Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan

Isnin, 11 Oktober 2010

~ KERABU SOTONG ~

~ ASSALAMUALAIKUM ~

KERABU SOTONG

Salam semua. Hari ni nak kongsi kerabu sotong yang disediakan untuk nasi lamuni tu. Kerabu ni sedap. Akak dapat idea ni masa tolong kawan akak masak lauk pengantin minggu lepas. Kawan akak tu bagi idea nak potong sotong tu ..biasanya akak potong kecik2 tu.. Kawan akak ni spesis Mat Gebu tau ..tu yang akak respect walaupun bab2 menghias tak berapa tapi resepi dia ni kira ok juge..okeh yang ini akak modified sikit .. akak tambah tokok sikit bagi meriah..okeh tengok resepi di bawah ni..




KERABU SOTONG
6 ekor sotong
Bahan cincang:
2 labu bawang besar (Holland)
8 ulas cili merah
4 urat kacang panjang
2 batang serai
2 biji tomato
1 ikat daun ketumbar
2 camb asam jawa
1 sb cuka
4 biji limau kasturi
1 st garam
1 st gula

Langkah-langkah membuat:

1. Bersihkan sotong. Masakkan air hingga menggelegak dan celurkan sotong hingga masak. Toskan dan gunting badan sotong jangan putus seperti dalam gambar.Sumbatkan kepalanya ke dalam badan. Susun dalam pinggan.
2. Bawang besar dipotong memanjang dan ketepikan.
3. Kacang panjang, serai,tomato, cili merah dan daun ketumbar dipotong halus.
4. Campurkan semua bahan yang dipotong halus bersama bawang besar tadi.
5. Masukkan air asam jawa, cuka, garam, gula dan perah limau kasturi. Rasa .
6. Curahkan semua bahan ini ke atas sotong tadi. Gaul rata . Siap untuk dihidang.

Rabu, 7 Julai 2010

KERABU TAUGEH & KACANG KELISA

SALAM SEMUA



Kerabu...kerabu..kerabu...senang nak buat tapi tak buat-buat juge..baru-baru ni hari koperasi minta kami buat jualan makanan berat...wajib lagi. Banyak jugalah menu yang dirancang. Kerabu ni salah satu jualan gerai kami. Geng kami ni ada darah keturunan Jawa ..kerabu ni salah satu masakan yang selalu dibuat semasa kendurikendara rumah orang tuanya..kira2 resepi Jawalah ni kut..tapi memang besttttt..membuka selera dan rasa segar makan kerabu..sayuran yang digunakan untuk kerabu ni tidak di celur...basuh bersih2 dan toskan..krup..krup.krup ...masa makan dengan nasi panas..mesti cuba tau..memang sodap...selain dari kerabu ni ada kerabu yang kami sediakan untuk jualan...memanglah licin jualan kami..tapi jangan ditanya untung sebab memang betul2 buluh kasap punya niaga..nasib baik modal dapat balik..kami boleh sengih sebab makanan habis ...okeh layannnn resepi di bawah ...




KERABU TAUGEH & KACANG BOTOL

Bahan A:

1 mangkuk taugeh halus (buang ekor)
1 mangkuk kacang kelisa ( kacang botol)

Bahan B :
1 mangkuk kelapa parut

Bahan C:
10-15 biji cili api merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
½ cawan anak udang / ikan bilis
½ cawan air asam jawa
1 camt gram halus
1 camt gula halus

Langkah-langkah membuat:

1.Buang ekor taugeh potong halus kacang kelisa. Ketepikan.Tak perlu celur.
2.Masukkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati.
3.Rasa garam dan asam sesedap rasa.
4.Panaskan kuali dan masukkan bahan C.
5.Goreng tanpa minyak sehingga agak kering (jangan terlalu kering..biar lembap2
6.Angkat dan campurkan taugeh dan kacang kelisa. Gaul rata.


Catatan : kalau suka boleh masuk belacan. Bahan C tu boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Boleh digunakan untuk buat kerabu guna sayur lain seperti jantung pisang, pucuk paku , pucuk ubi dan kacang panjang . Semua sayuran ini dicelur terlebih dahulu
.