Jumaat, 20 Ogos 2010

LEPAT PISANG

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah..di samping itu juge bulan inilah juga ibu2 dan isteri2 akan memasak resepi kegemaran keluarga..kalau hari lain tak sempat nak buat tapi bulan Ramadhan aura buat kuih yang lama ditinggalkan akan datang automatik..ini lepat pisang style akk..sebenarnya kuih ni senang tapi akk pun seriau juge kalau tak menjadi...lepat2 pun kena tau cara melepat ....nanti akk bubuh resepi kemudian ek, kena keluar pulak ni ..ada hal pulak..nanti sambung lagi..jamu mata dulu...

Ni dah boleh bagi resepi..sebelum tu pengukus merah plastik sangat pratikal untuk kita kukus apa2 je dengan cepat..Akak kukus muffin, apam, pau dan juga ikan pun guna pengukus ni..berbaloi sebab cepat dan jimat gas.. ok jum layan bahan-bahan di bawah ni..
Bahan-bahan lepat pisang:
6 biji pisang masak
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1/2 paket santan serbuk
1/4 camt garam halus
daun pisang secukupnya
Langkah-langkah membuat:
  1. Lenyek pisang dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan santan serbuk. Kalau santan cair guna yang pekat.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Daun pisang dipotong dan dilayur dengan api gas.
  5. Panaskan kukusan .
  6. Sudukan adunan pisang tadi ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
  7. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.
  8. Sejukkan dahulu sebelum dimakan. Enak juga dimakan suam.
Senangkan nak buat lepat. Hanya kalau guna santan air pastikan tidak lembik sangat. Susah pulak nak bungkus dan apam tu pula lembut sangat. Guna api yang kuat semasa mengukus..selamat mencuba..kalau tak sedap buat lagii...wassalam..







LEPAT PISANG

PARI MASAK ASAM KARI

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
IKAN PARI MASAK ASAM KARI
Syukur kita dilimpah rezeki berbuka puasa..petang tadi akak berbuka dengan pari masak asam kari. Pernah ternampak di umah MAT GEBU satu ketika...tapi sejujurnya akak tak sempat salin resepinya..Yang ini akak main bantai je la bahannya..serupa dengan masak asam biasa tapi kutambah kari sikit sebab tu tajuknya masak asam kari..oklah tu..selalunya masak asam tak pernah bubuh kari..kali ni akak try kelainan sikit..ikut rasa hati akak je ni bahan-bahannya..boleh tahan juge rasanya
kalau tak sedap..tak masuk blog hihi.okeh jum tengok..layan..

IKAN PARI MASAK ASAM KARI
Bahan-bahan :
1/2 kilo ikan pari
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai
1 senduk lada bor
10 batang lada kering
1 camb serbuk kari
1 camb asam jawa
2 biji tomato
6 batang bendir
3 camb minyak
Langkah membuat :
  1. Cuci bersih ikan pari dengan limau nipis.
  2. Blend bawang2 dan lada kering.
  3. Titik lengkuas, halia dan serai.
  4. Panaskan minyak , tumiskan bawang hingga naik bau.
  5. Masukkan lada blend dan rempah dan masakkan hingga pecah minyak.
  6. Masukkan air asam dan biarkan sebentar. Tambah air
  7. Masukkan ikan pari dan tomato.
  8. Masukkan bendir dan garam.
  9. Perlahankan api dan rasa garam asamnya.
  10. Setelah kuah pekat ,angkat dan hidangkan bersama nasi panas..