Selasa, 9 Ogos 2011

KUIH KOLE KACANG


Berjumpa kita di Ramadhan 10. Mesti sedang memikirkan nak masak ni weh...ni kole kacang buat pagi tadi . Inilah pertama kali buat . Rujuk resepi Che iza (my resepi). Rasenya tentu sedap sebab banyak tahi minyak tu.. Kalau akak suka makan kole kacang yang pejal sikit dan banyak tahi minyak...buka puasa nanti baru boleh test. Apapun terimakasih kepada empunya resepi ya..lain kali boleh cuba lagi...layan resepi ..


sumber : che'iza (my resepi)

Bahan-bahan :

  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap..




SELAMAT BERBUKA PUASA

Khamis, 4 Ogos 2011

Makaroni Bakar ( Resepi Pilihan Diana)


Assalamualaikum.....meh kita tukar2 selera di bulan Ramadhan...kadang2 nak masak untuk jadi masalah juga nak bagi diorang seronok nak bersahur.. untuk warga umah akak ni kalau kena masakan macam ni ok je..tak de soal jawab....lesap semuanya. Tapi untuk selera makayahnya bukanlah ini...tetap nasi dan lauk. Pernah akak entry sebelum ni..cuba tengok di s .Kali ni akak buat dalam cup foil yang kecil..kecil2 pun besar juge..kenyang makan. Resepi asal akak cedok dari Resepi Pilihan Diana. Memang resepi ni sedap dan ramai yang memuji. Kredit untuk Diana. akak dah tak dapat jejak blog Diana lagi..puas dah cuba tapi tak jumpa2..apapun terimakasih Diana yang tinggal di Singapura. okeh layan resepi ni..



Bahan A:
Makaroni 500gm
Cheese Mozarella 250gm

Bahan B:
Sos Daging
500 gm daging kisar
1 tin cendawan butang
2-3 tin sos spaghetti Prego (Campbells)
2 labu bawang besar holland ( dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
8 ulas lada merah Thai
2 sb minyak masak
garam

Bahan C:
Sos Cheese
250 gm cheese Cheddar
600ml susu segar
3 sb tpung gandum
4 sb butter
4 sb lada hitam cincang

Langkah-langkah membuat :
  1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi.
  3. Masukkan sos Preggo dan air. Kalau 3 tin sos , airnya pun 3 tin. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging kisar dan masakkan hingga pekat.
  5. Masukkan cendawan, garam dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api.
  6. Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.
  7. Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel.
  8. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api.
  9. Masukkan susu segar dan tambah air 300 ml.
  10. Masakkan hingga pekat dan berkilat.
  11. Masukkan lada hitam. Tutup api.
  12. Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni dan sos cheese. Ulang balik . Pastikan lapisan atas ialah sos cheese.
  13. Parut keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Tabur serbuk basil .
  14. Bakar dengan suhu 180 selama 45 -50 minutes.
  15. Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.
  16. Hidangkan dengan sos chili.



~ Selamat Berbuka Puasa ~

Rabu, 3 Ogos 2011

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Hari ke 4 kita berpuasa. Macamana dengan hidangan berbuka. Jangan pening2 ya ..masak je macam biasa, hanya mungkin kena tambah sikit pencuci mulut kuih atau puding. Semalam akak akak buat puding laici untuk bekal anak balik belajar. Pernah buat tengok sini . Akak ubah suai sikit untuk jangan berdangdut sangat sebab nak potong2, senang nak agih2 kan dengan kekawannya. Cuba tengok resepi di bawah ni... Resepi asal dari Hanieliza Cooking. Terimakasih kak Liza sebab ini adalah puding peberet akak dan anak2 ..dahlah senang nak buat sedap pulak..sesiapa cuba mesti jadi punya..Insyaallah.


Bahan-Bahan:

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 ting Laici (resepi asal 2 tin)

Langkah membuat:
1. Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula.
2. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan. Hampir beku, susun laici di atas permukaan puding.
4. Sejukkan di dalam peti.


Versi ni akak dah ubah sebab mudah potong dan pegang agar-agar ni. Tapi kalau nak makan dalam bekas kecil2, masukkan je 2 tin laici, lagilah sedaplah weh...makan dengan sudu. Cuba ya baru tau...


Isnin, 1 Ogos 2011

Puding Marble Roti

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Puding Marble 1

Harap kita semua telah menunaikan puasa pada hari ini dengan sempurnanya. Semoga kita diberikanNya tubuh badan dan mental yang sihat untuk meneruskan dan menggandakan amalan yang dituntut di bulan Ramadhan. Di samping itu mari kita berkongsi resepi untuk berbuka puasa. Sesuai dengan cuaca panas terik, puding adalah satu juadah yang sangat sesuai untuk dinikmati selepas seharian kita menahan dahaga. Untuk puding ini, akak pernah buat sekali tapi hari ni akak buat untuk kali kedua menggunakan resepi Hana . Mula2 buat warna-warni di atas. Lepas tu , buat pula adunan ke2 bubuh koko. Bagi tekak akak ni, lebih suka yang berkoko. Tapi terpulang pada citarasa masing-masing. Pada Hana, akak copypaste je resepinya tu..halalkan ya Hana..sesiapa nak tengok puding cantik pi jenguk umah Hana tu.. Akak buat 2 adunan ni, dan diagih2kan..harap2 diorang suka dengan puding cantik ni...ok jum tengok resepi.


Puding Marble 2

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



Buat puding senang bangat...hanya kena cepat semasa memasukkan ke dalam loyang sebab adunan cepat beku..untuk yang tak nak manis, kurangkan sukatan gula atau susu pekat. Selamat berpuasa & berbuka puasa.

Sabtu, 30 Julai 2011

APAM BLOSSOM / DOT-DOT

Salam semua. Tingggal sehari lagi Ramadhan Almubarak menjelma lagi..moga kita semua mendapat petunjukNya untuk terus melipat gandakan amalan baik di bulan mulia ini. Dalam pada itu akak harap kesempatan untuk terus berblog dan berkongsi resepi akan terus berpanjangan. Insyaallah. Oklah resepi apam blossom ni dah lama akak simpan, baru hari ni dapat dicuba . Terimakasih kepada AMFLORA yang memang mahir membuat apam ni. Akak ikut 100 % langkah membuat apam ni sbb takut tak menjadi. Banyak versi apam ni yang dipanggil apam dot-dot. Bukannya benda baru pada blogger masakan tapi bagi akak ni 1st time cuba, alhamdullillah menjadik terus.Terimakasih pada AmFlora. Halalkan akak dah copy&paste resepinya ya. Lain kali kalau berkesempatan nak try versi yang lain pula. layan resepi di bawah ....jum.


Apam Blossom

APAM BLOSSOM

Sumber : (AM FLORA )

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus -
150gm susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) ( akak guna kaya)
Pewarna


Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari

3. Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .

4. Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.

(air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih)

Nota : api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah


Selamat mencuba!

Jumaat, 22 Julai 2011

CHOC CHIP MUFFIN

Assalamualaikum


Muffin ni akak buat untuk anak yang sedang dalam bus ke Dungun malam ni jam 10 p.m. Balik belajar semula selepas cuti seminggu..ini atas permintaanya sendiri kerana kebetulan semasa dia baru sampai seminggu lepas, muffin ni baru masak...katanya sedap melekat2 kat tekaknya semasa dia makan...petang tadi akak gagah jugalah menggodek untuknya walaupun badan ni penat tahap gaban. Muffin ni lebih kurang muffin2 choc chip yang lain juga..tapi sejujurnya ingat2 lupa kat mane akak tersalin resepi ni...rasa2nya dari resepi Nigella... tak pelah nanti kalau jumpa akak link semula...tengok resepi dulu.




Bahan Kering:
13/4 cawan tepung gandum
2 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
2 sb serbuk koko
3/4 gula castor
3/4 choc chip + 1/4 untuk tabur atas
Bahan Basah:
1 cawan susu segar
1/3 cawan minyak sayur + 2 st minyak
1 telur A
1 st vanilla

Langkah -langkah membuat:

Campurkan bahan-bahan kering dan gaul rata. Di dalam mangkuk lain campurkan pula minyak. susu, telur dan vanilla Kacau. Masukkan ke dalam bahan kering tadi dan kacau sebati menggunakan whisk sahaja. Sudukan ke dalam cup muffin dan tabur choc chip di atasnya. Bakar dengan suhu 180 C selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan. Biarkan semalaman, muffin lebih nampak menarik .


Tekstur muffin ni lembap didalamnya sebab kandungan choc chip. Semasa mengacau dengan whisk, jangan lama sangat. Asal sebati cukup untuk memastikan kegebuan muffin !

Khamis, 21 Julai 2011

KEK COKLAT SEGERA

Assalamualaikum

Dari petang semalam teringin nak makan kek coklat berganache nak makan yang sedap tapi mudah nak buat, kalau boleh semuanya nak cepat .Masa akak jejalan, termasuk umah LG Salam Dua Benua. Terjumpa resepi ni...tengok sekali lalu mudah je nak buat ...yang penting bahan2 memang ada. Malam tadi akak pun godeklah mengikut resepi LG ni.. Kalau nak detail masuk je ke salam dua benua
Kepada LG , izinkan akak copy paste ya...bukannya apa semalam pun dah silap salin . Air panas sepatutnya 1/2 cawan je tapi akak dah bantai 1 cawan...patutlah kek akak ni terlebih padat....tapi yang penting sedap aja tambah dimakan dengan ganache tu...tengok resepi bawah ni...



KEK COKLAT

Sumber - SALAM DUA BENUA

· 1/2 cawan gula perang (brown sugar)

· 1/2cawan susu pekat

· 1 cawan tepung gandum

· 1/2 cawan sebuk koko

· 1/2 cawan minyak masak/ minyak jagung (I used canola oil)

· 1/2 cawan fresh milk

· 1 biji telur (59g/gred A)

· 1/2 sudu teh baking powder

· 1/2 sudu teh esen vanila

1/2 cawan air panas (I used boiling water)

Masukkan semua bahan-bahan kecuali air panas. Kacau rata. Masukkan akhir sekali air panas dan spin hingga sebati. Masukkan ke dalam peti tin yang dialasdan bakar dalam suhu 160 C selama 50 minit. Hias dengan coklat ganache dan taburkan choclate chip atau apa sahaja.

Coklat Ganache: (versi sendiri)

200 gram bittersweet coklat
70 ml susu segar.

Panaskan susu segar dan tuangkan ke dalam coklat yang telah dipotong kecil. Gunakan whisk untuk sebatikan coklat dan susu. Tuangkan atas kek dan hias.


Selamat mencuba. Kek ini teksturnya padat sedikit sebab kurang penggunaan baking powder dan telur. Tapi kek ni lembap dan basah2 di tekak semasa memakannya....hmmmmm sedap je..

Isnin, 18 Julai 2011

KEK MANGKUK BIDADARI


Lamanya tak mengupdate blog ni. Sebenarnya blog ni buat hal sejak kebelakangan ni dari segi setting. Tiba-tiba malam tadi dapat pulak akak sign in...selepas gagal beberapa kalil..tak taulah kat mane terkucilnya..agaknya sbb jarang nak ngadap blog sendiri tu lah pada padahnya. Apapun bersyukurlah blog masih boleh hari ni...okeh kita kongsi satu resepi yang akak baru je buat ni...cupcakes bidadari yang diperolehi dari buku resepi Amelia Mustafa - Kek Di Hari Lebaran .. terbitan tahun 1999.




KEK MANGKUK BIDADARI

Bahan=ba
hannya:
Rujukan: Amelia Mustaffa (Kek Dihari Lembaran, 1999)

150 gram mentega
3/4 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh jus limau
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan sultana/ choc chip

Langkah-langkah membuat:

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C
2. Putar mentega dan gula castor hingga berkrim
3. Masukkan telur dan putar lagi.
4. Masukkan esen dan jus serta diikuti dengan tepung naik sendiri.
5. Selangi dengan memasukkan susu segar hingga habis.
6 Kacau dan gaul hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan choc chip atau sultana.
8. Tuang ke dalam mangkuk kertas dan bakar 20-25 minit.
9. Uji kek dengan cucukkan lidi. Kalau lidi bersih kek telah masak.





Akak gunakan tepung gandum menggantikan tepung naik sendiri. Tapi tambah baking powder. 1 cawan tepung tambah 1 susu teh baking powder. Susu segar boleh diganti dengan susu cair dalam tin.. Kek ini kalau menggunakan tepung naik sendiri lebih cantik dan gebu kerana tepung jenis ini mengandungi jumlah agen penaik yang betul sukatannya dan telah disebatikan dengan tepung .. tapi kalau tak de stok boleh aja guna tepung cap sauh....selamat mencuba..

Ahad, 10 Julai 2011

Kuih Abuk-Abuk ( Edit Semula )


Kuih Abuk-abuk sejenis kuih menggunakan sagu biji dan dicampur dengan kelapa putih. Sesuai sangat untuk dimakan berbuka puasa. Kalau disejukkan lagilah sedapnya. Dulu pernah akak entry sekali disini. Tapi kali akak cuba bungkus macam kuih koci. Macam ni pulak jadinya..apapun yang penting rasenya sedap...okeh jum layan resepi di bawah ya...





Bahan-bahan :



1 mangkuk sago
2 ketul gula kabung
2 sb gula pasir, kelapa putih
1 camt garam halus



langkah-langkah membuatnya:
1. Layur daun pisang dan potong 4 segi .
2. Basuh sago, rendamkan sekejap dan toskan.
3. Gula kabung dicincang halus dan campur gula pasir.
4. Campurkan sago dan kelapa muda tadi. Tambah garam.
5. Buat kelongsong seperti dalam gambar di atas.
6. Masukkan campuran sago tadi di bawah sekali
7. Masukkan pula campuran gula dan tutup semula dengan sago.
8. Semat kelongsong dengan lidi tajam seperti dalam gambar.
9. Kukus selama 20-30 minit.
10.Angkat. Makan panas atau sejuk..dua2 sedap..




SELAMAT MENCUBA KUIH MELAYU
DILUPA JANGAN,DIBUANG JANGAN
KALAU DIINGAT HATIKU SAYU
RAMADHAN TIBA, BARU DIMAKAN !





Cuba ya..kuih ni modalnya sikit je hanya tenaganya kena lebih sikit...bai jumpa lagi kita ....

Sabtu, 2 Julai 2011

Ayam Panggang Ala Oriental

Assalamualaikum


Baru-baru ni sempena hari Koperasi Sekolah, kami memanggang ayam untuk jualan . Sambutan ke atas ayam panggang membuat kami kelamkabut..dahlah memanggang atas bara api..huhhhhh..tapi cukup menyeronokkan. Idea nak memanggang ayam ni kawan akak yang bagi YUSHIDA...resepi ayam ni beliau yang beri nama oriental sebab bahan-bahan yang digunakan herba lama dan juga baru...respon dari kekawan amat menggalakkan.. dan ramailah yang meminta resepi .....percuma je...tapi ayam panggang kenalah bayar hihihi....ini kali ke2 akak bakar untuk makan2 sebab bakar pada hari koperasi seketui pun tak merasa...tengok resepi. Sukatannya anggarkan saja.... Akak tak berkesempatan nak tulis sukatan..bila2 free akak update semula...




Bahan-bahan : Ayam , bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dikisar dan dicampurkan dengan rempah ayam dan lada serbuk. Gaul dengan ayam dan bubuh garam, madu ( gula perang), sos tiram, sos lada hitam dan sos barbaque . Perap semalaman. Panggang atas bara api atau bakar dalam oven atau dalam pan. Hidang bersama dengan sos lada hitam.


Untuk sos lada hitamnya itu , masakkan sedikit air hingga mendidih. Masukkan sos lada hitam dan sos barbaque , garam dan masakkan hingga mendidih. Masukkan lada hitam serbuk kasar dan tepung jagung. Masakkan hingga pekat. Rasa garam. Hidangkan dengan ayam panggang dan daun salad. Jangan lupa nasi panas...atau selera anak-anak dah tentu kentang putar..

Ahad, 26 Jun 2011

Puding Tahu

Assalamualaikum

Puding Tahu

Apa khabar semua....Ramadhan hampir menjelma..rasanya puding tahu ni salah satu hidangan yang sesuai untuk berbuka. Tambah kalau hari panas... Akak pernah makan puding ni 2-3 tahun lepas. Kawan sekerja yang buat.. tapi sekarang dia dah pindah jauh. Tiba2 dalam blog Izah Daud, akak terjumpa resepi puding tahu ni....sumbernya dari K.nor Secubit Garam.. bestnya jumpa resepi lengkap ni...dulu tu akak tanye sambil lalu kat kawan akak tu cara nak buat.. dia main agak2 je katanya.. okeh sekarang baru jumpa resepi lengkap. Terimakasih kepada izah dan K.nor yang berkongsi resepi ..memang puding ni sedap ..makin ditelan , makin tak mau berhenti..manisnya pun manis2 buah... jum layan resepi..


Bahan-bahan :
Bahan A:
1 tin laici
11/2 - 2 tin laici air kosong


Bahan B:
18 gram agar-agar strip- rendam dan toskan
11/2 liter air
4 sb gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan C:
1 tin kecil susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan santan

Langkah-langkah membuat:
1. Masakkan bahan A kecuali buah laici. Sejukkan di dalam petiais. Ini untuk kuah puding .
2. Masakkan pula bahan B. Mula2 masakkan agar 2 dan air hingga agar2 hancur.
2. Masukkan gula dan daun pandan. Masakkan hingga gula itu larut.
3. Satukan bahan C dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam bahan A dan biarkan mendidih sekejap.
5. Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
6. Tapiskan semasa dimasukkan ke dalam acuan.
6. Simpan di dalam peti. Hidangkan bersama dengan kuah semasa memakannya.




Catatan:
* Jangan dimasukkan panas2 ke dalam acuan..nanti puding tak cantik..ini pesanan penaja..
* Boleh dibekukan didalam bekas kecil dan terus dihidangkan .
* Puding ni lemahlembut dan perlu dimakan dengan sudu.
* Puding ini sedap dimakan dengan kuah puding yang banyak. Selamat mencuba!

Rabu, 22 Jun 2011

Otak-otak Tauhu Pok


Assalammualaikum

Salam semua. Baru berkesempatan nak update blog..terimakasih pada semua yang masih menjenguk ke sini walaupun blog ni sepi seminggu dua ni.. Kadang2 memang ada masa menjenguk blog dan merayau2 ke blog2 member tapi tak sempat nak bercerita diblog sendiri.. apapun hari ni akak telah mencuba resepi tahu. Akak jalan2 umah AYU nampak kat dapurnya tu otak2 taufu pok ni. Akak memang penggemar tahu, dari kecik lagi sampai sekarang tak jemu2. Satu sebab , minat sangat nak cuba resepi ni...ikut kata ayu, sumbernya dari Puan Rose. Kepada Puan Rose dan Ayu, terimakasih sharing this resepi. Pada Ayu, akak minta halal sebab copypaste je ni resepi...sebab tak sempat nak mengarang ni...apapun jum tengok resepinya..



Otak -Otak Tauhu Pok
Sources:-From Puan Ros@Sinaranmenu.blogspot.com


Bahan-bahannya
* 15 keping taufu pok(2 Paket)-(Ayu gunakan 1 packet dalam 10 keping)
* 1/2 packet tauhu lembut-(Ayu gunakan 1 tube)
* 200 grm minced chicken(boleh diganti dgn isi udang atau ikan)-(Ayu gantikan dengan isi udang dipotong dadu)
* 1 biji telur
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia-(Ayu gunakan 1 hiris nipis saja)
* 3 keping kecil potongan lengkuas-(Ayu gunakan 1 hiris nipis saja)
* 3 batang serai-(Ayu gunakan 2 batang serai)
* 1 biji cili merah (boleh masuk cili padi)-(Ayu gunakan cili padi dalam 20 biji..hehe)
* beberapa batang daun kesum(Sebanyak mana yg disukai dan ambil daunnya saja)
* Lebih kurang 100 ml santan pekat (P.Ros guna santan kotak)-(Ayu gunakan dalam 3-4 sudu makan)
* Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak masak dan tumis bahan * yang telah dimesin sampai terbit bau dan masukkan santan.Biarkan diatas apa sederhana sehingga mendidih.Masukkan juga garam dan gula secukup rasa .Angkat dan sejukkan.-(Ayu masukkan tauhu lembut, udang dan gaul, dah angkat baru gaul dengan telur)
2- Bila bahan rempah telah sejuk,masukkan tauhu lembut yang telah di lecek halus kedalamnya dan kacau rata.Masukkan pula minced chicken dan telur.kacau hingga semua bahan sebati.
3- Ambil sebiji tauhu dan gunting sedikit bahagian atasnya serta korek keluar sedikit bahagian dalam tauhu.Bahagian dalam tauhu yang bewarna putih boleh dicampur kedalam bahan inti tadi jika mahu.
4- Masukkan bahan inti kedalam lubang tauhu dengan mengunakan sudu kecil.masukkan dalm 2 1/2 ke 3 sudu dan ratakan bahagian atasnya.Letakkan sehelai daun kesum jika suka.
5- Panaskan kukusan dan kukus taufu pok selama lebih kurang 10 ke 15 minit.Angkat dan hidangkan semasa panas.




Selain dikukus, akak goreng tahu ni...boleh tahan juga sedapnya..lebih crispy. Tapi untuk jaga kesihatan eloklah dikukus..tapi ngape versi akak ni tak secantik depa punya...huhuhu...kenalah buat lagi ni...nak bagi cantik supaya sedap mata memandang, bukan sekadar sedap makan...hmmmm cuba ye terutama peminat tahu...memang sedappppp...

Rabu, 15 Jun 2011

Almond Apple Cake - 1001 resepi

Assallamualaikum


Cake ni dimasak 2 hari lepas. Akak nak buat pai epal asalnya, tapi tgk apple hijau tinggal sebiji... apple merah yang banyak, jadilah cake ni pulak...akak pi round2 umah kkida yang blognya 1001 resepi. Memang banyak resepi kkida ni...syok tengok.. resepi di bawah ni sukatannya sikit je tapi keknya tu boleh tahan besarnya....sampai akak boleh bawak keje bagi geng makan. Pada kkida thanks ya. Akak copypaste je resepinya ni...tak larat ni sbb selsema baru menyerang....nak lelap dah ni....apapun kek ni gebus dan sedap sebab ada almond tu haa....try tengok.



resepinya
125g butter
2/3 cup castor sugar
2 eggs
1/2 cup self-raising flour
1/2 cup plain flour
1/3 cup milk
1 apple, grated
1/4 cup slivered almonds

cara
1.cream butter and sugar until light and fluffy.
2.beat in eggs one at a time, beat until combined.
3.stir in half the sifted flours with half the milk, then the remaining flour and milk. spread into prepared pan,
4. sprinkle with apple and almonds, bake for about 45 minutes at 180C.



Isnin, 13 Jun 2011

Sotong Kapitan

Assalamualaikum

Nak kongsi masakan laut. Sotong Kapitan ni akak tengok resepi dalam buku Masakan Laut keluaran Krangkraf yang disemak oleh Chef Norzailina Nordin. Ramai yang kenal dengan Chef ni. Boleh tahan buku ni. Dah lama beli tapi cuti baru ni baru menyelak2...kebetulan ada sotong .... cubalah masakan ni...lain sikitlah sebab ada bunga kantan yang dikisar bersama. Rasanya pun lain dari selalu akak masak ..sambal sotong....Tak rugi cuba resepi ni...memang sedap ...licin dimakan oleh 2 orang anak yang ada diumah..Ahmad siap hidang nasinya sendiri seperti di bawah.... Ahmad ni memang suka makan sayur mentah2 tapi baby salad ni je la...yang lain tolak tepi...ni pun akak bersyukur nak juga makan sayur hijau...ok layan resepi...



Nasi Ahmad



Bahan-bahan:

5 ekor sotong
6 kuntum brokoli
10 biji cili merah
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang bunga kantan
2 biji bawang merah
1 biji cili benggala merah
garam, gula secukup rasa
minyak masak

Langkah-langkah membuat:

1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat-bulat.
2. Kisar cili merah, bawang besar, bawang putih dan bunga kantan.
3. Bawang merah dan cili benggala potong dadu.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
5. Masukkan sotong, bawang merah lada benggala dan brokoli.
6. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sotong masak.
7. Tutup api dan hidang bersama nasi panas.


Sotong Kapitan

Ahad, 12 Jun 2011

Daging Ayam Rangup

Assalamualaikum


Mood dah nak hilang ni....esok mula keje dua alam balik...kerja umah dan kerja makan gaji..aduhai dah tersedap cuti 2 minggu walaupun cuti yang memanjang sibuk tapi dalam suasana yang berbeza...sibuk di tempat kerja dan sibuk diumah memang lain....camne pun nak kongsi juge tentang isi ayam yang akak masak semalam.. anak2 kalau ayam tinggal daging sesaja memang kurang laku kalau dimasak kari atau apa2 je.. tapi kalau dimasak macam ni pantang jumpa la nampaknya...sebab tu kalau membersihkan ayam, akak akan asingkan bahagian daging dan bahagian bertulang. Daging ayam boleh dimasak macam ni . dahlah senang , laku dimakan....



Senang je nak buat, daging ayam dipotong nipis dan lebar. Gaul dengan garam. Pecahkan telur dan kacau. Masukkan ke dalam daging ayam dan gaul. Celupkan ke dalam serbuk roti dan gorengkan dalam minyak yang panas. Setelah ayam dimasukkan, perlahankan api. Goreng sehingga garing. Sedap dimakan begitu saja dengan sos cili. Memang laku kalau anak2 suka makan ayam goreng macam ni. Bahannya senang je.. agak2 je sebab tu akak tak tulis secara rutin resepi ni yaa....okay jumpa kita esok insyaallah.

Sabtu, 11 Jun 2011

UMMI..UMMI....Tahniah !




Assalamualaikum

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Baru dapat mengadap labtop ni . Akak sampai umah pukul 11.30 p.m dari Kuantan menghantar anak...mata tak ngantuk pulak sebab pekena kopi dan tengok movie..best jugak cite ala2 James Bond ni...jarang dapat macam ni selalu. Sambil2 tu on labtop pi merayau-rayau ....jumpa ni kat umah ummi...tak perlu akak cite sape ummi. Untuk Ummi setinggi-tinggi tahniah untukmu dan ucapan terimakasih juga dari akak yang selalu skodeng resepi dari rumah ummi dan akak kagum sebab dalam kesibukkan berkerja diumah dan dipejabat, blognya tidak terabai...malah selalu menjadi perangsang pada akak yang selalu terbabas untuk mengupdate blog Cooking Time. Apapun Ummi sebagai tanda sokongan dan terimakasih akak, ni akak entry khas untukmu malam ni...eh dah pagi ni...okeh jumpa lagi !.

Rabu, 8 Jun 2011

~ Sayur Goreng Rampai ~

Asalamualaikum

sayur goreng rampai


Dah makan tengahari ke? Ni akak nak kongsi rezeki kami tadi...baru habis makan...dan pinggan sayur ni pun dah kosong tinggal kuahnya je....hari ni akak goreng sayur resepi lain sikit dari kebiasaannya...selalunya akak masak sayur memang very simple...tumis bawang putih , bubuh garam and sayur. Tidak guna perasa atau bahan-bahan tambahan lain kecuali lada besar.. konon untuk makanan sihat...tapi jemu juge makan yang sama ...masaknya pun jemu.. okeh hari ni tukar sikitla....tapi berbaloi juge sebab nampak laju je sayur ni dimakan...sodaplah tuuu....layan resepi di bawah..


Bahan -bahan :

1 ikat sayur hijau
4 keping sayur kobi
2 batang daun bawang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang lada merah besar
2 camt sos tiram
1 camt perasa ayam knorr
1 camt lada sulah
1 camt garam halus
2 camb minyak sayur

Langkah-langkah membuat:

1. Bersihkan sayur dan potong ikut suka.
2. Cincang bawang putih, potong memanjang bawang besar dan lada merah.
3. Panaskan minyak , goreng dahulu bawang merah dan angkat untuk tabur kemudian.
4. Masukkan bawang putih cincang dan goreng hingga wangi. Masukkan bawang besar.
5. Masukkan perasa ayam, sos tiram, lada sulah dan garam. Bubuh sedikit air.
6. Akhir sekali masukkan sayuran tadi bersama lada dan goreng sebentar.
7. Rasa garam dan angkat . Hidang panas-panas dengan nasi putih.


Jangan lupa tabur bawang goreng....kalau tak suka...abaikan nota ini....
......Selamat mencuba......