Sabtu, 4 Jun 2011

Gulai Lomak Cili Api Daging & Kentang


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni kak nak kongsi gulai lemak cili api daging dan kentang stail orang N.Sembilan..Kalau ikutkan resepi orang nogori gulai lomak cili api ni hanya bahan-bahan asas yang digunakan.. yang pasti no bawang2 dimasukkan ke dalam masak lemak ni.....di negeri2 lain akak perhatikan gulai lemak cili api ni bawang2 tidak ketinggalan..tapi bagi kami orang nogori bawang tidak digunakan sebab lemak santan sudah cukup untuk melengkapkan rasa lemakmanis pada gulai daging. Lagipun sekiranya bawang dimasukkan, aroma bawang yang kuat akan menjejaskan rasa gulai lemak cili api....itu bagi pendapat akak lah sebab itu yang akak pelajari dari nenek dan mak akak...gulai lemak cili api ni hidangan wajib hari-hari semasa akak kecil2 dulu...sekarang tidaklah sebab suami akak bukan orang nogori...Hanya kalau ayam dan daging, serai ialah bahan tambahan yang wajib dimasukkan tetapi bukan untuk ikan ya..... okeh layan je resepi di bawah ni...semalam akak makan bertambah2...sebab dah lama tak menggulai macam ni...teringat pulak maso kecik2 dulu..berasap telinga makan gulai lemak cili api nihhh.....



Bahan-bahan:

1 kilo daging lembu ( akak guna daging rusa)
11/2 biji kelapa parut
20 ulas cili api hijau & merah
2 sm kunyit hidup
4 batang serai
6 biji kentang
2 keping asam
2 st garam kasar

Langkah-langkah membuat:

1. Bersihkan daging dan potong lebar dan nipis. Basuh dan toskan.
2. Tumbuk kunyit hidup sampai hancur dan bubuh cili sedikit2 dan tumbuk hingga lumat.
3. Perah kelapa dengan air sedikit2 sehingga mencukupi menutup daging dalam periuk.
4. Titik serai dan masukkan ke dalam periuk bersama cili tumbuk tadi.
5. Letakkan di atas dapur, besarkan api hingga gulai mula menggelegak. Kacau sekejap.
6. Perlahankan api. Biarkan gulai merenih perlahan. Jangan kacau. Biarkan 8 minit.
7. Masukkan kentang yang telah dibelah 4 dan masak hingga empuk.
8. Masukkan garam dan asam akhir sekali. Masakkan sekejap dan rasa garam asamnya.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


Catatan:

1. Pastikan kelapa diperah dengan air yang sedikit untuk dapatkan santan pekat.
2. Masukkan garam dan asam akhir sekali untuk memastikan lada dimasak dahulu. Kalau lada masak dengan elok , pedas pun tak sakit perut.

Rasa gulai yang seimbang dari segi lemak, garam dan asamnya adalah faktor utama untuk memastikan gulai lemak cili api ni sodapppp.....cuba ya...

3 ulasan:

  1. wahh enaknya.... bikin lapar

    http://templatemanis.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Hello jujuk... memang enak..mekasih ya sudi ke mari...

    BalasPadam
  3. ini memang masak lomak n9 yang asli...tak bubuh bawang...lagi pedas...lagi umphh..

    BalasPadam