Resepi filling tat: ( Sumber: Chef Jimmy Chang )
Rabu, 13 April 2011
TAT STRAWBERRY
Ahad, 10 April 2011
Blueberry Cheese Tat
Isnin, 4 April 2011
CLASSIC CUP CAKES
1.Pukul butter hingga lembut dan licin.
2.Masukkan gula dan putar lagi hingga berkrim.
3.Masukkan telur sebiji2 dan putar lagi hingga kembang.
4.Tepung, koko dan soda bikarbionat di tapis .
5.Masukkan tepung 1/3 dari bahan tepung ke dalam adunan butter dan pukul. 6.Masukkan 1/2 dari susu segar tadi dan pukul sebati.
7.Ulang sampai habis bergilir-gilir bahan basah dan kering.Akhir sekali tepung.
8.Sendukkan ke dalam cupcakes 3/4 penuh.
9.Bakar dengan suhu 170 selama 25-30 minit.
Selamat mencuba......
Rabu, 30 Mac 2011
Apam Yoghurt
Panaskan pengukus.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan.
Putar bahan hingga kembang dan naik.
Bahagi adunan kepada 3.
Warna 2 bahagian dan 1 bahagian masukkan serbuk koko dan masukkan coklat paste.
Sendukkan ke dalam cup cakes dan kukus selama 15-20 minit.
Rabu, 16 Mac 2011
Double Choc Muffin
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 3/4 cawan gula perang (resepi asal gula kastor, so kurang manis sikit)
- 1/4 cawan serbuk koko
- 100 gm mentega, dicairkan
- 1 biji telor
- 3/4 cawan yogurt plain
- 1/2 cawan susu coklat (resepi asal susu putih)
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan choc chips (*ummi out of stock, letak choc rice je)
- Cara Membuat:-
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula.
- Pukul telor dan esen vanila, masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
- Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (*ummi guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
- Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
- Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
- Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih.Selamat Mencuba...jumpa kita lagi...bai2...muahhh...
Jumaat, 4 Mac 2011
Muffin Strawberry
180 gram mentega berkualiti tinggi
170 gram gula halus @ kastor
4 biji telur gred A350 gram tepung gandum*
20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
160 ml susu segar (mat guna susu sejat)
1 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem strawberry tanpa gula jenama "SMUCKERS")
- Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur stau persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak waktu antara satu biji telur ialah 1 minit.
- Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
- Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 camca teh jem strawberry di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...
Ahad, 6 Februari 2011
Rich Chocolote Pudding
Bahan-bahan puding:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan tepung susu
1/2 st garam
41/4 cawan air
4 sb tepung jagung
1/2 st esen vanilla
1 paket serbuk agar-agar
3 sb butter
Bahan Sos Kastard:
2 cawan susu segar
1 sb tepung kastard
1 sb gula castor
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga pekat di atas api. Angkat.
Langkah-langkah membuat:
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali butter.
- Jerangkan di atas api hingga mendidih.
- Masukkan butter, kacau hingga pekat.
- Angkat dan masukkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
- Sejukkan dan hidang begitu saja atau bersama sos kastard dan coktail buah2an.
Okeh, kita jumpe lagi ya..Insyaallah kalau buat pertama kali pun mesti menjadi...simple dan mudah...cuba ya !
Sabtu, 15 Januari 2011
~ APAM BALIK ~ bolehlaaa......
Ahad, 2 Januari 2011
Pastri Inti Ayam
Langkah-langkah:
Sediakan inti ayam:
- Bersihkan ayam dan potong dadu.
- Potong dadu bawang besar dan cincang bawang putih.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
- masukkan ayam tadi dan masakkan hingga ayam masak.
- Masukkan lada hitam, garam dan basil. Gaul sebati.
- Angkat dan sejukkan.
Sediakan pastry :
- Bubuh inti atas kepingan pastry dan lipat ikut bentuk yang disukai.
- Tekan tepi pastry dengan garpu untuk melekatkan tepi pastry.
- Kelar permukaan pastry dengan pisau tajam .
- Sapu permukaan pastry dengan telur untuk mendapatkan warna yang cantik.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170 darjah selama 15-20 minit.
- Bila sudah masak , angkat dan sejukkan atas redai.
Isnin, 27 Disember 2010
APAM PELANGI
Bahan-bahan :
4 biji telur
2 sb ovellette
1 sk vanilla
220 gram gula castor
300 gram tepung gandum
250 ml santan kara
1 st baking powder
3 pewarna
Langkah-langkah membuat:
- Telur, ovellette dan gula castor dipukul hingga gebu dan pekat.
- Masukkan vanilla dan pukul sebati.
- Ayak tepung gandum dan baking powder.
- Masukkan santan kara tadi dan pukul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
- Bahagikan kepada 3 warna yang disukai.
- Senduk ke dalam loyang yang telah dialas. Senduk selapis demi selapis mengikut warna.
- Masukkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
- Tutup penutup kukusan dengan aluminium foil atau kain dapur.
- Kukus selama 30 -40 minit hingga masak.
- Angkat.
Khamis, 23 Disember 2010
ORANGE MOCHA BROWNIES
Bahan-bahan :
Bahan A:
11/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko serbuk
1 camb serbuk kopi ( guna 1 pkt 3 in 1 coffee)
1 cawan gula castor
250 gram butter
4 biji telur
1 camb vanilla
Bahan B:
1 biji orange ( 1/2 cawan juice)
1 cawan coklat chip
Bahan Toping:
200 gram dark choclate
1/4 cawan whip cream
1 tbs coffee powder( tak bubuh)
Langkah-langkah membuat:
- Masukkan semua bahan A dalam mesin dan putar sebati.
- Sagat kulit limau dan ambil juice.
- Masukkan bahan B akhir sekali. Putar sebati.
- Masukkan ke dalam peti tin yang telah dialas dan bakar selama 25 minit dengan 175 darj cel.
- Setelah masak, angkat dan sejukkan di atas redai.
- Tabur almond yang telah dimesin di atas permukaan brownies dan curah coklat toping ke atasnya.
Rabu, 22 Disember 2010
KIWI MUFFIN
- Satukan telur dan air., Kacau bagi sebati.
- Masukkan tepung muffin dan kacau guna whisk saja.
- Masukkan minyak canola tadi dan kacau bagi sebati.
- Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar dengan suhu 190 darjah.
- Bila telah masak, angkat dan sejukkan atas redai.
Isnin, 20 Disember 2010
ROTI GULUNG SOSEJ
Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich
5 batang sosej ayamas
1 biji telur
1/2 cambt garam halus
3 camb serbuk roti
minyak untuk menggoreng
sos cili
Langkah-langkah membuat:
- Roti digelek sedikit untuk memudahkan menggulung.
- Letakkan sosej atas roti dan gulung kemas.
- Pukul telur dengan garpu dan bubuh garam.
- Celupkan roti gulung tadi ke dalam telur dan gulingkan diatas serbuk roti.
- Goreng dalam minyak panas. Perlahankan api.
- Angkat apabila roti telah garing dan toskan.
- Hidang bersama dengan sos cili.
Catatan:
Keping roti dilekatkan dengan menyapu telur ditepi roti. Selamat mencuba....
Ahad, 19 Disember 2010
PIZZA GEBU
Langkah-langkah Membuat:
Untuk doh:
- Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali mentega.
- Gaul hingga sebati.
- Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.
- Perap selama 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
- Bahagi doh kepada 2. Uli canai mengikut besar acuan pizza.
- Sapu permukaan doh dengan sos tomato. (Akak guna sos spagheti)
- Ratakan isi tuna atas permukaan doh dan diikuti dengan sosej yang dipotong serong.
- Susun bawang besar yang dipotong bulat dan parut keju mozarella diatasnya.
- Tabur serbuk oregano dan juga lada hitam jika suka.
- Bakar selama 24-30 minit dengan suhu 190 darjah.
- Setelah separuh masak, keluarkan dan tambah parutan keju mozarella.
- Setelah masak, angkat dan makan dengan sos cili panas-panas.