Khamis, 4 Ogos 2011

Makaroni Bakar ( Resepi Pilihan Diana)


Assalamualaikum.....meh kita tukar2 selera di bulan Ramadhan...kadang2 nak masak untuk jadi masalah juga nak bagi diorang seronok nak bersahur.. untuk warga umah akak ni kalau kena masakan macam ni ok je..tak de soal jawab....lesap semuanya. Tapi untuk selera makayahnya bukanlah ini...tetap nasi dan lauk. Pernah akak entry sebelum ni..cuba tengok di s .Kali ni akak buat dalam cup foil yang kecil..kecil2 pun besar juge..kenyang makan. Resepi asal akak cedok dari Resepi Pilihan Diana. Memang resepi ni sedap dan ramai yang memuji. Kredit untuk Diana. akak dah tak dapat jejak blog Diana lagi..puas dah cuba tapi tak jumpa2..apapun terimakasih Diana yang tinggal di Singapura. okeh layan resepi ni..



Bahan A:
Makaroni 500gm
Cheese Mozarella 250gm

Bahan B:
Sos Daging
500 gm daging kisar
1 tin cendawan butang
2-3 tin sos spaghetti Prego (Campbells)
2 labu bawang besar holland ( dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
8 ulas lada merah Thai
2 sb minyak masak
garam

Bahan C:
Sos Cheese
250 gm cheese Cheddar
600ml susu segar
3 sb tpung gandum
4 sb butter
4 sb lada hitam cincang

Langkah-langkah membuat :
  1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi.
  3. Masukkan sos Preggo dan air. Kalau 3 tin sos , airnya pun 3 tin. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging kisar dan masakkan hingga pekat.
  5. Masukkan cendawan, garam dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api.
  6. Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.
  7. Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel.
  8. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api.
  9. Masukkan susu segar dan tambah air 300 ml.
  10. Masakkan hingga pekat dan berkilat.
  11. Masukkan lada hitam. Tutup api.
  12. Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni dan sos cheese. Ulang balik . Pastikan lapisan atas ialah sos cheese.
  13. Parut keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Tabur serbuk basil .
  14. Bakar dengan suhu 180 selama 45 -50 minutes.
  15. Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.
  16. Hidangkan dengan sos chili.



~ Selamat Berbuka Puasa ~