Langkah - langkah membungkus nasi goreng:
- Pecahkan telur, bubuh lada sulah dan garam. Pukul.
- Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan telur tadi dan lenggangkan sehingga menjadi bulatan yang nipis. padamkan api. Jangan diangkat, biar di dalam kuali.
- Masukkan nasi goreng ke dalam telur itu.
- Lipatkan keliling nasi tadi dengan lebihan telur di kelilingnya seperti dalam gambar.
- Selepas itu, tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan telur tadi.
- langkah seterusnya, letakkan tapak tangan kanan di atas pinggan, dan tangan kiri memegang telinga kuali.
- Terbalikkan kuali yang berisi pinggan seperti di bawah.
Tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan nasi di dalam kuali
Nasi Goreng Pattaya
Dah siap untuk dimakan. Jangan lupa picitkan sos cili di atas bungkusan nasi goreng ini. Tak sempat nak ambik gambar ...terus kena ngap dek anak bujangku.. Syaratku semalam kalau nak makan nasi pattaya ni kena mop dulu lantai dapur dan ruang tamu...selamat satu tugasan ku. Kadangkala kena keluar peraturan macam ni..anak demand , ibu pun demand..hehheee...elok juga macam ni...secara tak langsung mengajar anak2 bertanggungjawab....ok jumpe kita di lain hari...jumpa lagi byeeeeee......