Selasa, 16 Mac 2010
Award dari ~ INAHAR'S COOKING TIME! ~
Isnin, 15 Mac 2010
talapia kukus air asam
Ikan dilumur dengan garam dan bawang putih cincang. Kukus 5 minit (separuh masak)
1. Ikan dicuci dengan air asam. Dilumur dengan garam halus bawang putih yang dicincang.
2. Kukus ikan separuh masak lebih kurang 5 minit dahulu.
3. Sementara kukus ikan , campurkan air asam jawa, cili api yang diracik halus dan bawang besar yang dipotong bulat2.
4. Masakkan air asam ini dan campurkan garam dan gula. Angkat.
5. Curahkan ke atas ikan tadi dan kukus sekejap selama 5 minit lagi .
6. Angkat dan hidangkan panas2.
Khamis, 11 Mac 2010
tom yam ! Tom Yam!
l
Rabu, 10 Mac 2010
~ Sayur Campur Segera ~
- 8 kuntum bunga kobis
- 1 batang lobak merah
- 7 batang sayur peas
- 2 batang lada merah
- 8 ekor udang basah
- 5 ulas bawang putih
- sedikit kiub ayam 'knorr'
- 1 sudu besaar minyak sayur.
- 1 camt serbuk lada sulah/lada putih
Langkah -langkah membuat :
- Bersihkan udang dan sayur2an. Sayur tidak perlu potong kecil..Lobak potong memanjang.
- Cincang bawang putih .
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang yang telah digaul dengan lada sulah. Goreng udang separuh masak. Masukkan perasa ayam dan garam.
- Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Biarkan sebentar. Masukkan sedikit air.
- Masukkan pula sayur peas .
- Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sikit. Masukkan lada sulah dan angkat .
- Siappppp..jum makannnnnn....
Petua Ikan Rangup....krip..krip...
panaskan minyak banyak dan goreng seperti dalam gambar..semasa proses menggoreng tak perlu asyik nak terbalikkan ikan tu..nanti hancur isi2 ikan tu...
Selepas ikan masak elok, angkat dan curahkan sos yang telah dimasak. Sambil goreng ikan kita masaklah sos ikan ni. Sos ikan ni bergantung kepada kitalah apa2 versi pun boleh...Masa hidang taburkan bawang goreng sikit dan makan panas2 ...kejap je ikan dah tinggal kepalaaaa....Kalau nak cuba resepi sos yang dalam gambar atas ni silakan..simple je guna bahan yang ada ..Warna sos di atas ni merahnya sebab guna sos tomato dan sos cili gamaknya ..rasanya masam2 sedikit..
Bahan-bahan Sos
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 tangkai cili kering
2 sudu besar sos tomato - 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos plum ( tak de pun tak pe)
- 1 camt garam halus
- 1 camt gula
- 2 sudu besar minyak
Langkah-langkah membuatnya:
- Bawang merah dan bawang putih dikisar.
- Lada kering direbus dan dikisar.
- Panaskan minyak. Tumis bawang kisar hingga wangi.
- Masukkan lada kering kisar. Masakan hinggan terbit minyak.
- Masukkan sos tomato, sos cili dan sos plum.
- Masukkan sedikit air dan masakkan 1 minit.
- Masukkan garam dan gula.
- Biarkan sos masak sebentar.
- Angkat dan curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi.
Isnin, 8 Mac 2010
Salam pada semua pengunjung yang sangat dialu-alukan kerana sudi datang ke sini dan berkongsi dengan kita...hari ini goreng ayam crunchy...senang untuk dibuat dan memang menjadi kegemaran semua ..tak kira lapisan .resepi ini diambil dari buku resepi yang dihimpun dari kelas katering aliran vokasional..maknanya telah diuji keberkesannya. Untuk mengesahkannya akak masak ayam goreng ini ..memang crunchy..rangup dan tidak berminyak.....layannnnn...
· 1 ekor ayam di potong 14
· 2 batang serai
· 5 ulas bawang putih
· 8 ulas bawang merah
· 1 sudubesar cili serbuk
· 2 cawan tepung gandum
· 3 biji telur ayam
· 2 sudubesar susu UHT (kotak)
· 2 cawan serbuk roti / nestum
· Minyak untuk menggoreng
Langkah – langkah :
1. Serai, bawang putih,bawang merah dimesin hancur. Campurkan dengan cili serbuk.
2. Gaulkan bahan di atas dengan ayam tadi. Perap selama 30 minit.
3. Toskan ayam dan masukkan tepung ke dalam beg plastic . Campurkan ayam ke dalam tepung dan goncangkan hingga ayam bersalut dengan tepung.
4.Pukul telur dengan susu UHT, masukkan garam.
5. Masukkan ayam ke dalam bancuhan susu ini dan golekkan didalam nestum atau serbuk roti. Pastikan ayam bersalut elok.
6. Goreng ayam dalam minyak yang panas. Goreng hingga keemasan.
7. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.
Kalau dah masak tu, masa makan tu ingat2lah akak ni....hihihiikk..tak dapat makan dapat ingatan jadilaa...bye jumpe lagi ...
Ahad, 7 Mac 2010
sumbat tahu sumbat !!!
Entry hari ini sambungan kepada sos pedas sebelum ni..Sos ini biasa dimakan dengan tahu sumbat atau apa2 je yang kita teringin.. Tahu sumbat sangat sinonim dengan keluarga kami . Dari kecik hingga tua tahu menjadi kegemaran....Tahu ialah sumber protein tumbuhan yang boleh menggantikan protein haiwan. Rasanya tak perlulah letak resepi... semua orang tahu nak menyediakan tahu sumbat ni......
Sos di atas resepi ada di bawah ya. Jangan lupa cuba okeh....selamat makan tahu sumbat !!!!
Khamis, 4 Mac 2010
pedas2 sos...
- Lada kering direbus dan kisar halus
- Masukkan ke dalam periuk besar
- Campurkan bawang putih yang dimesin, gula dan asam jawa (gambar atas sekali)
- Tambahkan air hingga cair ( kadar yang banyak)
- Masakkan hingga menggelegak.
- Perlahankan api dan masakkan sos ini selama 2 jam
- Bila sos mula memekat masukkan garam.
- Sesuaikan rasa sos..pedas, masam,manis dan masin.
- Angkat.
Inilah rupa sos yang telah dimasak. Sebenarnya sukatannya bergantung kepada kita.. Anggaran je akak bagi tu. Lama memasaknya pun bergantung kepada sukatannya pula. Kalau banyak lamalah kita memasaknya..kalau sikit sebaliknya pula....ala pandai2lah ya...hanya satu kalau lada tak cukup masak alamat rasa pedas je..maknanya tak sedap.. Sos yang dimasak warnanya merah gelap dan pekat. Sos ni boleh bertahan lama ..kalau dalam peti boleh sampai 2-3 bulan. Tak dimakan lagilah lama bertahannya hihihihi. Kalau di luar pula boleh 3-4 hari.. Hanya kita panaskannya 2 hari sekali.. Inilah petua yang emak akak bagi.. Resepi ni amat mudah dan murah ..kalau rajin boleh buat bisnes sos ni. Sedap dimakan bersama tahu sumbat, kopok lekor, cucuk udang dan macam2lah..kecur dah air liuk ni ...jumpe lagi kita ...byeeeeee
Rabu, 3 Mac 2010
Jum masak Spagetthi Mudah
1 peket spaghetti
8 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili merah kering - potong halus serong@bulat
2 tsps daun parsley cincang - hana gune dry parsley
1/4 cawan minyak zaitun
1sk garam
1sb virgin olive oil - utk dressing last
2 Telur setengah masak - optional
- Rebus spagetthi mengikut arahan peket .
- tambahkan garam sket dan juga minyak. Angkat dan toskan.
- Simpan air rebusan spagetthi lam 2 sudu besar. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun, tumis bwg putih hingga kekuningan. Pastikan api kecil supaya bwg tidak mudah hangus.
- Masukkan cili, gaul. Masukkan spagetthi dan juga air rebusan spagetthi tadi.
- Masukkan daun parsley dan perasakan dengan garam. Gaul seketika hingga air td kering.
- Angkat dan terus hidangkan. Sprinkle ngan virgin olive oil dan daun pasrley lagi jika suka.
Pecahkan telur rebus separuh masak jika suka.
Selasa, 2 Mac 2010
Senangnya nak bungkus Nasi Goreng Pattaya....
Langkah - langkah membungkus nasi goreng:
- Pecahkan telur, bubuh lada sulah dan garam. Pukul.
- Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan telur tadi dan lenggangkan sehingga menjadi bulatan yang nipis. padamkan api. Jangan diangkat, biar di dalam kuali.
- Masukkan nasi goreng ke dalam telur itu.
- Lipatkan keliling nasi tadi dengan lebihan telur di kelilingnya seperti dalam gambar.
- Selepas itu, tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan telur tadi.
- langkah seterusnya, letakkan tapak tangan kanan di atas pinggan, dan tangan kiri memegang telinga kuali.
- Terbalikkan kuali yang berisi pinggan seperti di bawah.
Tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan nasi di dalam kuali
Nasi Goreng Pattaya
Dah siap untuk dimakan. Jangan lupa picitkan sos cili di atas bungkusan nasi goreng ini. Tak sempat nak ambik gambar ...terus kena ngap dek anak bujangku.. Syaratku semalam kalau nak makan nasi pattaya ni kena mop dulu lantai dapur dan ruang tamu...selamat satu tugasan ku. Kadangkala kena keluar peraturan macam ni..anak demand , ibu pun demand..hehheee...elok juga macam ni...secara tak langsung mengajar anak2 bertanggungjawab....ok jumpe kita di lain hari...jumpa lagi byeeeeee......
Sabtu, 27 Februari 2010
Udang Sos & Nasi Tomato
- Beras direndam dahulu 2-3 jam. Toskan
- Bawang merah & putih dimesin. Halia dipotong macam lidi
- Cairkan marjerin. Tumiskan bahan kulit k.manis, cengkih dan pelaga
- Masukkan bawang yang telah dimesin tadi hingga wangi.
- Masukkan air yang telah disukat. Biarkan menggelegak
- Masukkan beras. Kacau rata.
- Masukkan susu cair dan sos tomato. Kacau rata.
- Masukkan daun ketumbar & daun sup.
- Tutup. Nasi kering, kecilkan api.
- Biarkan selama 10 minit , nasi akan masak.
- Udang digaul dengan sos tiram dan taburkan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang banyak. Bewarna perang angkat. Toskan
- Tumiskan bawang yang telah dimesin hingga wangi.
- masukkan cili kisar. Masakkan hingga terbit minyak
- Masukkan sos cili, tomato dan sos plum.
- Tambahkan air . Bubuh garam dan gula.
- Masukkan udang yang telah digoreng . Gaul rata.
- Angkat dan taburkan dengan daun ketumbar hiris.
Jumaat, 26 Februari 2010
Roti Murtabak Goreng
5 keping roti putih
2 biji telur A
1 biji tomato
1 batang carrot (kecil)
2 helai daun salad
1 labu bawang besar
secubit garam halus
secubit lada sulah
1 sudubesar butter
- Cairkan butter, masukkan bawang dadu - goreng sampai harum.
- masukkan tomato dadu. Buang isi tomato . Goreng hingga masak tomato .
- pecahkan telur dan masukkan . Tambah garam dan lada sulah. Jangan tunggu lama terus masukkan roti yang telah dipotong kecil. 1 keping roti potong 6 ..
- kacau hingga roti disalut dengan telur.
- Akhir sekali masukkan lobak yang disagat memanjang dan salad yang dipotong kecil.
- Kacau2 dan angkat. Hidangkan bersama dengan sos cili kalau nak pedas lagi...
Rabu, 24 Februari 2010
Roti Telur Bakar
Gambar atas ni baru habis dibakar..kalau nak wangi tabur je daun basil dan lada hitam....ynag nampak kemerahan tu keju mozarellah yang biasa diguna untuk pizza dan makaroni bakar.. Disebabkan memang ada lebih , parutkan je dan tabur atas permukaan roti ....Roti ni hampir masak , menggelembung dalam tin tu..naik tinggi .Buka pintu oven , biarkan dulu oven 5 minit baru dikeluarkan dari oven.
~Selamat mencuba ~
Isnin, 22 Februari 2010
Daun Maman. pahit ke?
Sedap ke? soalan yang selalu ditanya kalau menggulai daun maman..bukan semua orang suka.....
Kenal ke daun maman..untuk mereka yang seusiaku .Maman bukan benda yang pelik, tapi untuk generasiku dan orang muda sekarang daun maman tak masuk dalam kamus makanan diaorang. Daun maman sejenis sayur kampung yang tumbuh di tanah yang berpasir dan gembur...Kalau masa kecilku , arwah wan akan menyemai benih maman selepas membakar kayukayan di kebun..Tumbuh subur tanpa dibaja. Maman boleh dibuat jeruk dan dimakan dengan bawang mentah dan nasi panas atau digulai seperti ini..dua2 ni sedap ......
Langkah 1
Bersihkan daun maman, tumbuk kunyit dan cili sampai ceruh (lumat) dan perah kelapa. Masa perah kelapa tinggalkan semangkuk kecil pati santan untuk dimasukkan akhir sekali nanti.
Langkah 5
Akhir sekali masukkan pati santan yang telah diasingkan tadi. Fungsi pati ini untuk mengimbangi semula rasa kuah tadi..semasa proses menggulai, santan telah menjadi cair disebabkan air ikan dan air maman tadi..Untuk mengembalikan pekat santan tadi perlu dimasukkan sedikit santan pekat akhir sekali.. dan jerang sekejap.Tutup api . Gulai akan menjadi lebih sedap.
anda perlu mencuba gulai maman disebabkan khasiat yang terkandung dalam daun maman.. baik untuk kesihatan dan juga untuk kaum wanita....cuba jangan tak cuba !
Sabtu, 20 Februari 2010
ikan rebus goreng belado
Ikan dibersihkan dan dimasukkan garam,asam keping dan lengkuas. Bubuh air sikit je ..separuh dari ikan itu. Perlahankan api dan tutup periuk selama 5 minit..lepas tu buka periuk untuk mengeringkan airnya..( ikan rebus yang dijual di pasar tak dibuang isi perutnya...fikir2lah ya.....)
Langkah 5
Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.. Gaulkan dengan rata dan tutup api. Hidangkan dengan nasi panas dan sayur..Rasa ikan rebus ni sedap sebab asam garamnya dan meresap ke dalam daging ikan ...cubalah resepi ni , mesti nak lagi...kalau makan dengan orang tua lagi laju sebab ikan rebus makanan orang dulu2...resepi di bawah ni.....
Ikan Rebus Goreng Belado
Bahan A
4 ekor ikan kembong
3 keping asam keping
4 hiris Lengkuas
garam secukup rasa
Campurkan semua bahan dan rebus kering. Kemudian digoreng garing.
Bahan B
10 tangkai lada kering direbus
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai titik
1 keping asam
garam, gula secukup rasa
Tumis bahan B hingga naik minyak dan masukkan ikan goreng tadi. Gaul rata-rata. Siap.
Khamis, 18 Februari 2010
Gulai Jantung
Jantung pisang dibelah 6 memanjang, masukkan ciliapi tumbuk , asam keping dan santan pekat yang diperah sendiri - elakkan diblend..pasti masakan kita lebih enak..tak caya ..cuba buat.
.
Masakkan atas api yang besar dulu, menggelegak gulai kacau dan kecilkan api..masakkan perlahan . Rasa garam dan asamnya..rasa dah ok , boleh angkat ..
Ini gulai jantung pisang ..Tak perlu campur ramuan lain..tapi kalau nak campur ikan bilis lagi sedap pedas2 lemak ...okeh selamat mencuba ya..simple masakan ni tapi membuka selera ..sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masin goreng..
