Rabu, 30 Jun 2010

KOTAM MASAK LOMAK CILI API

ASSALAMUALAIKUM


Salam sejahtera..apa kabo..nak kongsi menu malam tadi ..gulai ketam masak lemak cili api..Kalau beli ketam lebih suka masak lemak cili api sebab ada umphhhh..tapi mestilah pedas dan berlemak. Kaau masak lomak cara orang nogori memang tak perlu ramuan apa-apa selain cili api, santan, garam dan asam. Bawang2 ni memang tolak tepi sebab kalau bawang dicampurkan kedalam masak lemak cili api , bau bawang tu kuat hingga boleh menenggelamkan aroma lauk itu sendiri..itulah pendapat orang tua jati nogori sembilan. Akak ni pun anak jati nogori tapi dah membawa diri ke negeri orang.. Satu lagi masak lomak nogori kalau tak pedas berasap..bukanlah masak lomak cili api namanya tu...Tapi pedas bukan sebarang pedas..mesti seimbang dengan garam dan asam kepingnya itu...pedas, masam dan masin tu kena sama naik...itu pendapat wan akak anak jati nogori sembilan.





Masak lemak ..senang je masuk semua bahan dalam periuk ...jerang hingga menggelegak baru kacau dan perlahankan api . Biarkan menggelegak perlahan-lahan hingga masak. Rasa garam asam baru angkat. Jangan dikacau selalu ..dont worry tak akan pecah santan..





BAHAN - BAHAN :

2 ekor ketam saiz besar
10 -15 cili api kampung
2 sm kunyit hidup
2 keping asam keping
1 biji kelapa tua
2 batang serai.

LANGKAH-LANGKAH MEMASAK :

  1. Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat. Tambah garam sekali.
  2. Campurkan ke dalam ketam yang telah dicuci . Bubuh asam keping dan serai yang telah dititik.
  3. Perah kelapa dengan air yang sedikit-sedikit. Elakkan perah dengan air yang banyak. Kerana santan cair tidak sedap untuk masak lemak cili api.
  4. Jerang atas api . Biarkan gulai menggelegak dan kacau.
  5. Perlahankan api dan biarkan gulai atas dapur hingga pekat.
  6. Rasa garam asam dan tutup api.

Selasa, 29 Jun 2010

APAM ICECREAM AGAIN..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jam pukul 10 lebih baru habis mengukus apam icecream..gara-gara sianak bongsu ku ini nak muffin coklat untuk dibawa ke sekolah esok, tapi koko dah habis, apam icecream penggantinya..lagipun dia memang suka apam icecream ni..Dah pernah entry sebelum ni cuba tengok sini. Apa yang akak nak kongsi kali ni ialah akak menggunakan kukusan TUPPERWARE...Mula2 macam tak caya je nak kukus plastik ni tapi caya tak caya inilah hasilnya ....bestkan..sesiapa berminat jum beli...rege pun ok..promote jangan tak promote ni hehehee..ok layan je pic di bawah ni...
belum kukus...

inilah kukusan tu...


kukus dalam air panas menggelegak..baru apam tu kembang dan merekah




setelah dikukus selama 10 minit - 15 minit.

Sampai di sini dulu..setelah beberapa kali akak buat apam, dapat dikesan sekiranya apam tak merekah banyak sebab antaranya air tidak panas, adunan terlebih cair dan lebih baik gunakan cupcakes dalam acuan muffin atau acuan apam untuk mendapatkan kesan yang cantik..mungkin ada faktor lain yang rakan bloggers tahu mengapa apam tak mau merekah kembang ...kongsi2lah ya..oklah jumpa lagi kita ...selamat malam...bai-bai!


Isnin, 28 Jun 2010

GORENG PISANG PANAS !!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Goreng pisang! goreng pisang!....senang je nak goreng pisang tapisenang lagi pergi beli hihihi.. Versi goreng pisang yang akak buat ni boleh tahan rangupnya..dapat dari tokey kantin..senang je..tapi kalau tak tau susah juge.apa kata kita cuba versi pisang goreng ni..digoreng pagi tadi untuk minum pagi..panas2 minum dengan teh o panas..lupa kejap bab kolestrol ....

Tengok resepi di bawah ni.....layan ye..


goreng dalam minyak yang banyak dan panas





BAHAN - BAHAN :
1 sikat pisang nipah / batu /tanduk /nangka
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh kapor makan
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh kunyit serbuk
11/2 cawan air
LANGKAH MEMBUAT :
  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan kadar yang banyak
  2. Bancuh kapur dan kunyit dengan 1/2 cawan air
  3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dengan 1 cawan air tadi. Masukkan ke dalam blendder.
  4. Masukkan campuran kapur tadi. Mesin hingga sebati.
  5. Belah pisang dan masukkan ke dalam adunan tepung.
  6. Goreng hingga garing.

Ahad, 27 Jun 2010

KARIPAP PUSING

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Minggu yang penat dan letih..jadi superwomen ke sana ke mari antara 3 negeri...Pahang ke Terengganu pada hari sabtu pagi..daftarkan anak lelakiku di Uitm Dungun ..balik hari je..bertolak 6.30 a.m sampai rumah 7.15 p.m..syukur selamat perjalanan...Malam sebelum tidur sebut nak balik kg N.S hari ahad tu pulak nak tengok adik bongsuku nak terbang ke Unimas , Serawak pada hari Sabtu depan ni.. bila pulak nak jumpa lagi ..baiklah ku balik juga bila teringat pesan arwah abahku ..lihat2kan adik bongsuku itu sekiranya dia pergi dulu.. Terkenangkan amanat arwah abah ku gagah juga balik kg ..tapi taklah sejauh Dungun tu...Bertolak tengahari ..sampai balik ke Pahang petang sebelum magrib...tapi penatnya tak leh nak cakap.Sempat juga ku singgah di rumah sepupuku. Wah dia tengah nak menguli karipap lapis..apalagi shot le..Karipap lapis ni dia belajar masa duduk negeri omputih ..siap pi kolej masak lagi sebab dia ni memang minat sgt baking..Akak pun memang tak pandai buat semua ni..jum kita tengok langkah demi langkah..masuk blog ni sebab senang jadi panduan nanti untuk diri sendiri dan pada sesiapa yang sudi . Jum tengok...





Adunan yang digelek bentuk bulat dipotong dari tengah dan gulung seperti gambar di bawah


pic 1


Macam kun icecream, torak sekali lagi dan gulung kemas seperti pic 4


pic 2


Gulungan pastri ni dipotong kepada tiga bahagian seperti dalam gambar di bawah


pic 3




pic 4



Pastri yang telah siap dipotong-potong

pic 5








Selepas dipotong, torak sekali lagi dengan bentuk bulat seperti dalam pic 6. Gunakan tepung gandum untuk memudahkan pastri dirorak. Gunakan berus untuk membersihkan tepung yang berlebihan. Cantik pastri yang telah siap ditorak tu..Kalau akak yang torak belum tentu sebulat ni..tak pe nanti kita cuba pulak ..




Pic 6





Cuba tengok pastri lapis yang telah ditorak ni bersih dan tak melekat pun. Tengok juga cara akak sepupu tu pegang penorak..ada teknik yang boleh menyebabkan pastri ni jadi bulat macam ni.. Akak tak capat cube..sibuk nak ambik gambo ..tengok gambo boleh ingat dari baca resepi ni...








Pastri yang disiap digelek tu dibubuh inti kentang campur ayam ni..Kemudian sapukan air di keliling pastri untuk melekatkannya nanti. air sejuk je. Nampak tak berus bawah tu..Berus tu yang diguna untuk sapu tepung yang berlebihan dari pastri masa menoraknya tu..












Lihat dah siap dibubuh inti dan dikelim ....Goreng dengan api yang perlahan..







Bahan-bahan karipap pusing :



2 cawan tepung gandum

1 cawan marjerin

1 cawan air sejuk

1 camt garam halus


Cara membuatnya:



  1. 1 cawan tepung dicampur dengan 1 cawan marjerin. Gaul hingga menjadi doh.Bulatkan

  2. 1 cawan tepung lagi dicampur dengan airsejuk dan garam. Gaul menjadi doh dan bulatkan.

  3. Masukkan doh pertama tadi ke dalam doh kedua dan bulatkan.

  4. Rehatkan sekejap. Kemudian torak seperti gambar di atas.

  5. Buat langkah demi langkah untuk mendapatkan pastri pusing ni.


Ini yang sempat akak kongsi hari ni. Nanti akan dicuba sendiri . Senang dah masuk blog ni boleh rujuk. Ok mungkin rakan bloggers ada resepi untk karipap pusing dan teknik2 tertentu..jum kita share ..jumpa lagi . Dah penat sangat ni..esok mula bertugas semula...bai-bai semua !












Rabu, 23 Jun 2010

APAM BALIK





Fryer with glass cover

apam balik versi 1 - filling coklat chips..



inti jagung & kacang tanah

Salam semua, hari ni buat apam balik..semalam buat apam balik juga. Semalam buat apam balik guna resepi Hanieliza ..Hari ni guna resepi dari Inahar cooking bila nampak kat blognya ada apam balik pagi tadi. Bezanya hanya cecair yang digunakan . Versi semalam guna susu cair dan minyak , hari ni guna air sahaja.. Bezanya mungkin kegebuannya tu ...Bagi akak guna apa je bahan yang ada... rasa apam balik tetap ada...Cuba tengok resepi di bawah ....lepas tu buat le ye..boleh guna nonstick atau macam akak guna tu pan stainless steel tupperchef ...boleh aja sebab tak melekat..ok jumpa lagi kita ..bai-bai..


Resepi dari Inahar Cooking
RESEPI APAM BALIK(resipi asal ms oreo)
Bahan2:
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
  • Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • Jagung dalam tin
  • Gula halus
  • Marjerin
Cara2:
1.Gunakan mixer ..pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
3.Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.
4.Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
5.Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan / sainlessteel ) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
6.Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.
APAM BALIK - Hanieliza Cooking
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan B
  • 2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 biji telur
Bahan Ccoklat
  • Chocchips , jagung cream
Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan.

Herba

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pokok herba


Daun Basil


Oregano


Thyme

Lega blog dah sihat kembali atas bantuan kawan yang mahir ..walaupun duduk sebumbung tapi dek sebabkan masing-masing sibuk hari ni baru dapat minta tolong ..terimakasih atas bantuannya itu. Saja nak test blog ni...bolehlah akak nak kongsi tentang herba yang diberi oleh akak sepupu yang minat sangat menanam segala jenis herba tempatan dan omputih..Dah lama dia bagi..mula2 kecik je lama-lama subur macam pic di atas ni...tapi sekarang ni semua dah mati disebabkan kurang jagaan dan belaian..hiss nyesal akak . Setiap kali akak balik kampung , dibekalkan tanaman ni sebab boleh digunakan dalam masakan ...memang akak guna tapi pupus desebabkan serangan kulat putih . Akak dapat 4 jenis herba omputih ni ..Basil, thyme, oregano & Saghe..Harap2 betullah labelling kat pic tu..dah naik lupa yang mana satu..tanaman ni dah mati 1 bulan lepas..Tak pelah ada rezeki rembat lagi bila balik kampung besok...Sepupu ni tanam herba ni dari biji benih dan hidup subur sekeliling rumahnya tu..dalam pasu -pasu kecil kebanyakannya..harap2 masih banyak lagi..bilalah nak balik kampung lagi ni..sekarang ni nak balik kampung macam nak pegi England susahnya...huwaaaa...apakan daya tuntutan tugas formal dan tak formal ni memang tak akan habis-habis selagi nyawa dikandung bandung...pandai-pandailah mencelah macamana nak luangkan waktu untuk orang-orang tersayang . Apapun semoga kita semua disihatkan tubuh badan dan dimurah rezeki supaya dapat kita menyempurnakan tugasan harian..jumpa lagi dengan cite masak-masak pulak...bai2..









Selasa, 22 Jun 2010

NASI GORENG PATTAYA


salam semua ...akak ni sedang membaik pulih setting blogku huhuhuuu...sedang try and error ni..so kalau keluar macam-macam tu buat2 tak nampak je ek...harap2 selesailah masalah blog ni menjelang esok...jumpa lagi...

Isnin, 31 Mei 2010

पुडिंग रोटी MARBLE



PUDING ROTI MARBLE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...blog ni masih sakit lagi..bukan suke2 nak tulis tamil ni..asal akak enter je keluar tulisan misteri ni..aduhai..dah cuba tgk setting tapi tak pass..susah nak entry baru. Tapi selagi boleh faham ok kan...okeh, pagi ni puding marble roti...tersangkut hati tengok puding kat Yat Maria ..cantik puding ni ..rasanya sesedap rupa.. Rasanya akak ni kena pindah blog baru kalau masih tak boleh diubati...apapun layan dulu ye ..






cantik tak...





Masukkan sesenduk demi sesenduk hingga habis. Adunan akan merebak secara automatik.




PUDING MARBLE ROTI
Bahan - bahan :

BAHAN A

4 Keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair


BAHAN B

1/2 cawan gula
2 sudubesar butter cair
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT:

1. Blend bahan A hingga sebati.
2. Masakkan bahan B hingga cair.
3. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B.
4. Masukkan butter cair dan kacau hingga pekat.
5. Bahagi warna kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Masukkan koko kepada 1 bahagian dan masakkan sekejap di atas api
7. Masukkan ke dalam acuan sesenduk demi sesenduk dan sejukkan di dalam peti.


Puding ni lembut dan sesedap rasa. Cuba tau...berbaloi-baloi.....

Isnin, 24 Mei 2010

मुफ्फिन कुकुस कोक्लत





Salam semua...apa dah jadi..blog cooking akk ni dah fening..entah apa yang akak tertekan setting dah lari..tu tengok tajuk kat atas tu jadi tulisan tamil ke siam?? huhuhuuuuu..dah lah rabun , terus bute ni..apapun selagi boleh baca dan faham n3 akak ni layanlah ye...ini muffin kukus coklat. Inipun cilok resepi kat Mak Lang Corner tu...moist sesangat ..best sebab senang nak buat dan murah pulak bahan-bahannya tu..cuba le ..rugi tak cube. Kalau muffin tu mengembang dan pecah macam ni syok sendiri kita tengok..ok bai2..aduhai akak nak edit gambo pun tak boleh sebab yang keluar kat edit post ni semuanya nombor....sape2 yang sudi nak tolonggggg !!!!

MUFFIN COKLAT KUKUS


BAHAN A

2 cawan susu cair
1 cawan minyak sayur @ butter cair
13/4 cawan gula castor
1 biji telur


BAHAN B

250 gm tepung superfine @ gandum
50 gm serbuk koko
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 sb emulco


Cara Membuat:

1.Satukan semua bahan A, kacau guna whisker .
2.Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A
3.Kacau rata – tak perlu lama
4.Masukkan ke dalam acuan muffin dan kukus selama 10 minit.
5.Gunakan api besar dan tutup dengan penutup kukus supaya muffin selamat.

Khamis, 20 Mei 2010

MUFFIN CHEESE COKLAT

Muffin Cheese Coklat


Salam pagi Jumaat ..semoga kita dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan harian...Muffin Cheese Coklat resepi diambil dari Mak Lang . Sejenis muffin yang enak dan lazat..terutama penggemar coklat dan cheese . Mak Lang, akak suke muffin ni sebab menjadik rupa dan rasenya.Bagi akak kalau muffin tu tak merekah dan membumbung, tak syok tengok dan rase ada kekurangan kat mana2. Alhamdullilah muffin ni memuaskan hati.. Apa kata Mak Lang...okeh resepi di bawah ni..tak ada edit kat mana2 pun..mekasih , banyak resepi akk cilok tau mak Lang ! Jum tengok resepi ni..








MUFFIN CHEESE COKLAT


Bahan –bahan :

140 gm chocolate chip/ cooking coklat

100 gm cream cheese

80 gm butter

2 biji telur A

60 gm gula

100 gm tepung gandum

2 sk baking powder



Cara-cara :

  1. panaskan oven 180 c
  2. potong dadu 1cm creamcheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan dengan kaedah double boiled. Bila dah cair, angkat dr api , masukkan telur dan kacau dengan whisk(creamcheese tinggal berketul pun tak ape)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder dan masukkan ke dalam adunan dan kacau dengan whisk.
  5. Masukkan ke dalam bekas muffin dan bakar 20 minit.


Rabu, 19 Mei 2010

APAM ICECREAM



Salam semuaa...mari kita mengapam pulak..Apam icecream ambik resepi dari JURNAL RASA..terimakasih Za. Bahan lebih kurang macam apam mekar hanya tambahan airsoda atau sprite menggantikan susu segar dalam apam mekar. Zaliana dari JURNAL RASA guna warna coklat paste ..memang macam icecream je..Versi akak ni guna warna biru ..bila nak makan naik takut pulak..Tak berapa nak cantik sebab cup tu pendek . Kalau teringin nak buat guna cup cake yang tinggi..lagi cantik. Ok cuba tengok resepi di bawah..sonang yo nak buek ni.. tak cayo cubo dulu terimakasih kepada pemilik resepi asal juge iaitu Fida MR.....



pic 1


Pic 2


Pic 3


Pic 4


apam icecream


Bahan-bahan :


Bahan A:
250 gm gula castor
1 gm (1st teh ) ovelette
3 telur
1 st vanilla

Bahan B:
300 gm tepung naik sendiri / tepung gandum
1 st baking powder

Bahan C:
200 ml air sprite/ icecream soda


Langkah-langkah membuat:
  1. Panaskan kukusan .Putar bahan A hingga kembang dan gebu. Lihat Pic 1
  2. Ayak tepung dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi dan pukul lagi biar sebati . Lihat Pic 2.
  3. Masukkan icecream soda dan pukul sekejap.
  4. Bahagikan kepada 3 adunan. Masukkan 2 warna yang berbeza dlm 2 mangkuk kecil.\
  5. Masukkan ke dalam acuan seperti Pic 3.
  6. Kukus dengan api yang besar dan tutup penutup kukusan dengan kain supaya air tidak jatuh.
  7. Hidangkan panas-panas..lagi sedap.

Selasa, 18 Mei 2010

MAKARONI BAKAR

salam semua
Makaroni Bakar



Makaroni dah buat berulang kali juge..walaupun ini bukan peberet, tapi cukup disenangi oleh anak-anak dan juga rakan-rakan...Berbaloi juge dibuat sebab memang tak bazir..habis dimakan . Hanya takut juge tengok anak sorang tu makan..almaklum, terlebih makan tak elok juge sebab makaroni ni sarat dengan cheese dalam cheese atas ...Berinti daging dan susu segar.Resepi ni diambil Koleksi Resepi Pilihan Diana. Memang akak ikut tapi tertukar sikit kut sebab masa buat ni pun dah tak rujuk resepi ..apa yang ingat dalam kepala ni je..bukannya ape tak sempat nak belek resepi dah...tawakal je...alhamdullilah jadi je. Resepi di bawah ikut apa yang akak dah buat tu...jum tengok..




Bahan A:
Makaroni 500gm
Cheese Mozarella 250gm
Bahan B:
Sos Daging
500 gm daging kisar
1 tin cendawan butang
2-3 tin sos spaghetti Prego (Campbells)
2 labu bawang besar holland ( dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
8 ulas lada merah Thai
2 sb minyak masak
garam
Bahan C:
Sos Cheese
250 gm cheese Cheddar
600ml susu segar
3 sb tpung gandum
4 sb butter
4 sb lada hitam cincang
Langkah-langkah membuat :
  1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi.
  3. Masukkan sos Preggo dan air. Kalau 3 tin sos , airnya pun 3 tin. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging kisar dan masakkan hingga pekat.
  5. Masukkan cendawan, garam dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api.
  6. Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.
  7. Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel.
  8. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api.
  9. Masukkan susu segar dan tambah air 300 ml.
  10. Masakkan hingga pekat dan berkilat.
  11. Masukkan lada hitam. Tutup api.
  12. Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni dan sos cheese. Ulang balik . Pastikan lapisan atas ialah sos cheese.
  13. Parut keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Tabur serbuk basil .
  14. Bakar dengan suhu 180 selama 45 -50 minutes.
  15. Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.
  16. Hidangkan dengan sos chili.

OK, cuba ya..berbaloi-baloi sekiranya ada penggemar makaroni....bai-bai...jumpa lagi kita !

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum
Terimakasih atas kesudiaan Mat Gebu melayangkan kad ingatan di hari guru..terasa pulak istimewanya hari ini jadi guru ..ahak..setahun sekali mendapat penghargaan rasmi ni memang kembang hati ni bagai bunga cina di atas ni ( ye ke bunga cina ni ) ..Terharu juge seketika bila Mat ingat nak melayangkan kad ni untuk akak...terimakasih daun keladi ya Mat..lain kali bagilah lagi..akan kusimpan di dalam hati...Oklah, Mat kata guru ibarat lilin menerangi cahaya terutama kalau blackout..berebut2 orangramai mencari lilin...lilin laku macam goreng pisang . Tapi kalau tak blackout lilin di pandang sepi..mengira hari bilalah orang nak beli....begitulah nasib lilin.. Kepada Mat dan kekawan yang mengucapkan selamat hari guru , akak ucapkan terimakasih kembali..semoga ingatan kalian kekal abadi..begitu juga kekawan di alam nyata yang tidak putus2 menghantar sms..betul-betul terasa diri dihargai..esok sambutan rasmi di peringkat sekolah..kami para guru akan menyanyi sakan melaungkan ~ Kami Guru Malaysia ~