Isnin, 18 Oktober 2010

~ Kari Kepala Ikan Haruan Tasik ~

Assalamualikum
~Kari Kepala Ikan~
Pernah dengar dan tahu ke ikan haruan tasik ni? Bukan hidup di tasik tapi laut..tidak semahal ikan tenggiri tapi enaknya hampir macam isi ikan tenggiri tu..Akak ada seorang rakan setugas yang hobinya pergi memancing ke laut dalam..pada sabtu lepas macam biasa rakan akk ni (pangkat adik2) pergi join ngan geng2 yang lain memancing di Kemaman , Terengganu.. Macam biasa disebabkan beliau ni bujang trang tang2..selalulah bawak ikan pelik2 minta dimasakkan dan dimakan bersama..kali ni kami dikejutkan dengan tangkapannya Ikan Haruan Tasik..tapi hidup dilaut.. besarnya tengok kat bawah tu..puas menyiangnya weh...tapi memang sedap dimasak kari sebab akak pernah makan sekali dalam jamuan ...memang best.. Disebabkan ikan ni boleh makan 20 orang makan bahan-bahan rencah nak memasaknya pun memanglah banyak..caya tak caya kos bahan-bahan nak memasaknya tu pun hampir 30 hinggit...tapi dapat dalam seperiuk besar dan jadi rezeki kamilah hari ni makan beramai2 dan boleh pulak ditapau balik untuk makan malam ni....Resepi di bawah ni akak rujuk juga kat http://hanieliza.blogspot.com/ Hanya akak ubahsuai sikit masa memasak tu sebab dah tak ingat langkah-langkah kak liza tu..hanya bahan je yang melekat dalam kepala ni...jum layan ( resepi ni akak dah jadikan untuk 1 kepala ikan je ) Terimakasih pada kak liza ya...
Bahan-bahan :
1 ketul kepala ikan (besar)
2 bungkus serbuk kari babas
2 biji terung bulat
8 batang bendir
4 biji tomato
1 cawan air asam
2 cawan santan pekat
4 biji bawang besar
minyak
garam
Bahan tumis:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sb halba
2 tangkai daun kari
Langkah-langkah memasak:
  1. Cuci bersih kepala ikan dengan air asam.
  2. Mesin bawang merah, putih dan halia.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah kari, daun kari dan halba. Kecilkan api. Masakkan rempah hingga terbit minyak. Masukkan bawang besar yang telah dibelah 4.
  5. Masukkan air asam dan masakkan sekejap. Masukkan santan tadi.
  6. Masukkan kepala ikan dan tomato. Biarkan dengan api perlahan sehingga hampir masak.
  7. Masukkan terung bulat yang dibelah 4. Biarkan terung empuk dan akhir sekali masukkan bendi.
  8. Rasa garam dan setelah bendi lembut tutup api.
  9. Hidangkan bersama nasi dan roti.


ikan Haruan Tasik sebelum disiang...

~ Goreng Pisang Rangup ~

~ ASSALAMUALAIKUM ~
Pisang goreng ke goreng pisang ? Apa2 je laa..yang penting bila makan goreng pisang mesti nak yang rangup , manis dan tidak berminyak..meh nak kongsi versi goreng pisang ni..salah satu cara menggoreng pisang guna tepung gandum dan minyak panas...adunan mesti pekat dan memang pisang ni tidak berminyak dan rangup..


Bahan-bahan :
1 sikat pisang nipah
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air sejuk
1 senduk minyak panas
1 st garam
1/2 st kunyit serbuk
minyak menggoreng
Langkah-langkah membuat:
  1. Pisang dibelah tiga.
  2. Panaskan minyak menggoreng.
  3. Masukkan tepung, air, garam dan kunyit. Bancuh biar sebati.
  4. Masukkan sesenduk minyak yang telah dipanaskan tadi.
  5. Bancuh hingga menjadi adunan yang pekat.
  6. Celup pisang dan goreng dalam minyak tadi. Kecilkan api.
  7. Balik2kan pisang tadi dan angkat.
  8. Siap untuk dihidangkan.

~ Udang Masak Lemak cili Api & Tomato ~

~ Assalamualaikum ~
Masam Lemak Udang & Tomato
Suka makan udang ? Bagi akak udang ni kalau masak lemak cili api dengan apa2 je memang sedap sebab manisnya tu keluar dalam kuah santannya tu..pernah entry dulu udang dengan rebung. Kali ni udang dengan tomato...lagi manis. Kalau masak lemak udang ni , campak je semuanya dalam periuk sebab udang tidak mengambil masa yang lama untuk dimasakkan berbanding dengan ikan dll tu...Udang ni cepat di masak dan sedap dimakan...eh..eh.. teringat pula iklan Maggi dulu2...cepat dimasak sedap dimakan..ada ke lagi iklan ni skg ek? Tak pasti sebab jarang duduk dpn tv..okeh jum tengok langkah demi langkah gulai udang ni...

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk tanah ni..periuk lain tak de hal ...

Masukkan santan pekat dan jerang atas dapur.
Bahan-bahan :
500 gm udang sederhana besar
15 biji cili api
2 cm kunyit hidup
2 keping asam gelugor
4 biji tomato
1 camt garam kasar
1 biji kelapa
Langkah-langkah membuat:
  1. Bersihkan udang dan toskan.
  2. Tumbuk cili dan kunyit hingga hancur.
  3. Bersihkan tomato dan belah 4
  4. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  5. Perah kelapa dengan air yang sedikit-sedikit untuk mendapatkan santan pekat ke dalam periuk tadi.
  6. Letak periuk atas dapur dan biarkan gulai menggelegak.
  7. Perlahankan api, kacau gulai tadi biar sebati dan masukkan garam.
  8. Biarkan sebentar hingga masak dan rasa asam garamnya. Tutup api.

Catatan:
kalau menggulai masak lemak cili, tidak perlu mengacau selalu semasa memasak. Hanya perlu dikacau semasa gulai itu menggelegak dan terus perlahankan api sementara gulai itu masak. Rasa asam garam dan tutup api.