Assalamualikum
Pernah dengar dan tahu ke ikan haruan tasik ni? Bukan hidup di tasik tapi laut..tidak semahal ikan tenggiri tapi enaknya hampir macam isi ikan tenggiri tu..Akak ada seorang rakan setugas yang hobinya pergi memancing ke laut dalam..pada sabtu lepas macam biasa rakan akk ni (pangkat adik2) pergi join ngan geng2 yang lain memancing di Kemaman , Terengganu.. Macam biasa disebabkan beliau ni bujang trang tang2..selalulah bawak ikan pelik2 minta dimasakkan dan dimakan bersama..kali ni kami dikejutkan dengan tangkapannya Ikan Haruan Tasik..tapi hidup dilaut.. besarnya tengok kat bawah tu..puas menyiangnya weh...tapi memang sedap dimasak kari sebab akak pernah makan sekali dalam jamuan ...memang best.. Disebabkan ikan ni boleh makan 20 orang makan bahan-bahan rencah nak memasaknya pun memanglah banyak..caya tak caya kos bahan-bahan nak memasaknya tu pun hampir 30 hinggit...tapi dapat dalam seperiuk besar dan jadi rezeki kamilah hari ni makan beramai2 dan boleh pulak ditapau balik untuk makan malam ni....Resepi di bawah ni akak rujuk juga kat http://hanieliza.blogspot.com/ Hanya akak ubahsuai sikit masa memasak tu sebab dah tak ingat langkah-langkah kak liza tu..hanya bahan je yang melekat dalam kepala ni...jum layan ( resepi ni akak dah jadikan untuk 1 kepala ikan je ) Terimakasih pada kak liza ya...
Bahan-bahan :
1 ketul kepala ikan (besar)
2 bungkus serbuk kari babas
2 biji terung bulat
8 batang bendir
4 biji tomato
1 cawan air asam
2 cawan santan pekat
4 biji bawang besar
minyak
garam
Bahan tumis:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sb halba
2 tangkai daun kari
Langkah-langkah memasak:
- Cuci bersih kepala ikan dengan air asam.
- Mesin bawang merah, putih dan halia.
- Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang tadi hingga naik bau.
- Masukkan rempah kari, daun kari dan halba. Kecilkan api. Masakkan rempah hingga terbit minyak. Masukkan bawang besar yang telah dibelah 4.
- Masukkan air asam dan masakkan sekejap. Masukkan santan tadi.
- Masukkan kepala ikan dan tomato. Biarkan dengan api perlahan sehingga hampir masak.
- Masukkan terung bulat yang dibelah 4. Biarkan terung empuk dan akhir sekali masukkan bendi.
- Rasa garam dan setelah bendi lembut tutup api.
- Hidangkan bersama nasi dan roti.
Tq for sharing kak .. Akak ni mesti orgnya ringan tulang,. Peramah dan baik orgnya .. Dulu sye pown ade jiran macam akak masa kerja kt estate la tapi .. Dok dalam tu mmg kebiasaannya mancing je la dgn memburu .. Rajin jgk dulu dpt ikan baung,seluang batang,Lampam,Kelabau dgn Landak .. Haha .. Nasib ade orang² yg macam akak kt sana rajin tolong masakkan utk sye yg bujang ni .. Da macam family da kt sana dgn diorang .. Happy je rasa ..Sambil kita dpt merasa sambil tu dpt jugak buat rezeki mereka sekeluarga .. Moga Allah ramaikan lg komuniti yg baik² mcm akak ni .. Amien ..
BalasPadam