Rabu, 30 Jun 2010

KOTAM MASAK LOMAK CILI API

ASSALAMUALAIKUM


Salam sejahtera..apa kabo..nak kongsi menu malam tadi ..gulai ketam masak lemak cili api..Kalau beli ketam lebih suka masak lemak cili api sebab ada umphhhh..tapi mestilah pedas dan berlemak. Kaau masak lomak cara orang nogori memang tak perlu ramuan apa-apa selain cili api, santan, garam dan asam. Bawang2 ni memang tolak tepi sebab kalau bawang dicampurkan kedalam masak lemak cili api , bau bawang tu kuat hingga boleh menenggelamkan aroma lauk itu sendiri..itulah pendapat orang tua jati nogori sembilan. Akak ni pun anak jati nogori tapi dah membawa diri ke negeri orang.. Satu lagi masak lomak nogori kalau tak pedas berasap..bukanlah masak lomak cili api namanya tu...Tapi pedas bukan sebarang pedas..mesti seimbang dengan garam dan asam kepingnya itu...pedas, masam dan masin tu kena sama naik...itu pendapat wan akak anak jati nogori sembilan.





Masak lemak ..senang je masuk semua bahan dalam periuk ...jerang hingga menggelegak baru kacau dan perlahankan api . Biarkan menggelegak perlahan-lahan hingga masak. Rasa garam asam baru angkat. Jangan dikacau selalu ..dont worry tak akan pecah santan..





BAHAN - BAHAN :

2 ekor ketam saiz besar
10 -15 cili api kampung
2 sm kunyit hidup
2 keping asam keping
1 biji kelapa tua
2 batang serai.

LANGKAH-LANGKAH MEMASAK :

  1. Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat. Tambah garam sekali.
  2. Campurkan ke dalam ketam yang telah dicuci . Bubuh asam keping dan serai yang telah dititik.
  3. Perah kelapa dengan air yang sedikit-sedikit. Elakkan perah dengan air yang banyak. Kerana santan cair tidak sedap untuk masak lemak cili api.
  4. Jerang atas api . Biarkan gulai menggelegak dan kacau.
  5. Perlahankan api dan biarkan gulai atas dapur hingga pekat.
  6. Rasa garam asam dan tutup api.