Jumaat, 3 Disember 2010
~ Ayam Sos Lada hitam ~
Rabu, 1 Disember 2010
Apam Mekar ~ Mekar Setaman ~
Apam lagi..ni apam mekar yang tak boleh nak menidakkan kemekaranya...ibarat bunga kembang setaman bila dah cukup 15 minit dikukus..ada yg tak sempat ...10 minit dah masak..tgk api kukusan tu. Apam ni hasil demo petang semalam...bukannya nak mendemo apam ni tapi demo kukusan yg akak selalu guna..yg bestnya bila buat demo macam ni..syok tgk kekawan respons bila tgk apam mekar ni mengembang bila dibuka penutup kukusan "...aumm..oo...ye la..kembangnya apam ni.." apa lagi ..akak pun tambah rancak le promote hihi...tapi dalam hati dah berkata2 sblm tu..."kalau tak kembanglah apam ni..habisss le aku ! " Tapi alhamdulillah..apam ni tetap sporting ...tak pernah tak mekar sejak akak buat dari dulu...cuba tgk sini mula2 bikin apam ni. Sumber yang akak dapat mula2 duu dari dapur siapa lagi..ni ummi . Memang ramai yang buat apam ni dah. Sifu apam ni Hanieliza cooking tu. Terimakasih ya pada bloggers yang hebat ni...t.kasih sekali lagi .. Okeh jum layan resepi mudah ni tapi sangat disukai oleh anak-anak kecil .
- Putar gula, telur dan vanilla sehingga pekat dan kembang.
- Masukkan ovellete dan pukul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan susu segar selang seli dan putar sebati.
- Bahagi adunan dan warnakan ikut suka.
- Masukkan ke dalam acuan sesudu-sesudu
- Kukus selama 10 minit - 15 minit.
- Angkat dan makan panas-panas.
Apam Gula Hangus ~Senget~
- Buat gula hanugs. Masukkan gula dalam kuali dan goreng hingga perang. Masukkan air tadi dan butter. Kacau biar rata. Angkat dan sejukkan.
- Ayak tepung dan soda bikarbonat. Ketepikan.
- Putar 1/2 cawan gula dengan 3 biji telur tadi hingga kembang.
- Masukkan gula hangus tadi. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi.
- Masukkan santan / susu segar dan kacau pukul sebati.
- Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser.
- Masukkan dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Masak selama 10-15 minit.
- Setelah masak angkat. Hidangkan dengan kelapa atau begitu saja.
Catatan:
- Kalau guna acuan kecil, bubuh separuh sahaja . Kalau penuh apam jadi senget .
- Kalau guna acuan besar mengambil masa yang lebih lama untuk mengukus.
Selasa, 30 November 2010
~ Ayam Panggang Serai ~
Pagi2 tadi round2 blog nak cari idea ..ni terjumpa kat blog HANA yang sangat rajin tuu...dapat lah idea nak masak ayam ni haa...akak memang suka sangat kalau ada teknik masak yang main campak2 je...jimat masa dan tenaga tapi hasilnya hemmm...memang sodapppp...terimakasih lah pada Hana yang sentiasa up to dated....akak pun terajinlah juge nak buat ayam panggang ni..tapi akak tak masuk oven. Bagi akak masuk oven lama la...Akak guna pan steel je..lebih cepat masak tak smpai 30 minit...pan tu tebal dan panas..kecilkan je api..tutup...memang masak..smpai kentang dan carrot tu lembut yang amat...kalau nak tengok resepi asal ..jejak blog Hana ya...lengkap sangat dah.. ni akak bubuh resepi kat bawah..dah akak ubah sikit2 bahan tu dan ada pulak yang tercicir tak masukkan...apa yang akak taip ni ikut versi akak lah ya...yang lengkapnya Hana punya...
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
- Campurkan dengan lada hitam, garam, madu dan kicap manis.
- Lumurkan ke ayam hingga rata.
- Karrot dipotong 4 tapi bawang dan kentang hanya dibuang kulit.
- Gaulkan sekali dengan bahan-bahan perap tadi.
- Perap ayam ni semalaman atau paling kurang 3 jam sebelum dimasak.
- Masukkan ke dalam pan / ketuhar dan bakar.
- Masukkan butter dicelah2 ayam dan bakar sehingga masak.
Ahad, 28 November 2010
~Soft Marble Cake~
- Putar butter hingga licin dan pekat
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder.Ketepikan.
- Dalam mangkuk yang lain masukkan gula halus dan ovellete. Putar rata.
- Masukkan telur 5 biji telur serentak dan putar hingga pekat.
- Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan telur dan pukul hingga sebati.
- Masukkan glisterin dan air ( ganti whipping cream) ke dalam adunan. Pukul.
- Bahagi adunan 3 warna dan rasa. Coklat emulco, strawberry dan kosong .
- Masukkan adunan selapis demi selapis ke dalam petitin yang telah dilenser dan dialas kertas surih.
- Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit awal dengan suhu 170 C.
- Masak selama 35-45 minit dan apbila kek diuji keluar bersih, itu menandakan kek sudah masak.
- Keluarkan dari petitin dan sejukkan di atas redai kek.
Jumaat, 26 November 2010
IKAN KACANG BERKICAP
- Goreng ikan dengan kunyit garam. Ketepikan
- Tumbuk cili api dan bawang merah
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Goreng hingga wangi.
- Masukkan garam halus, asam keping dan kacang panjang. Goreng sekejap.
- Masukkan kicap manis pekat.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan bawang besar yang dibelah lapan.
- Kacau sebentar dan angkat.
- Hidang dengan nasi panas.
Rabu, 24 November 2010
~JELATAH ~ pembuka selera
Langkah-langkah membuat:
- Potong nipis nenas dan timun menyerong
- Potong bulat bawang besar
- Potong serong lada merah besar
- Potong halus cili api.
- Campurkan kesemua bahan A di atas.
- Campurkan semua bahan B dan kacu hingga sebati.
- Curahkan ke dalam bahan A dan gaul sebati.
- Sejukkan di dalam peti sebelum dimakan.
Selasa, 23 November 2010
GULAI IKAN TONGKOL
- Rebus bahan A selama 20 minit. Perlahankan api semasa merebu
- Bawang besar dipotong. Bawang putih, merah, halia,tomato masak dikisar.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu dan masukkan bahan yang dikisar.
- Masukkan pula campuran lada kisar dan rempah kari dan masak hingga naik minyak.
- Selepas itu, masukkan tomato dadu yang dipotong besar.
- Kelapa diperah, ambil santan pekat dan masukkan ke dalam kuali.
- Ambil bahan A yang telah siap direbus, curahkan semuanya ke dalam bahan di atas.
- Masakkan gulai ni hingga pekat dengan api yang perlahan.
- Rasa garam, gula dan asam.
- Setelah gulai hampir pekat, bolehlah diangkat dan dihidang bersama nasi panas dan ulam2an.
KIWI MUFFINS
- Putar gula dan butter hingga berkrim.
- Masukkan telur satu persatu, putar hingga sebati.
- Masukkan vanilla dan putar lagi.
- Ayak tepung bersama baking dan garam.
- Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis.
- Akhir sekali kaup dan balikkan buah kiwi yang dipotong dadu.
- Masukkan ke dalam acuan muffin yang dilenser atau dalam cupcakes.
- Bakar dengan suhu 180 celcius selama 25 minit.
Khamis, 4 November 2010
~ Devil's Food Chocolate Cake ~
- Panaskan oven 170C. Lenser peti tin. Alas bahagian bawah. Lenser.
- Ayak tepung, koko,soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
- Putar gula dan butter hingga kembang dan ringan.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
- Masukkan bahan kering dan bahan cecair tadi berselang seli hingga habis. Di akhiri dengan bahan kering.
- Masukkan dalam oven dan bakar selama 30-40 minit.
- Keluarkan dan hias dengan chocolate ganache dan cream cheese frosting.
Cream Cheese Frosting :
250 gramPhiladelphia Cheese
125 gram butter
1 cup icing sugar
Chocolate Ganache
250 gram dark choclote
200ml whippedcream
Untuk N3 ini akk tak guna cream cheese tapi toping ngan choclote toping je. Kek ni akak 'souviner'kan pada guru2 yang mengajar anak perempuan yang nak ambik SPM tahun ni. Walaupun anak akak dah pindah sekolah baru tapi anak akak siap pesan suruh bagi cikgucikgi yang pernah mengajarnya dulu dari F1 hingga F3 dan siap mintak doakannya berjaya dalam SPM di sekolah baru...akak sebagai ibunya layan ajalah asalkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk SPMnya...apalagi harapan seorang ibu selain kejayaan anak2nya...moga berjaya...Amin.
Selasa, 2 November 2010
Langkah Memasak Nasi Beriani Kambing ( entry ke 3)
Pic 3
Pic 4
Pic 5
Pic 6
Lapisan atas sekali berupa seperti ini.
Pic 7
- masukkan semua bahan rebusan ke dalam periuk dan rebus selama 1 jam
- Masukkan beras basmathi dan masak sehingga 3/4 masak.
- Toskan beras.
- Sediakan periuk untuk memasak nasi.
Langkah 2
- Lapisan pertama-di dalam periuk , masukkan nasi yang ditos tadi dan ratakan.
- Lapisan kedua - diikut dengan daging kambing yang telah dimasak, tabur kismis, buah gajus, badam daun ketumbar, pudina, pewarna kuning direnjis2,bawang goreng, cili hijau,merah,kacang peas dan kismis.
- Ulang kembali lapisan pertama dan kedua tadi hingga habis.
- Akhir sekali masukkan susu cair dan minyak sapi. Curah rata atas nasi.
- Tutup dengan daun pisang dan letukkan lesung batu untuk mengelakkan wap keluar.
- jangan lupa alas periuk dengan tutup periuk untuk mengelakkan nasi berkerak. kecilkan api dan biarkan sekurang-kurangnya 30 -45 minit.
- Nasi yang telah dimasak, boleh dimakan dengan lauk kambing beriani yang selebihnya dan juga acar rampai.
Huhhhh...lega rasanya selepas selesai entry resepi nasi beriani ni..okeh kepada yang berminat sila rujuk entry sebelumnya untuk lebih faham. Sebenarnya tak susah mana pun tapi mesti dibuat dengan hati yang tenang dan juga minat yang mendalam..kalau tak bersedia...list dulu donggg...lain kali boleh dibikin...oh ya , kambing boleh diganti lembu atau ayam...selamat mencubaaaaaa..bai2...kena stop dah ni...jumpa lagi...
Sabtu, 30 Oktober 2010
~Kambing Masak Beriani~ Langkah-langkah Memasak
Pic 3
Pic 4
Pic 5
Bahan-bahan Memasak Kambing Beriani
- Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis seperti dalam gambar
- Masukkan bahan B yang telah dimayang . Masak hingga layu dan wangi
- Masukkan pula bahan C dan masakkan.
- Masukkan bahan D dan kacau biar serata.
- Kemudian masukkan yourt, gula kabung, badam, gajus, lada hitam dan garam
- Akhir sekali masukkan daging kambing yang telah direbus tadi dan masakkan hingga pekat.
- Angkat setelah lauk hampir kering dan rasa garam.
- Siap untuk dimasak semula bersama Nasi Beriani .
Khamis, 28 Oktober 2010
~ Nasi Beriani Gam Kambing ~
Pic 1
Bukan buah pinang ya... buah pala kering. Ini isinya. Dalam bentuk biji dan kulitnya keras. Kena pecahkan dulu kulit dan potong macam ni . Baunya wangi macam buah pala segar.