Rabu, 16 Mac 2011

Double Choc Muffin



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita...lama tul akak ni pancit..hehee.. sampai tak reti dah nak tulis apa ni...ditambah pulak ngan komputer error ni..hancussss... apapun akak nak sharing ni muffin yang sodap ni...buatnya dah 1 minggu lebeh..baru nak entry ni...resepi ni kekawan semua boleh rujuk kat UMMI - Home Sweet Home - Pada UMMI , akak copy paste ok..tak sempat nak taip semula ....terimakasih pada UMMI sharing muffin ni. Sebab yogurt tu agaknya muffin naik membukit...tapi i likeeee...Muffin naik membukit ni bagi akak sempurna sekali...okeh...kekawan cuba ya..mesti jadi punya...tengok resepi UMMI ni...


Double Choc Muffin

Double Choc Muffin
Bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula perang (resepi asal gula kastor, so kurang manis sikit)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 100 gm mentega, dicairkan
  • 1 biji telor
  • 3/4 cawan yogurt plain
  • 1/2 cawan susu coklat (resepi asal susu putih)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan choc chips (*ummi out of stock, letak choc rice je)


    1. Cara Membuat:-
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula.
  3. Pukul telor dan esen vanila, masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
  4. Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (*ummi guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
  5. Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
  6. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
  7. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih.



    Selamat Mencuba...jumpa kita lagi...bai2...muahhh...

5 ulasan:

  1. salam k.Nor...waahh memafin sakan minggu nih eh...terliur la pulak tgk..kalau buat sendiri, tengok pun biasa2 jek..hahahaha, bila org buat, rasa nak je kan..

    BalasPadam
  2. tliur tengok muffin yg menggunung tu...:)

    BalasPadam
  3. salam ziarah...wahh tergodanyerrr mesti mabelesss muffin nie...i'll try later..mintak izin share resepi ye...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Salam ziarah...sedapnya muffin..ada tinggal utk Kak Lin x?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum .

    ummi,
    akak memang suka buat muffin and apam..suka tengok naik mcm bukit tu hehehe...tapi makan tengok2 juge..kena pilih2 skit...kalau manis..selalunya akk tak boleh makan...

    teratai,
    buat lah ya..senang bangat...

    shas,
    resepi kat umh akk ni senang2 je...kalau susah akak tak nak buat juge..hehehe..cuba tau...

    LinRosly,
    cuba ya..senang sangat...kalau duduk sini akak rela tolong buatkan hehheee

    BalasPadam