~ salam sejahtera ~
Hari sabtu lepas, akak kena dera memasak hidangan mempelai..selalu akak tolong je tapi hari tu akak pulak jadi kepalanya..harubiru jugelah sebab bukannya pandai pun hiasmenghias pengantin ni tapi memasak tu bolehlah ..tibai2 je tapi berpandu juge pada resepi..kawan punya pasal tak sampai hati nak tolak mentah2..So hari tu overtimelah memasak lepas subuh hingga 15 minit pukul 12 tengahari siap...dari dessert hinggalah ke air pengantin kena fikir sendiri ...selepas bertungkus lumus dengan 3 orang kawan yang sama2 buta huruf tentang hiasmenghias ni akhirnya siap juga ...hentam je la labi....
~ Peach Mirror Pudding ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang akak nak kongsi hanya puding peach ni je..inipun bukan untuk hidangan pengantin..akak buat semula malam tadi untuk bagi pada yang membantu memasak pada hari tu...untuk pengantin letak dalam gelas berkaki..takkan dalam plastik macam ni..apa yang nak akak kongsi ialah memang senang buat puding ni ..akak dpt resepi ni dari rumah ummi - home sweet home - yang glamour tu... terimakasih ummi ye..hanya akak ubah sikiittt jee...jum tengok resepi..layan
~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan lapisan bawah :
300 ml air
150 ml jus peach
450 ml susu segar
150 gmgula pasir ( kak kurangkan jadi 120gm)
30 gm instant jelly ( guna nona )
40 gm tepung kastard
2 kuning telur
2 st esen vanilla
langkah membuat:
- Campurkan semua bahan-bahan di atas, kacau dan jerangkan. Eloknya tepung custard dibancuh dengan susu dahulu sebelum dicampurkan dalam bahan tersebut untuk mengelakkan bergentel.
- Kacau hingga pekat selama 10 minit.
- Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibilas terlebih dahulu.
- Sejukkan hingga beku dan susun buah peach di atasnya.
Bahan-bahan lapisan atas :
650 ml air + jus peach kalau ada lebih.60 gm gula ( akak guna 30 gm je )25 gm instant jelly ( akak guna 90gm jelly nona-1paket) dan pewarna kuning.
Langkah membuat:
- Masakkan semuanya di atas api hingga mendidih.
- Masukkan perlahan-lahan di atas lapisan bawah dan peach tadi perlahan-lahan.
- Sejukkan di dalam peti.
- Puding ni memang menggunakan sudu bila nak makan.
Selamat mencuba, jelly tu memang tak mengeras macam agar-agar ..macam cermin je ..patutllah dipanggil Peach Mirror Puding..memang sesuai untuk hidangan pengantin.. cantik di pandang , sedap juga...bolehlah dicuba ya...bai2 jumpe lagi !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan