~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
Pic 1
Pic 2
Pic 3
Pic 4
Pic 5
Pic 6
Lapisan atas sekali berupa seperti ini.
Pic 7
A. Bahan Untuk Rebusan Nasi.
1 kilo beras basmathi
air ( tak perlu sukat )
5 helai daun pandan
6 cm halia- tumbuk kasar
2 biji limau purut-ambil kulit
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
15 biji bunga cengkih
30 biji lada hitam
15 biji buah pelaga
secekak akar /batang daun ketumbar
1 biji buah pala-tumbuk kasar
sedikit air ros
B. Bahan Untuk Ditabur Dalam Nasi
1/2 kilo daging kambing - telah dimasak.
1 tin kecil minyak sapi - cairkan
1 tin susu cair
1 ikat daun ketumbar
1 ikat daun pudina
10 ulas kecil bawang merah goreng
6 ulas bawang putih goreng.
pewarna kuning/koma2/safron
Langkah-langkah memasak Nasi Beriani:
langkah 1
- masukkan semua bahan rebusan ke dalam periuk dan rebus selama 1 jam
- Masukkan beras basmathi dan masak sehingga 3/4 masak.
- Toskan beras.
- Sediakan periuk untuk memasak nasi.
Langkah 2
- Lapisan pertama-di dalam periuk , masukkan nasi yang ditos tadi dan ratakan.
- Lapisan kedua - diikut dengan daging kambing yang telah dimasak, tabur kismis, buah gajus, badam daun ketumbar, pudina, pewarna kuning direnjis2,bawang goreng, cili hijau,merah,kacang peas dan kismis.
- Ulang kembali lapisan pertama dan kedua tadi hingga habis.
- Akhir sekali masukkan susu cair dan minyak sapi. Curah rata atas nasi.
- Tutup dengan daun pisang dan letukkan lesung batu untuk mengelakkan wap keluar.
- jangan lupa alas periuk dengan tutup periuk untuk mengelakkan nasi berkerak. kecilkan api dan biarkan sekurang-kurangnya 30 -45 minit.
- Nasi yang telah dimasak, boleh dimakan dengan lauk kambing beriani yang selebihnya dan juga acar rampai.
Huhhhh...lega rasanya selepas selesai entry resepi nasi beriani ni..okeh kepada yang berminat sila rujuk entry sebelumnya untuk lebih faham. Sebenarnya tak susah mana pun tapi mesti dibuat dengan hati yang tenang dan juga minat yang mendalam..kalau tak bersedia...list dulu donggg...lain kali boleh dibikin...oh ya , kambing boleh diganti lembu atau ayam...selamat mencubaaaaaa..bai2...kena stop dah ni...jumpa lagi...
ya Allah..lapo saya tengok nasi beriani ni..lawoooo je nasinya tuu
BalasPadamSalam nor...
BalasPadamTimakasih banyak2 sudi berkongsi step by step cara nak masak nasi beriani kambing tuh... Alhamdulillah dapat la saya try buat bila2 nnt... memang tak reti bab2 beriani ni nor... thanx a lot :))
salam kak nor..
BalasPadambagusnya siap ada step by step nk masak nasi beriani...
izah, setiap kali akk tgk pun ..rasa nak buat lagi sekali...beras basmathi tu mmg cantik..regenya pun makdatuk ....sesakali apasalah memasak guna beras ni..berbaloi2
BalasPadamslm fzi,
terimakasih kembali..kita mmg suka masak and sharing ...bukan pandai manapun tapi kalau minat menjadi je..cubalah nanti ya..pasti jadi..
slm moklong,
terimakasih atas pujian tu..sebenarnya akk entry ni pun utk rujukan akk juga..senang nak buat lain kali...