- Potong daging 2 cm lebar dan 1/2 cm tebal
- Basuh dan toskan air
- Kelapa diambil santan. Guna blender untuk mendapatkan santan yang pekat dari 3 biji kelapa.(Sekali blend je )
- Hiris semua bawang dan tumbuk serai, kunyit, halia dan lengkuas.
- Blender lada kering yang telah direbus .
- Masukkan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga menggelegak dan perlahankan api.
- Apabila rendang makin pekat, masukkan kerisik, ketumbar yang telah ditumbuk dan garam.
- Masakkan rendang hingga kering.
- Sedap dimakan dengan lemang, pulut, ketupat dan nasi impit.
Isnin, 9 Ogos 2010
Rendang Nogori
Rabu, 14 Julai 2010
APA ITU KRIMWELL ?
Salam semua...moga pagi ni dimudahkan urusan kita semua. Entry pagi ni akak cerita sikit tentang krimwell dan untuk adik kita ni yang telah tinggal komen kat chatbox akak semlam
peozlullaby
tanya tentang apa ke mende nya krimwell tu... selepas akak n3 ttg bttercream untuk toping kek span semalam.. Kepada peoz yang duduk kat Australia mungkin susah nak jumpa krimwell ni sebab ni keluaran sykt di Malaysia kecuali barang ni diekspot ke sana...apapun kandungan krimwell adalah seperti di bawah ni.
KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):
minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.
Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.
http://raiyanz.blogspot.com/2009/03/research-krimwell.html
Manakala shortening ni ramai yang tau kan lelemak sayuran. Biasanya kalau kita buat shell untuk tat telur contohnya ia membantu untuk merangupkan / mengeraskan adunan . Sebab tu digunakan sekali dalam buttercream tu supaya adunan ni mudah dibentuk tak lembikliuk..Untuk pongetahuan kita semua mengikut kata Chef yang kawan akak pergi belajar ni..shortening ni susah nak hadam tergolong dalam lemak tepu..kesimpulannya tak berapa elok untuk sistem penghadaman kita ni..kalau boleh elak dari selalu guna ...untuk peoz kalau tak de shortening tak yah guna..tapi tak leh ganti ngan ovellette pulak..Kalau tak de krimwell ganti butter je..ok juge..okeh sesiapa yang nak kongsi lagi bolehlah kita berkongsi ...ok jumpe lagi....
Selasa, 13 Julai 2010
KEK SPAN & BUTTERCREAM
Salam semua...seperti dijanjikan hari ni entry kek span dengan buttercream. Buttercream ini dapat dari kawan akak Nor Rahimah yang pergi berkursus di Keluang dengan Chef Rosli Kluang Bread. Kek span ni yang resepinya kat N3 sebelum ni....memang gebus ..tengok je kat bawah ni..Yang ini kek span dimasak dalam loyang besar dan dibelah tengah dan letak buttercream dan tabur serbuk koko. Kalau kita letak buah laici pun sOdap....
Bahan - bahan :
225 gm creamwell
30 gm shortening
50 ml air
100 gm gula pasir
1 st vanilla
Langkah - langkah membuat :
- Masakkan air dan gula hingga larut. Ketepikan.
- Putar creamwell dan shortening hingga gebu.
- Masukkan air gula tadi dan putar lagi hingga adunan menjadi gebu.
- Siap untuk dihias pada cupcake dan cake besar.
- Boleh disimpan dalam peti untuk jangkamasa yang lama.
RESEPI ASAS KEK SPAN
- Masukkan semua bahan kecuali butter cair ke dalam mangkuk adunan dan putar selam 6 minit hingga kembang dan gebu.
- Masukkan butter cair dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan ke dalam cup atau acuan yang besar 9" .
- Bakar selama 20 atau 30 minit bergantung kepada oven.
- Kalau guna cupcakes boleh hias dengan buttercream seperti dalam gambar tu..
Ahad, 11 Julai 2010
IKAN MASAM MANIS
- Ikan dilumur garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
- Hiris bawang2,serai,halia dan cili kecil.
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris .
- Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
- Masukan garam dan gula. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
- Gaulkan dan angkat.Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris kalau ada.
- Hidangkan dengan nasi panas..
Selamat mencuba, masakan ni ringkas ..lebihkurang macam 3 rasa kata anakku..ye la tu sebab kalau makan tiga rasa kat kedai rasa lebihkurang je..akak tiru rasa masakan kedai tu la yang sebenarnya..hanya bezanya ikan order kat kedai tu sekor2..yang ni akak potong2 sebab senang nak makan...jumpa lagi....
Rabu, 7 Julai 2010
KERABU TAUGEH & KACANG KELISA
KERABU TAUGEH & KACANG BOTOL
1 mangkuk taugeh halus (buang ekor)
1 mangkuk kacang kelisa ( kacang botol)
Bahan B :
1 mangkuk kelapa parut
Bahan C:
10-15 biji cili api merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
½ cawan anak udang / ikan bilis
½ cawan air asam jawa
1 camt gram halus
1 camt gula halus
Langkah-langkah membuat:
1.Buang ekor taugeh potong halus kacang kelisa. Ketepikan.Tak perlu celur.
2.Masukkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati.
3.Rasa garam dan asam sesedap rasa.
4.Panaskan kuali dan masukkan bahan C.
6.Angkat dan campurkan taugeh dan kacang kelisa. Gaul rata.
Catatan : kalau suka boleh masuk belacan. Bahan C tu boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Boleh digunakan untuk buat kerabu guna sayur lain seperti jantung pisang, pucuk paku , pucuk ubi dan kacang panjang . Semua sayuran ini dicelur terlebih dahulu.
KEK LABU
BAHAN-BAHAN:
3 bijji telur gred A
1 cawan minyak jagung
11/2 cawan gula halus ( akak guna gula perang)
1 camt esen vanila
1/4 camt garam halus
450 gm labu ( kukus dan lenyek)
21/2 cawan tepung gandum
1/2 camt baking powder
1 camt baking soda
1/12 camb susu tepung ( tak letak..lupe)
langkah-langkah :
- Sediakan acuan .lenser dan tabur tepung.Panaskan oven160-170
- Satukan telur, minyak, gula, esen,garam dan labu . Kacau hingga sebati gunakan whisk.
- Masukkan pula tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
- Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 50-60 minit.
- Selepas masak angkat. Biarkan semalaman.
Isnin, 5 Julai 2010
AYAM MASAK ASAM
- Tumbuk bawang merah dan putih.
- Tumbuk kunyit dan lada hingga lumat.
- Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
- Masukkan lada yang telah ditumbuk
- Masukkan air asam dan masakkan hingga pekat. Masukkan serai dan lengkuas.
- Masukkan ayam dan biarkan menggelegak. Perlahankan api. Biarkan merenih lama.
- Masukkan daun kesum. Rasa garam dan asam.
Catatan : Sebaik-baiknya buang semua kulit ayam sebelum dimasak. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dan lemak.
IKAN GORENG CILI API
LANGKAH MEMBUAT :
- Bersihkan ikan dan bubuh garam kunyit. Goreng garing.
- Mayang bawang besar
- Tumbuk kunyit dan cili api dengan garam.
- Panaskan minyak 2 sudu besar dan tumiskan bawang tadi .
- Masukkan cili tumbuk, serai titik , halia ketuk dan asam keping.
- Goreng hingga bawang layu lada garing.
- Masukkan ikan tadi dan gaul sebati.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
catatan : Kalau menggunakan ikan parang atau tenggiri lagi sedap..manis . Cubalah resepi ni simple dan cepat....jumpa lagi...bai-bai...mata mengantuk pulak malam ni..
Rabu, 30 Jun 2010
KOTAM MASAK LOMAK CILI API
Salam sejahtera..apa kabo..nak kongsi menu malam tadi ..gulai ketam masak lemak cili api..Kalau beli ketam lebih suka masak lemak cili api sebab ada umphhhh..tapi mestilah pedas dan berlemak. Kaau masak lomak cara orang nogori memang tak perlu ramuan apa-apa selain cili api, santan, garam dan asam. Bawang2 ni memang tolak tepi sebab kalau bawang dicampurkan kedalam masak lemak cili api , bau bawang tu kuat hingga boleh menenggelamkan aroma lauk itu sendiri..itulah pendapat orang tua jati nogori sembilan. Akak ni pun anak jati nogori tapi dah membawa diri ke negeri orang.. Satu lagi masak lomak nogori kalau tak pedas berasap..bukanlah masak lomak cili api namanya tu...Tapi pedas bukan sebarang pedas..mesti seimbang dengan garam dan asam kepingnya itu...pedas, masam dan masin tu kena sama naik...itu pendapat wan akak anak jati nogori sembilan.
BAHAN - BAHAN :
2 ekor ketam saiz besar
10 -15 cili api kampung
2 sm kunyit hidup
2 keping asam keping
1 biji kelapa tua
2 batang serai.
LANGKAH-LANGKAH MEMASAK :
- Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat. Tambah garam sekali.
- Campurkan ke dalam ketam yang telah dicuci . Bubuh asam keping dan serai yang telah dititik.
- Perah kelapa dengan air yang sedikit-sedikit. Elakkan perah dengan air yang banyak. Kerana santan cair tidak sedap untuk masak lemak cili api.
- Jerang atas api . Biarkan gulai menggelegak dan kacau.
- Perlahankan api dan biarkan gulai atas dapur hingga pekat.
- Rasa garam asam dan tutup api.
Selasa, 29 Jun 2010
APAM ICECREAM AGAIN..
Isnin, 28 Jun 2010
GORENG PISANG PANAS !!
Tengok resepi di bawah ni.....layan ye..
- Panaskan minyak dalam kuali dengan kadar yang banyak
- Bancuh kapur dan kunyit dengan 1/2 cawan air
- Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dengan 1 cawan air tadi. Masukkan ke dalam blendder.
- Masukkan campuran kapur tadi. Mesin hingga sebati.
- Belah pisang dan masukkan ke dalam adunan tepung.
- Goreng hingga garing.
Ahad, 27 Jun 2010
KARIPAP PUSING
pic 4
Pastri yang telah siap dipotong-potong
pic 5
Selepas dipotong, torak sekali lagi dengan bentuk bulat seperti dalam pic 6. Gunakan tepung gandum untuk memudahkan pastri dirorak. Gunakan berus untuk membersihkan tepung yang berlebihan. Cantik pastri yang telah siap ditorak tu..Kalau akak yang torak belum tentu sebulat ni..tak pe nanti kita cuba pulak ..
Pic 6
Cuba tengok pastri lapis yang telah ditorak ni bersih dan tak melekat pun. Tengok juga cara akak sepupu tu pegang penorak..ada teknik yang boleh menyebabkan pastri ni jadi bulat macam ni.. Akak tak capat cube..sibuk nak ambik gambo ..tengok gambo boleh ingat dari baca resepi ni...
Pastri yang disiap digelek tu dibubuh inti kentang campur ayam ni..Kemudian sapukan air di keliling pastri untuk melekatkannya nanti. air sejuk je. Nampak tak berus bawah tu..Berus tu yang diguna untuk sapu tepung yang berlebihan dari pastri masa menoraknya tu..
Lihat dah siap dibubuh inti dan dikelim ....Goreng dengan api yang perlahan..
- 1 cawan tepung dicampur dengan 1 cawan marjerin. Gaul hingga menjadi doh.Bulatkan
- 1 cawan tepung lagi dicampur dengan airsejuk dan garam. Gaul menjadi doh dan bulatkan.
- Masukkan doh pertama tadi ke dalam doh kedua dan bulatkan.
- Rehatkan sekejap. Kemudian torak seperti gambar di atas.
- Buat langkah demi langkah untuk mendapatkan pastri pusing ni.
Ini yang sempat akak kongsi hari ni. Nanti akan dicuba sendiri . Senang dah masuk blog ni boleh rujuk. Ok mungkin rakan bloggers ada resepi untk karipap pusing dan teknik2 tertentu..jum kita share ..jumpa lagi . Dah penat sangat ni..esok mula bertugas semula...bai-bai semua !
Rabu, 23 Jun 2010
APAM BALIK
Fryer with glass cover
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- Sedikit pewarna kuning
- 1 biji telur
- 1½ cawan air
- Sedikit mentega/planta untuk mengoles
- Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
- Jagung dalam tin
- Gula halus
- Marjerin
1.Gunakan mixer ..pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
3.Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.
4.Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
5.Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan / sainlessteel ) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
6.Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 4 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
- 1/2 cawan minyak
- 2 biji telur
- Chocchips , jagung cream
Herba
Oregano