Isnin, 4 April 2011

CLASSIC CUP CAKES

Assaamualaikum dan Salam Sejahtera




Classic Cupcakes



Classic cup cakes ni memang boleh dicuba sebab rasanya memang sedap...lembap dan lembut. Akak jumpa kat blog AYU ( Singapura ). Ayu , terimakasih ya sharing this receipe...akak selalu skodeng blog dia ni..macam2 kek ada..menarik ...cuba tgk sini..AYU . Okeh, layan je resepi di bawah ni...





Bahan-bahan:



170 gram butter

2 cawan gula castor ( 11/2 cwn kalau tak nak manis)

3 telur A

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar baking soda

85 gram serbuk koko 1

1/2 cawan susu segar

2 sudu teh vanilla



Langkah-langkah membuat :



    1.Pukul butter hingga lembut dan licin.


    2.Masukkan gula dan putar lagi hingga berkrim.


    3.Masukkan telur sebiji2 dan putar lagi hingga kembang.


    4.Tepung, koko dan soda bikarbionat di tapis .


    5.Masukkan tepung 1/3 dari bahan tepung ke dalam adunan butter dan pukul. 6.Masukkan 1/2 dari susu segar tadi dan pukul sebati.


    7.Ulang sampai habis bergilir-gilir bahan basah dan kering.Akhir sekali tepung.


    8.Sendukkan ke dalam cupcakes 3/4 penuh.


    9.Bakar dengan suhu 170 selama 25-30 minit.


    Selamat mencuba......







    6 ulasan:

    1. Assalam kak Nor,
      waduh..dah jadi dah ya classic chocolate cupcake ni..oh akak tak letak frostingnya tu..kalau letak lagi sedap ..heheh..apa2 pun harap kena dengan selera akak & family ya..thanks sudi cuba juga..

      BalasPadam
    2. Nampak lembut je cupcakes ni ye...mesti sedap nih...

      Btw, ada award untuk Nor di blog mama. Sudi-sudikanlah kalau ada kelapangan ye.

      http://mamafami.blogspot.com/2011/04/cutie-strawberry-rolls.html

      BalasPadam
    3. Salam kak Nor,
      Gebunya cc akak tu.. Mesti rasanya pun sedap.. Kalau makan bnyk2 ni mesti badan Naz pun gebu kan heheheee...

      BalasPadam
    4. Mimi, kalau buat muffin or c.cakes tak gebus gebas mcm tak sah jee...kan..

      Sari, apa khabar...cuba ya..sedap ni..

      Waalaikumsallam Ayu, tak smpt letak frosting tu teringin juge tgk ayu punye tu..nanti cuba lagi terimkasih ke sini ya..

      Salam MamaFami, terimaksih sudi bagi award kat akak....insyaallah akak pegi ambik nanti..terimaksih juge ke mari..datang lagi ya

      salam Naz, sedap tu mmg sedap ..makan seketui dua pun dah rasa puas...nak tgk yang lebih cantik pegi blog Ayu ya...

      BalasPadam