Isnin, 5 Julai 2010

AYAM MASAK ASAM

ASSALAMUALAIKUM
Masak asam ayam jarang dibuat tapi ok jugalah...cara masak yang senang main campak-campak je ke dalam periuk...Pada yang suka makan ayam bagus juge kurangkan minyak dan lemak..masak asam ni gunakan minyak yang sikit je untuk menumis bawang dan lada ..Apapun masakan mesti pedas..dah nak wat camne sejak azali makan pedas..kalau tak pedas tak boleh nak telan terutama masak ayam dan daging.Masak asam kali ni betul2 sempoiii..apa yang ada dalam peti.Tapi rasanya sedap juge janji rasa garam, asam dan pedasnya seimbang..jum layan..


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam
15 -20 biji cili api kampung
1 cm kunyit hidup
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 ikat daun kesum
1 camt garam
1 camb minyak
LANGKAH - LANGKAH MEMBUAT :
  1. Tumbuk bawang merah dan putih.
  2. Tumbuk kunyit dan lada hingga lumat.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  4. Masukkan lada yang telah ditumbuk
  5. Masukkan air asam dan masakkan hingga pekat. Masukkan serai dan lengkuas.
  6. Masukkan ayam dan biarkan menggelegak. Perlahankan api. Biarkan merenih lama.
  7. Masukkan daun kesum. Rasa garam dan asam.

Catatan : Sebaik-baiknya buang semua kulit ayam sebelum dimasak. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dan lemak.



IKAN GORENG CILI API

ASSALAMUALAIKUM



Petang tadi kononnya tak nak masak lauk untuk makan malam , nak beli je ikan bakar sekor sebab dah masak ayam masak asam..Bukannya apa siayah tak nak makan ayam kat umah..jaga diet. Pukul 6.30 keluar bandar..tengok kedai yang biasa beli tu tutup pulak..camne ni..Terpaksalah singgah kat TF beli ikan mentah ..beli 2 ekor ikan papan ( mcm bawal putih ). Balik umah terus masak goreng cili api. Masakan yang paling senang kalau dah kesuntukan masa. Kalau akak masak stlye ni mesti teringat kat makcik kat kg ..sebab masa kecik2 akak selalu menebeng kat umah dia..ni lah menu selalu dimasak selain gulai lomak cili api tu..akak rasa sedap sangat aromanya tu..tambah makan pulak dengan nasi hangat..tak caya cubalah..tengok bahan di bawah:




BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan
10 ulas cili api
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 batang serai
2 labu bawang besar
2 keping asam
1 camt garam

LANGKAH MEMBUAT :

  • Bersihkan ikan dan bubuh garam kunyit. Goreng garing.
  • Mayang bawang besar
  • Tumbuk kunyit dan cili api dengan garam.
  • Panaskan minyak 2 sudu besar dan tumiskan bawang tadi .
  • Masukkan cili tumbuk, serai titik , halia ketuk dan asam keping.
  • Goreng hingga bawang layu lada garing.
  • Masukkan ikan tadi dan gaul sebati.
  • Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

catatan : Kalau menggunakan ikan parang atau tenggiri lagi sedap..manis . Cubalah resepi ni simple dan cepat....jumpa lagi...bai-bai...mata mengantuk pulak malam ni..