Memaparkan catatan dengan label cookies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cookies. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2011

~ Almond London ~

Assalamualaikum semua

Almond London ialah biskut wajib dibuat selain tat nenas, cornflakes madu dan choclote chips. Untuk cookies ini akak tetap pilih resepi yang telah digunakan lama dulu... dan biskut ini juga yang telah mengheret akak menjual biskut raya terutamanya almond london. Tetapi dua tiga tahun kebelakangan ni akak tak larat dah nak ambil tempahan...untuk buat sendiri pun tercungap-cungap ...dan masa yang ada pun banyak sangat hal nak diuruskan. Ini pun sempat buat dua adunan sahaja tetapi sesi mencelup coklat akak serah 100% kat anak dara yang sorang tu. Resepi ni diperolehi lama dulu selepas akak masuk kelas cookies. Tetamu yang datang mesti tanya resepi ni dan akak pernah entry tahun lepas tengok the best almond londonml member yang cuba resepi ni pun cakap memang sedap almond ni dan ada yang dah pun menjual almond london ...alhamdullillah.. Meh kita tengok sekali lagi resepi almond london ....

Bahan-bahan :

bahan A :
Butter - 250 gram
tepung susu - 50gm
Gula halus - 130 gm

Bahan B :
Telur kuning - 40 gm
serbuk badam - 180 gram ( guna 100 gram shj)
Tepung gandum - 410gm
Emplex - 1 sk
Butter vanilla - 1 sk

Bahan C:
Coklat masakan 400-500gm
Hyfat - 20 gm (koko butter)
papercup no 1
Badam cincang - hiasan
Badam biji - 100gm - 150gm (bakar)

Langkah-langkah membuat :

  • Pukul bahan A hingga sebati - jangan lama sgt nanti adunan kembang..
  • Masukkan kuning telur, butter vanilla - pukul sebati.
  • Campurkan serbuk badam ( bakar dulu 10m). Gaul sebati.
  • Masukkan tepung dan emples yang telah diayak sedikit2 ke dalam adunan A. Jadikan doh.
  • Balut doh dengan 1 biji badam dan buat hingga selesai.
  • Bakar lebih kurang 15 minit-20 minit. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler dan campur Hyfat ( untuk kilatan )
  • Celup biskut ke dalam coklat dan masukkan dalam papercup.
  • Tabur badam cincang. Siap.


Akak dah try macam2 versi almond london ada yang guna bahan tambahan seprti tepung jagung, tepung beras dan kastard. Ok jugalah tapi penggunaan serbuk badam ke dalam adunan doh biskut menyebabkan biskut ni mempunyai rasa yang tersendiri...rangup dan harum..Tak caya cubalah...berbaloi..jumpa lagi...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Biskut Sampan Kelapa Madu ( Edit semula)

Assalamualaikum.. Biskut Sampan yang telah lama diidam untuk membuatnya mengidam dah beberapa tahun.. Biasa makan waktu dulu2..kebelakangan ni susah nak jumpa dah biskut ini..acuannya pun susah nak jumpa. Acuan ni dibeli 2 tahun lepas di kedai apek jual barang2 dapur..barulah tahun ni dicuba. Sebenarnya cubaan pertama , rujuk kat majallah..tapi mengecewakan sebab rasa tepung jagung je.. dah penjelasannya tak lengkap. Resepi yang ditayang ni cubaan ke2 diceduk dari My resepi tapi akak dah ubah. Barulah ada rupa biskut sampan dan rasanya ada umphhh...terimakasih kepada mama kastam tioman .


Bahan-bahan :
Kulit :
250 gram butter
1 cawan gula castor
1 cawan tepung jagung
31/2 cawan tepung gandum

Inti :
125 gram butter
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
1 st esen vanilla
1 cawan tepung jagung
1 tin kelapa kering
450 gram buah2an campur


Langkah membuat:
Untuk kulit:
1. Putar butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan tepung sedikit2 hingga doh menjadi lembut dan tak melekat dijari.
3. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan yang telah dilenser menjadi bentuk sampan
4. Masukkan inti ditengah2 sampan dan sapu inti hingga menutupi sampan.
5. Hias dengan ceri merah atau hijau.
6. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C

Untuk inti:
1. Pukul butter, gula dan telur hingga sebati.
2. Masukkan tepung, kelapa dan buah2an ke dalam adunan dan gaul.
3. Uli menjadi doh yang lembut dan melekat dijari.





Rabu, 24 Ogos 2011

Biskut Cornflakes & Bijan Hitam


Biskut seterusnya untuk malam ini, nak kongsi dengan kekawan semua , biskut ni nampak tak cantik tapi sedap. Gabungan cornflakes dan bijan hitam ni membuat biskut ini ada rasa tersendiri. Kalau nak tau cuba buat. Disebabkan dah tengah malam sgt ni, ringkaskan cerita akak jumpa dalam blog kekawan , tak boleh nak ingat namanya nanti akak semak balik ya.. Apapun akak kena updatekan apa yang ada dulu untuk rujukan akan datang...



Bahan-bahan :

250 gram butter
200 gram gula castor ( kurangkan ke 170 gram )
1 biji telor
375 gram tepung gandum ( ganti tepung ros)
1 st baking powder
1 st vanilla
40 gram bijan hitam ( sangai dulu)
150 gram cornflakes (ramas2 )

Cara membuat:
1. Putar butter dan gula castor hingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar sebati. Masukkan vanilla.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan ke dalam bahan di atas.
4. Gaul rata dan masukkan bijan hitam dan cornflakes yang sudah diramas. Gaul sebati.
5. bentukkan adunan dan bakar dalam masa 15-20 minit dengan suhu 170.
6. Boleh juga diterap tapi kena biarkan doh dahulu selama 20 minit.

Ini salah satu biskut yang paling cepat disiapkan tetapi sedap.. Kalau hendak diterap dengan acuan, rehatkan doh selama 20 minit dan torak. Akak hanya menggunakan garpu dan tekan seperti membuat choc chip.. okeh mata dah ngantuk sgt ...jumpa lagi ...

Selasa, 23 Ogos 2011

Biskut Kacang Peas

Musim membuat kuih raya sudah bermula..akak pun dah mula membuat biskut. Memang dah tabiat suka try & error buat biskut ni..ada yang jadi ada yang macam batu ..terutama kalau dicilok dari majallah...Nampak macam sedap je bahan-bahannya tapi dah dicuba rasa ada tapi tekstur ...hmmm mengecewakan bagi sipembuat yang dah penat..apapun ini salah satu cookies yang akak dah cuba semalam. Pernah akak buat biskut kacang peas ni tahun lepas tapi versi yang berbeza..cuba tgk SINI . Resepi kali ini lain sikit, lebih kurang macam buat biskut Mazola.. bagi akak sedap dan cepat siap . Resepi akak ambil di My Resepi oleh skinifet .




Bahan-bahan ( dlm 70 - 80 biji )

  • 150g serbuk green peas ( ready pack ada di jual di kedai barang2 kek )
  • 150g tepung biskut ( red rose flour )
  • 100g gula ising @ secukup rasa
  • 1/2 tsp garam @ secukup rasa
  • 1 tsp baking powder
  • 150ml sunflower oil atau minyak jagung
  • 1 biji telur - kuningnya shj, utk digliskan atas biskut
  • Hiasan - biji kuaci ( akak tambah)

Cara-cara

  1. ayak tepung + baking powder dan juga gula
  2. satukan tepung + baking powder, serbuk green peas, garam & gula
  3. sebatikan semua bahan
  4. masukkan minyak sedikit demi sedikit ( step ni saya guna tangan ).
  5. adun sehingga minyak & bahan kering sebati dan boleh di bentuk ( tdk melekat di tangan ). kalau agak2 berderai bila di bentuk boleh tambah sedikit lagi minyak.
  6. gelek dan terap dgn acuan kesukaan atau bulat2kan dgn tangan je.
  7. gliskan kuning telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak
  8. sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.......selamat mencuba.....

Terimakasih kepada empunya resepi. Akak bakar dalam cup cakes , senang nak handle. Lagipun lebih menarik. Masa akak nak update pagi ni, ternampak juga kat umah Ayu (Singapura ) dah pun tayang green peas cookies ni. Selamat mencuba...

Ahad, 24 Oktober 2010

~ Chocolate Chips Cookies ~

~ Assalamualaikum & salam sejahtera ~
~~~~~~~~
Chocolate Chip Cookies

Petang tadi cuba cookies ni untuk rakan setugas yang akan menyambut Deepavali. Kawan akak ni memang menempah biskut menjelang perayaan ni..walaupun akak ni bukannya pakar biskut pun tapi tetap juga nak minta akak buat sampaikan apa biskut pun tak ape..tapi akak selalu pastikan basic biskut coklat lah sebab anak-anaknya suka sesangat.. Untuk kukis ni , akak jumpa kat blog Kak Wan http://citarasawan.blogspotl/. Terimakasih kepada Kak Wan atas resepi ni... antara resepi kukis yang sedap dan berbaloi membuatnya.. jum tengok resepi di bawah ni...



Bahan -bahan :


Bahan A:

250 gram butter
150 gram gula perang
50 gram gula castor
1 kuning telur
Bahan B:
350 gram tepung gandum
2 sb koko
1/2 st soda bikarbonat
1 st baking powder
1 st emplex
1 st esen vanilla


Bahan C:

90 gram badam cincang
80 gram choclate chips



langkah-langkah membuat:



1. Putar butter dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan kuning telur dan vanilla

3. Ayak tepung, koko dan bahan penaik.

3. Masukkan bahan C dan gaul rata.

4. Kemudian semua bahan tadi dimasukkan ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit.

5. Gaul hingga sebati.

6. Jika adunan lembik, biarkan sebentar. Bentukkan dengan sudu ke dalam loyang pembakar.

7. Hias dengan choclate chip

8. Bakar dengan suhu 170 selama 15-20 minit.

9. Setelah keluar oven, sejukkan kukis di atas redai kuih.



Akak tak masukkan emplex sebab tak de stok..namun masih rangupppp..masuk lagilah baik..


Selamat mencuba !

Rabu, 1 September 2010

~ THE BEST ALMOND LONDON ~

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK




Cookies ni wajib dibuat saban tahun..anak2 tak pernah jemu makan ni..emaknya yang jemu buat kukis ni..lambat terutama waktu membalut badam dengan tepung..tapi time mencelup coklat tu senang dan suke..ni anak yang tolong tabur almond cincang ..memang berterabur..resepi ni akk belajar dengan bakery satu masa dulu..lama dah..mmg bahannya banyak sikit tapi rasenya berbaloi2.Biskutnya tu rangup dan wangi...ni bukan angkat bakul sendiri, tapi saja nak kongsi almond london ni mmg sedap...dan dah tentu bahan2nya pun sedap jugelah duitnya keluar...Untuk resepi ni boleh dapat lebih 100 biji kalau sama bentuknya diuli..Akk buat 4 adunan dah. Tapi buat ni cukuplah bancuh 1 adunan dulu ..kalau tak mau muntah nak membalut almond ngan tepung tu nanti...jum tengok resepi.....


Bahan-bahan :

bahan A :
Butter - 150 gm
Creamate - 100g
tepung susu - 50gm
Gula halus - 130 gm

Bahan B :
Telur kuning - 40 gm
serbuk badam - 100g (asal 180gm) - sangai kejap
Tepung gandum -395gm - 410gm
Emplex - 1 sk
Butter vanilla - 1 sk

Bahan C:
Coklat masakan 400-500gm
Hyfat - 20 gm
papercup no 1
Badam cincang - hiasan
Badam biji - 100gm - 150gm (bakar)

Langkah-langkah membuat :

  • Pukul bahan A hingga sebati - jangan lama sgt nanti adunan kembang..
  • masukkan kuning telur, butter vanilla - pukul sebati.
  • campurkan serbuk badam, tepung gandum dan emplex.
  • Masukkan sedikit2 ke dalam adunan A. Jadikan doh.
  • Balut doh dengan 1 biji badam dan buat hingga selesai.
  • Bakar lebih kurang 15 minit-20 minit.
  • Sejukkan.
  • Cairkan coklat masakan dan camput Hyfat ( untuk kilatan )
  • Celup biskut ke dalam cioklat dan masukkan dalam papercup.
  • Tabur badam cincang. Siap.
Resepi almond london boleh didapati dalam banyak versi tapi bagi akk ni yang terbaik dan best ..Selamat mencuba....

Isnin, 30 Ogos 2010

BISKUT KACANG PEAS

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA ..yang ke 53 tahun. Tarikh hari ni membawa satu kenangan sedih kepada akak terutama suami akak..kerana hari ni genap 11 tahun ibu mertuaku meninggal dunia-malam merdeka-Jatuh pada hari negara kita menyambut kemerdekaan dan tahun ni pula sambutannya sama pulak dengan hari pulangnya ibu mertuaku kepangkuan Ilahi..Malam tadi suami mengingatkan akk semua nii..moga rohnya di cucuri rahmatNya. Amin.
Cerita kukis lagi..ni buat hari Ahad lepas..baki kacang peas thn lepas boleh buat 1 adunan lagi...boleh tahan juga biskut ni sebab lemak2 kacang dan lebih rangup ..Ada pulak baki biji kuci labu tu...tepek je laa..warna biskut ni mmg hijau , ni akk tambah sikitttt je..kolor hijau biar terang sikit..meriah gituu...jum cuba resepi ambik dari koleksi resepi akk - sumber SAJI lama2 dulu...

BISKUT KACANG PEAS
Bahan-Bahan :
250gm mentega
160gm gula halus
50gm tepung kastard
2 sb tepung jagung
300gm tepung gandum
100gm kacang peas dikisar halus
1 camt vanilla
Langkah-langkah:
  • Butter & gula dipukul hingga kembang.
  • Masukkan vanilla dan satu kan semua tepung2.
  • Masukkan kacang peas dan tepung sikit2.
  • Tekan dengan acuan dan gliskan dengan kuning telur.
  • Bubuh hiasan atas biskut ape je..
  • Bakar 15 minit pada suhu 170 celcius


Ahad, 29 Ogos 2010

BISKUT RAYA - IRISH COOKIES

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
Irish Cookies
Biskut Raya pembuka untuk tahun 2010..Tahun ni berazam nak settlekan semua bahan-bahan kuih yang sedia ada dalam peti tu dari raya tahun lepas hinggalah Ramadhan ni. ..Hanya buat penambahan bahan asas saja butter, tepung dan gula kastor..Lepas dah habis bahan2 tu baru nak buat kukis baru pulak..nak tak nak akak kena buat juga sebab nak elakkan pembaziran..tahun lepas beli byk sebab tolong buat untuk kawan2..tahun ni pancit....tak larat...dah fitrah masa seiring dengan usia..tau tak pe..Lepas skodeng petisejuk yang setia tu..ada tepung ubi (simpan dlm dingin beku-ajaran Mat Gebu) mmg tepung setahun pun elok..ada nestum sikit (kena tambah pulak yang baru) dan shortening nak perhabiskan..intai2 resepi biskut nilah yang boleh dibuat...akak tengok kat umah Maklang dan Mat Gebu ada kukis ni..mak lang kata sampai naik muntah nak abiskan..akak pula smpai rasa nak tercabut tulang belakang nak perabiskan ( buat smpai 2 x resepi asal) sampai nak test biskut ni pun dah tak de selera..tapi tukang test anak bongsuku makan 2-3 keping ...katanya rasa kopi ..sedap ..syukur..Ahmad tak pandai memuji masakan emaknya kalau tak sedap ..mmg tak sedaplah...kalau sedap dipulunnya sampai kena stopkan..okeh layan resepi kat bawah ni..copy je Mak lang...


Irish Cookies
Sumber : Noorbaya

A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe (mklang tak letak, akk leta)
1st coffee/cappucino emulco

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)

Hiasan:
putih telur – sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice (mklg drizzle aje)

Cara
Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B. Canai dan terap.
Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flake dan Choc Rice.

Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar
Nota maklang : mklang guna nestum...dan kalau nak nampak cantik better guna kuning telur utk sapuan tu...kalau putih telur tak berkilat biskut.

Nota : Kukis style akk ni mmg warnanya macam koko sikit..agaknya sebab nescefe tu...tapi x lah pahit pulak..

Selasa, 20 April 2010

nestum & oat cookies

Biskut dibuat untuk anakanda yang duduk diasrama tu kesian la pulak. Nak kena post esok. Biskut ni sebenarnya resepi asal dapat dari blog mane pun akak tak ingat ..maaflah ya..tapi dah diubahsuai pulak ikut bahan yang ada.. Hanya Bahan A tu je yang kekal..bahan-bahan lain tu main bubuh je tapi bertimbang jugak la sebab senang nak buat rujukan bila-bila nanti. Bagi yang suka oat ..ok juga ni crispy dan kenyang makan..


Konsep biskut ni macam buat choclate chips tapi c.chips dah licin kena makan dek anak tembam tu.tak yahlah bubuh..sedap juga..

Intai resepi di bawah ni....lepas ni boleh cuba sebab senang dan ringkas...hanya nak kena terlebih rajin tu je...

Nestum & Oat Cookies

BAHAN A

250gm butter

100gm marjerin

250gm gula perang

BAHAN B

2 telur

2 sb coklat emulco

1 sb esen vanilla

BAHAN C

175gm oat

230gm nestum

400gm tepung gandum

1 st baking powder

Langkah-langkah membuat:

  • Putar bahan A hingga berkrim
    Masukkan bahan A dan putar sekejap
  • Masukkan pula bahan C dan gaul dengan rata.
  • Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar.
  • Bakar dengan suhu 180 C selama 15 minit – 20 minit.


Nota:

  • Panaskan oven 15 minit sebelum membakar biskut.
  • Alas dulang pembakar dengan kertas surih untuk warna cookies sekata
  • Guna butter atau marjerin sepenuhnya pun tak ape..