi duk cari resepinya...adik ipar ada beli kat tukang jahit dia...punya lah sedap, ramai duk order...last year Ummi kenal n rasa biskut ni..sungguh sedap! Dah ada resepi ni, mintak izin la nak copy ya k.Nor...tp x buat la raya kali ni sbb dah order melalui adik ipar tu 3 bekas..hehee...hb n anak2 suka sgt..Thanks k.Nor!

    BalasPadam
  2. salam ummi, kalau betul lah biskut ni sma ngan kukis yng ummi suka tu ...bolehlah akk pulak jadi tokey biskut lepas ni hihihi.. mmg biskut ni lain sikit rasanya dr biskut yg lain2 tu..mgkn kacang peas tu kut..tahun lepas akk mula buat sbb tu terlebih serbuk k.cang peas tu ( beli yg dah siap kisar) hingga ke tahun ni pulak..apapun tak tentu lagi sama ngan biskut yg ummi maksudkan tuu..kenalah try dulu yg ini..sma ke tak...thanks ya bg info ni..hilang letih akk ni wat biskut hari ni..

    BalasPadam