Isnin, 16 Mei 2011

KUIH LOPES ASLI..

Lopes

Assalamualaikum dan selamat Hari Guru.....Akak nak tayang kuih lopes ni dari minggu lepas tapi terbantut kejap...ni kongsi kuih lopes yang dibuat oleh orang-orang dulu...Sebenarnya akak buat ni belajar dengan boss akak yang pernah ajar cara nak buat nasi beriani kambing dulu.. beliau telah sudi mengajar cara-cara nak bungkus kuih lopes dengan daun pisang dan rasa kenyal pulut tu berbeza dengan lopes yang ditanak semata...okeh kita tengok gambar di bawah ini dulu...kalau ada kesempatan akak nak upload video yang diambik semasa membungkus lopes tu...nampak je mudah tapi berpeluh jugelah nak membalut pulut dengan daun pisang ni.....jum tengok...hmmmmm..sedap u...



Lopes bentuk ketupat

Batang lopes

Pulut yang cukup kembang ..


Bahan-bahan :

1 kilo Pulut
Air daun pandan
1 st kapur makan
10 helai daun pisang lebar
10 utas tali plastik
1 keping gula melaka
3 sb gula pasir
1 kelapa parut muda
1 st garam halus


Langkah-langkah membuat:

1. Rendam pulut selama 1 jam dengan air daun pandan. Masakkan dengan sedikit air daun pandan separuh masak. Biarkan sejuk sebentar.
2. Layur daun pisang dan bentangkan daun pisang dan bubuh pulut di atasnya dan gulung sekiranya hendak membuat batang lopes. Untuk bentuk tiga segi bungkus macam ketupat palas.
3. Ikat kemas bungkusan daun pisang ini dan rebus semula di dalam air yang banyak sehingga pulut betul-betul kembang dan tidak berbiji .
4. Masakkan air gula kabung dan gula pasir dengan daun pandan dan sejukkan.
5. Setelah pulut masak buka balutan daun pisang dan gaul dengan kelapa yang telah dibubuh garam.
6. Hidangkan bersama dengan air gula melaka tadi.


Selamat mencuba kuih melayu lama ini......