Isnin, 22 Februari 2010

Daun Maman. pahit ke?

Daun Maman...pahit-pahit buah kepayang..makin pahit makin kutelan...
Gulai Maman & Senangin

Maman segar

Sedap ke? soalan yang selalu ditanya kalau menggulai daun maman..bukan semua orang suka.....
Kenal ke daun maman..untuk mereka yang seusiaku .Maman bukan benda yang pelik, tapi untuk generasiku dan orang muda sekarang daun maman tak masuk dalam kamus makanan diaorang. Daun maman sejenis sayur kampung yang tumbuh di tanah yang berpasir dan gembur...Kalau masa kecilku , arwah wan akan menyemai benih maman selepas membakar kayukayan di kebun..Tumbuh subur tanpa dibaja. Maman boleh dibuat jeruk dan dimakan dengan bawang mentah dan nasi panas atau digulai seperti ini..dua2 ni sedap ......





Ikan senangin


Langkah 1

Bersihkan daun maman, tumbuk kunyit dan cili sampai ceruh (lumat) dan perah kelapa. Masa perah kelapa tinggalkan semangkuk kecil pati santan untuk dimasukkan akhir sekali nanti.







Langkah 2


Campurkan ikan, cilitumbuk, santan dan asam keping ke dalam periuk. Jerangkan sehingga menggelegak (seperti dalam gambar). Perlahankan api dan kacau perlahan-lahan sekejap dan biarkan gulai mendidih perlahan-lahan di atas dapur.





Langkah 3


Masukkan daun maman segar dan kacau sebentar . Tidak perlu dikacau kerap.Gulai tidak enak kalau asyik dikacau..boleh menyebabkan pecah minyak..



Langkah 5

Akhir sekali masukkan pati santan yang telah diasingkan tadi. Fungsi pati ini untuk mengimbangi semula rasa kuah tadi..semasa proses menggulai, santan telah menjadi cair disebabkan air ikan dan air maman tadi..Untuk mengembalikan pekat santan tadi perlu dimasukkan sedikit santan pekat akhir sekali.. dan jerang sekejap.Tutup api . Gulai akan menjadi lebih sedap.





Gulai lemak ciliapi



Senangin dan daun maman






Gulai dah siap untuk dimakan. Rajin mencuba sila copy je resepi di bawah..jumm.....





Gulai ikan senangin & maman
ikan senangin - 4 kepin
cili api - 15 ulas
kunyit hidup - 2cm
kelapa parut - 1 biji
asam keping - 3 keping
daun maman - 1 ikat



anda perlu mencuba gulai maman disebabkan khasiat yang terkandung dalam daun maman.. baik untuk kesihatan dan juga untuk kaum wanita....cuba jangan tak cuba !




2 ulasan:

  1. salam kak nor

    saya suka makan gulai mamam...sedap lemak dan pahit2. saya pernah buat n3 pasal gulai maman ni. Sedap juga kalau maman dimasak bersama rendan g ayamkan. yang mengajar buat maman ni mak busu saya yg berasal dari kuala pilah. Utk pengetahuan akak maman berasal dari kemaman banyak di tanam di sana pd suatu waktu dahulu dan kemaman mendapat nama asal dari pokok maman. Betul ke ni. Itulah informasi yg saya baca

    BalasPadam
  2. salam mama voque...
    untung sesiapa yg suka makan maman sebab ramai yg tak suka / tak pernah makan maman..hilang satu nikamt dunia hehehee..kalau kita buat rendag cmpur ayam pun sodapp..mak busu zura tu lagi ariff ni..maman berasal dari kemaman ..baru tau ni..logik juge namanya maman ..

    BalasPadam