Selasa, 2 November 2010

Langkah Memasak Nasi Beriani Kambing ( entry ke 3)

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
Baru berkesempatan untuk N3 langkah-langkah memasak Nasi Beriani Daging Kambing ..N3 sebelum ini tentang memasak Lauk Kambing Beriani dan juga bahan-bahan untuk memasak Nasi Beriani tersebut. Sebelum memasak nasi beriani ni, lauk mesti disediakan dahulu untuk dimasakkan sekali dengan Nasi Beriani ni..Ambil masa juga untuk menyediakan nasi beriani ni tapi berbaloi2....Hari ni akk cuti, bolehlah meneruskan ekspedisi memasak nasi beriani ni hihihii....Akk tunjukkan pic langkah demi langkah untuk lebih mudah faham okay...Bahan-bahan lengkap last sekali..jum ikut akak...

Pic 1
Bahan-bahan untuk direbus untuk merebus beras beriani

Pic 2
Rebus bahan-bahan herba dengan air yang agak banyak dalam tempoh 45 minit untuk mendapatkan aroma herba. Selepas itu masukkan beras beriani, rebus hingga 3/4 masak. Kemudian tapis semua bahan yang direbus, buang air dan herba2. Toskan beras. Masukkan ke dalam periuk nasi.



Pic 3

Ratakan nasi 3/4 masak tadi. Bubuh daging kambing beriani dan susun ( yg telah dimasak terlebih dahulu..rujuk N3 sebelum ni )



Pic 4
Taburkan pula bahan-bahan tambahan seperti kismis, gajus, badam,kacang peas, daun ketumbar, pudina, lada besar hijau dan merah.




Pic 5
Tutup semula dengan nasi tadi dan tabur lagi dengan bahan-bahan seperti di atas. Jangan lupa bawang goreng merah dan putih. Buat langkah ini untuk dapatkan 3-4 lapisan nasi dan daging.



Pic 6

Lapisan atas sekali berupa seperti ini.


Pic 7
langkah terakhir masukkan minyak sapi yang telah dicairkan dan susu cair . Ratakan semasa mencurahkan di atas nasi. Tutup nasi dengan daun pisang dan letak atas dapur. Bubuh benda benda berat untuk mengelakkan wap nasi keluar. Masakkan selama 30 minit.





Bahan- bahan Nasi Beriani Kambing
A. Bahan Untuk Rebusan Nasi.
1 kilo beras basmathi
air ( tak perlu sukat )
5 helai daun pandan
6 cm halia- tumbuk kasar
2 biji limau purut-ambil kulit
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
15 biji bunga cengkih
30 biji lada hitam
15 biji buah pelaga
secekak akar /batang daun ketumbar
1 biji buah pala-tumbuk kasar
sedikit air ros
B. Bahan Untuk Ditabur Dalam Nasi
1/2 kilo daging kambing - telah dimasak.
1 tin kecil minyak sapi - cairkan
1 tin susu cair
1 ikat daun ketumbar
1 ikat daun pudina
10 ulas kecil bawang merah goreng
6 ulas bawang putih goreng.
pewarna kuning/koma2/safron
Langkah-langkah memasak Nasi Beriani:
langkah 1
  • masukkan semua bahan rebusan ke dalam periuk dan rebus selama 1 jam
  • Masukkan beras basmathi dan masak sehingga 3/4 masak.
  • Toskan beras.
  • Sediakan periuk untuk memasak nasi.

Langkah 2

  • Lapisan pertama-di dalam periuk , masukkan nasi yang ditos tadi dan ratakan.
  • Lapisan kedua - diikut dengan daging kambing yang telah dimasak, tabur kismis, buah gajus, badam daun ketumbar, pudina, pewarna kuning direnjis2,bawang goreng, cili hijau,merah,kacang peas dan kismis.
  • Ulang kembali lapisan pertama dan kedua tadi hingga habis.
  • Akhir sekali masukkan susu cair dan minyak sapi. Curah rata atas nasi.
  • Tutup dengan daun pisang dan letukkan lesung batu untuk mengelakkan wap keluar.
  • jangan lupa alas periuk dengan tutup periuk untuk mengelakkan nasi berkerak. kecilkan api dan biarkan sekurang-kurangnya 30 -45 minit.
  • Nasi yang telah dimasak, boleh dimakan dengan lauk kambing beriani yang selebihnya dan juga acar rampai.

Huhhhh...lega rasanya selepas selesai entry resepi nasi beriani ni..okeh kepada yang berminat sila rujuk entry sebelumnya untuk lebih faham. Sebenarnya tak susah mana pun tapi mesti dibuat dengan hati yang tenang dan juga minat yang mendalam..kalau tak bersedia...list dulu donggg...lain kali boleh dibikin...oh ya , kambing boleh diganti lembu atau ayam...selamat mencubaaaaaa..bai2...kena stop dah ni...jumpa lagi...